Tuesday, November 27, 2007

PERHIMPUNAN HINDRAF SATU KEKALUTAN


“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan dengan sabar’’. al-Asr ayat 1-3


Tak sampai sebulan Perhimpunan BERSIH, kita sekali lagi digemparkan dengan satu lagi perhimpunan haram –yang dianjurkan oleh HINDRAF (Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu) yang dianggap satu perhimpunan haram di ibu negara Ahad lalu. Ia telah memberi satu tamparan hebat kepada keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

CNN telah mengwar-warkan bahawa demonstari HINDRAF adalah manifestasi daripada ketidakpuasan hati masyarakat India/Hindu Malaysia terhadap Kerajaan yang dituduh telah meminggirkan mereka secara sitematik dari sudut sosioekonomi. Jelas sekali, fakta palsu ini menjejaskan imej negara.

Ekoran perhimpunan tersebut, ia telah menyusahkan banyak pihak kerana tujuan perhimpunan itu tidak jelas dan lebih berbaur perkauman. Ribuan dan jutaan warga negara ini terpaksa menanggung kesulitan ekoran perbuatan HINDRAF tersebut. Ia bukan sahaja menyusahkan dalam tempoh sehari dua tetapi sejak seminggu sebelumnya kerana banyak ‘road block’ terpaksa dilakukan oleh pihak polis di jalan-jalan utama memasuki ibu kota.

Bayangkan berapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh banyak pihak dalam tempoh yang singkat ekoran perbuatan yang tidak berfaedah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Fikir…Fikirkanlah Sebelum Bertindak Wahai Insan yang bergelar MANUSIA.


Bukan setakat masyarakat Malaysia yang dilanda kerisauan tetapi ia sama sekali mendatangkan kerugian serta imej negatif kepada usaha Kerajaan untuk menarik pelabur asing, menggalakkan pelaburan tempatan dan kemasukan pelancong serta pelajar asing ke negara Malaysia. Kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit dalam mempromosikan Malaysia kepada negara luar. Namun begitu, ada manusia yang ‘berhati busuk’ telah merosakkan perancangan pihak Kerajaan dalam menarik pelancong datang ke Malaysia.

Para pelancong dari luar teragak-agak untuk berkunjung ke Malaysia atas alasan negara ini selalu berlaku kekacauan yang menganggu keselamatan. Secara tidak langsung, hotel-hotel akan terjejas perniagaannya .

Oleh itu, Kerajaan sepatutnya mengambil indakan tegas bagi menangani perhimpunan haram yang semakin kerap dianjurkan oleh mereka yang mempunyai agenda. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar digunakan kepada mereka yang merancang perhimpunan haram tersebut. Hanaya ISA yang dilihat berkesan untuk membendung perkara ini dan ia dapat memberi teladan kepada mereka yang lain. Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan pasati akan menyokong sepenuhnya tindakan bijak Kerajaan ke atas mereka yang menggugat keselamatan awam dan negara.



Patuh membawa kebahagian dan keselamatan. Ingkar pula menyebabkan penderitaan dan kacau bilau.



- Ummi Nur
27 November 2007.

No comments: