Tuesday, March 31, 2009

Program Hujah TV9 : Satu catatan ringkas

SELASA, 31 March: Program Hujah tv9 jam 9.30 malam sangat menarik.Isu yang dibincangkan adalah berkaitan krisis politik di Perak.

Perspektif perbincagan fokus kepada soal perundangan dan perlembagaan.

TIGA ahli panel yang kesemuanya berlatar belakangkan undang-udang membarisi program tersebut. Mereka ialah Prof Dr Shad Saleem Faruqi (Prof perundangan UiTM), Datuk Shafie Abdullah dan En.Ragunath (Majlis Peguam). Program dipengerusikan oleh Prof Dr. Agus Yusuf .

Ketiga-tiga ahli panel berhujah dengan baik, tenang, teratur dan berfakta. Memang kesemuanya berpengalaman dan tahu perkara yang dibaincangkan serta dapat menjawab soalan pengerusi dengan baik.

Terlalu banyak fakta perundangan yang dikemukakan oleh ketiga-tiga mereka. Beberapa perkara atau ”point” dapat saya catatat di sini. Antaranya ialah:-

Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan kekosongan kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Surat tidak bertarikh yang dikatakan dihantar oleh tiga orang ahli DUN Perak (yang melompat parti) kepada Speaker berkait dengan perletakan jawatan mereka tidak bermakna Speaker ada kuasa mutlak menentukan kekosongan berlaku. Sebaliknya ia hanya saluran tetapi yang menentukan ialah SPR.

Fasal 16(4) Perlembagaan Perak – Menteri Besar boleh mohon pembubaran. Sultan boleh setuju atau pun tidak setuju untuk bubar. Jika Sultan tidak setuju bubar maka sepatutnya MB, Nizar meletakkan jawatannya kerana dia telah hilang kepercayaan majoriti ahli dewan.

Jika MB tidak mahu melepaskan jawatan, undang-undang tidak memperuntukkan kuasa kepada Sultan untuk memecat Nizar.

Walaupun tidak ada halangan adakan sidang Dewan di mana-mana tempat (di bawah pokok) tetapi Setiausaha Dewan sepatutnya mengeluar dan menyampaikan surat terlebih dahulu kepada ahli Dewan untuk memaklumkan hal berkenaan. Ini tidak dilakukan dalam kes di Perak.

Kesimpulan:

Prof Dr.Shad mencadangkan kedua-dua pihak (BN dan Pakatan Rakyat) berunding untuk mewujudkan ’kerajaan perpaduan’ atau beruding memerintah secara giliran (model Sabah satu ketika dulu) di mana MB-nya bergilir-gilir sehinggalah menjelang PRU-13 nanti. Satu lagi cara ialah bubarkan dewan dan serahkan mandat kepada rakyat untuk tentukan kerajaan baru bagi negeri Perak.

En.Ragunath: krisis politik yang berlarutan di Perak wajar di selesaikan melalui mandat yang diberikan kepada rakyat – bubar dewan dan adakan pilihan raya. Dalam sistem demokasi kuasa rakyat melalui pilihan raya perlu juga dihormati.

Datuk Shafie: Bersetuju dengan pandangan Prof. Shad tetapi berpendapat biarlah Dewan di’prolog’ dahulu, bukan dibubarkan sementara menanti mahkamah membuat keputusan.

Dr. Agus : Krisis di Perak melibatkan kedua-duanya sekali: krisis politik dan krisis perlembagaan. Ia tidak sepatutnya dilihat dari sudut legitimasi perlembagaan semata-mata tetapi perlu juga dilihat dari sudut legitimasi politik (demokrasi). Kedua-dua pemimpin (BN dan PR) perlu memilki jiwa besar untuk menyelesaika krisis politik di Perak.

Catatan: Jika ada fakta yang tersilap mohon dibetulkan ye. - Megatrambai.
2 Buklit, 1 Batang: Persepsi permainan pembangkang

oleh Megatrambai

Datuk Seri Nizar Jamaludin akhirnya menjadi colon pilihan PAS untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang. Lawanya ialah calon BN dari Umno iaitu Ismail Saffian. Seorang lagi turut bertanding ialah calon bebas , Kamarul Ramizu Idris.

Justeru pertandingan menjadi tiga penjuru. Namun, dua calon utama dari dua parti terbesar melayu terbabit menjadi perhatian ramai. Semestinya pertandingan di Bukit Gantang amat sengit.

Di Bukit Selambau, entah apa ’kegilaanya’ sampai 13 calon bebas muncul dari celah-celah bukit untuk bertanding.

Tak pernah-pernah dalam sejarah pilihan raya tanah air begitu ramai calon bebas beratnding dalam satu kawasa. ”Syok sendiri” kot. Menyubur demokrasi konnonnya.

Kalau ye pun ’biarlah ’mengukur baju di badan sendiri’. Lantak lah be..... kan negara ini negara demokrasi, saya punya sukalah!

Apa pun, di Bukit Selambau ini, dua orang calon menjadi perhatian ramai. Meraka adalah dari dari MIC dan PKR ynag kedua-duanya calon berketurunan India.

Calon MIC ialah S.Ganeson sementara calon PKR ialah S.Manikumar. Tiga Belas nama-nama calon bebas tu rasanya leguh jari nak menaipnya. Tuan-tuan cari le sendiri.

Di Batang Ai, Sarawak asal ceritanya pertandingan tiga penjuru tetapi yang bebas tu tarik diri maka dua calon akan berentap. Mereka adalah darii BN, Malcom Mussen Lamoh sementara calon pembankang dari PKR, Jawah Gerang.

Pertempuran di ketiga-tiga medan sudah pun bermula pada 29 Mac lalu setelah selesai proses penamaan calon. Segala gendang, gong, nafiri dan palua-paluan sudah dibunyikan dengan rancak.

Pertarungan ’on the ground’ tetap meriah, panas dan kadang-kadang tegang. Perang poster, banner, ceramah, mengedar risalah dan bertandang dari rumah ke rumah untuk menarik sokongan dan simpati adalah strategi biasa dalam mana-mana kempen pilihan raya di negara ini.

Ini semua adalah bentuk-bentuk perang saraf yang kejayaannya amat bergantung kepada strategi, kerja kuat dan keberkesanan melaksanakan propaganda dan penerangan kepada para pengundi.

Satu lagi perang tempur yang tidak boleh diperkecilkan oleh mana-mana parti yang bertarung ialah ’medan maya’ – ’perang siber’. Bentuk media baru ini memang sukar dikawal tetapi kuat pengaruhnya, namun masih berada di tempat ketiga selepas media cetak (media arus perdana) dan tv.

Pastinya tentera siber yang pro pembangkang akan menggunakan semaksimun mungkin media siber ini kerana minda mereka sudah dihinggapi virus untuk tidak mempercayai apa aje yang dihidangkan oleh akhbar-akhbar arus perdana.

Mereka merasa seolah-olah apa yang mereka tulis, lapor dan ceritakan semua benar belaka padahal hampir 85-90 peratus tulisan-tulisan politik mereka yang menghentam kerajaan, peribadi-pribadi pemimpian BN, khususnya Umno dibina di atas persepsi dan imiginasi minda yang tidak dibangunkan di atas kerangka kebenaran dan fakta yang sahih.

Persepsi, andaian dan kekuatan mengolah imiginasi dalam membina, membentuk dan mereka hikayat –hikayat pendek dalah kekuatan mereka.

Di Bukit Gantang, Nizar dan penyokongnya mungkin seronok kerana berasa diri dinobatkan sebagai hero? Janagan lupa bahawa penobatan hero rakyat ini juga merupakan hasil olahan imiginasi dan persepsi para bloggers yang pro pakatan@pembangkang.

Rasionaliti, kewarasan, keadaban dan menjaga kemuliaan insan lain semakin hilang dek kemaruk dan mabuk menulis di blog. Tak kiralah dari pihak mana blogger itu datang.

Apa pun masih ada yang tahu berpijak kepada akal-budi yang luhur.

Tuesday, March 24, 2009

Perbahasan perwakilan wajar fokus agenda rakyat

Oleh Mohd Ayop Abd Razid

Bermula semalam, seramai 4,885 perwakilan Umno daraipada 191 cawangan mula berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi mengikuti Perhimpunan Agung Umno sehingga 28 Mac ini.Ia bermula dengan majlis perasmian serentak perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.Majlis perasmiannya pula akan berlangsung pada 26 Mac oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Ia akan dikuti dengan proses pengundian pemilihan jawatan timbalan dan naib presiden serta kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno.
-
Perhimpunan agung diteruskan pada hari kedua dan ketiga (27 dan 28 Mac) dengan perbahasan ucapan dasar Presiden dan membahas usul ekonomi, agama dan pendidikan.Seluruh pemimpin dan perwakilan Umno harus sedar bahawa perhimpunan kali ini menuntut mereka lebih serius dalam membahaskan ucapan dasar Presiden dan usul-usul terbabit. Ini adalah kerana perhimpunan kali ini diadakan dalam keadaan negara berhadapan dengan pelbagai cabaran.
-
Negara sedang berhadapan dengan krisis ekonomi global yang memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi kita.Pelbagai krisis dalaman Umno pula menyebabkan imej Umno semakin merundum di mata rakyat.Umno dilihat sombong, menyalah gunakan kuasa dan penuh dengan penyakit mazmumah.Politk tanah air juga tidak menentu berpunca dari terlalu banyak politicking terhadap isu-isu berkaitan kontrak sosial, ketuanan Melayu, hak-hak Melayu dan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggersi (PPSMI).
-
Tindakan Sultan Azlan Shah memperkenankan pembentukan kerajaan baru Perak di bawah BN turut dipolitikkan sehingga institusi Raja diperlekehkan. Justeru, perhimpunan kali ini harus mengangkat isu-isu tersebut dalam bentuk perbahasan yang matang dan tidak emosional. Seluruh perwakilan Umno harus menganggap ianya satu cabaran yang harus ditangani segera supaya negara tidak terus berada dalam kancah ’krisis politik’ yang merugikan termasuk mengancam keselamatan negara.
-
Ketika hampirnya perhimpunan Agung Umno, Lembaga Disiplin Umno menunjukkan ketegasannya ke atas beberapa pemimpin Umno yang didapati mengamalkan politik wang.Ia sedikit sebanyak menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penyokong mereka.Tindakan itu adalah untuk membersihakan Umno dari gejala ’politik wang’ dan sekali gus memulihkan imej Umno.Justeru,perwakilan Umno harus ingat bahawa dalam apa keadaan sekali pun parti mesti diutamakan.Emosi dan agenda peribadi harus diketepikan.
-
Memang wajar perwakilan membahaskan isu politik wang kerana ia merupakan salah satu penyakit yang melemahkan kekuatan Umno.Yang penting janganlah sampai hentam menghentam antara satu sama lain sehingga merosakkan ikatan ukwah serta menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin dan ahli Umno. Selain isu politik wang dan isu kepemimpinan, ada banyak isu dan agenda lain yang harus diberi fokus oleh para perwakilan.
-
Isu-isu berkepentingan Melayu dan rakyak mesti menjadi fokus utama perwakilan. Perwakilan harus sedar bahawa perhimpunan Agung Umno kali ini diadakan selepas ”Bajet Mini” baru dua minggu dibentangkan.Bajet mini yang bersifat komprehensif dan menjadi teras kepada rangsangan menjana ekonomi negara yang sedang berhadapan dengan krisis ekonomi global patut mendapat perhatian para perwakilan.
Perbahasan baget itu harus menjurus kepada cadangan praktikal dari segi mekanisme pengagihan supaya peruntukan untuk rakyat benar-benar sampai ke sasarannya.Rakyat kini sedang dihimpit keperitan hidup kesan krisis ekonomi global. Pastinya mereka mahu mendengar sejauh mana Perhimpunan Agung Umno kali ini memberikan perhatian kepada isu ekonomi rakyat, bukannya terus menerus berkrisis mengenai kepemimpinan dan perebutan kuasa.
-
Perwakilan patut menyentuh bagaimana usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), khususnya di kalangan orang Melayu dapat dibantu melalui baget mini itu. Peniaga kecil, petani dan nelayan juga ingin mengetahui apakah nasib mereka juga akan dibincang oleh para perwakilan. Isu pengangguran dan pembuangan kerja juga patut mendapat perhatian perwakilan. Di paltaform ini jugalah perwakilan harus membincang sejauh mana peranan dan keberkesanan syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) dalam membantu memajukan usahawan bumiputera.
-
Kemukakan syor-syor praktikal untuk penambahbaikan, bukannya menghentam dengan emosional tanpa fakta dan cadangan konkrik. Apa juga yang berkaitan ekonomi makro dan mikro negara wajar disentuh perwakilan kerana keputusan Agung Umno biasanya akan menjadi sebahagian dari dasar dan program yang akan dilaksanakan kerajaan.
-
Perwakilan juga sepatutnya serius menyentuh hak-hak Melayu yang diperuntukkan di dalam perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks ini perwakilan sepatutnnya menganalisis sejauh mana peruntukan-peruntukan tersebut berjaya dilaksanakan dan sejauh mana pula hak-hak tersebut terhakis dan dipersoalkan.Misalnya, dalam membahasa isu PPSMI, perwakilan perlu membahasnya dengan telus dan penuh keyakinan disertai dengan berfakta dan mesti akhirnya dapat mengeluarkan satu usul atau keputusan yang tegas mengenai dasar terbabit.
-
Dalam membahasakan perkara menyentuh hak Melayu, perwakilan tidak harus prejudis terhadap kaum lain. Sebaliknya, bahaskannya secara professional, rasional dan berfakta tetapi dibahas tanpa rasa rendah diri kerana ia adalah menyentuh hak kita. Ia ada dalam perlembagaan.Jika perlu, perwakilan patut melahirkan rasa ’mea culpa’ (rasa bersalah) terhadap beberapa kegagalan kita menobatkan hak-hak melayu.
-
Mereka yang diberi peluang untuk berbahasa mesti melakukan kerja penyelidikan mengenai semua perkara penting yang mahu disentuh supaya mutu perbahasan ynag berfakta dan rasional dapat dipersembahkan dengan baik dan bermutu. Jika ini dapat dilakukan saya yakin, secara tidak langsung Umno dapat menarik semula sokongan, bukan sahaja di kalangan orang Melayu, malah dari rakan-rakan politik Umno dalam BN.
-
Jika perlu, jangan lokek memberikan pujian dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan politik kita yang turut membantu dan memberi sokongan kepada Umno dalam membangun dan memajukan kaum Melayu.
-
Lawak jenaka, pantun dan bahasa berbungga harus dikurangkan kerana masa harus digunakan sepenuhnya untuk membahaskan ucapan dasar Presiden dan usul-usul terbabit.Jangan biarkan Umno berada dipersimpangan. Justeru, pemimpin dan perwakilan harus serius membahaskan agenda Melayu dan rakyat amnya.
Selamat bersidang Umno.
Pembahas Usul Perhimpunan Agung Umno ke-59

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Sempena persidangan Perhimpunan Agung UMNO ke-59, berikut dimaklumkan senarai nama jurucakap usul yang akan membentangkan perbahasan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

USUL UCAPAN DASAR PRESIDEN
PencadangYB Dato’ Haji Razali Bin Ibrahim (Bahagian Muar, Johor)
PenyokongYB Datuk Hj Tawfiq bin Datuk Abu Bakar Titingan (Bahagian Tawau, Sabah)

Pembahas Usul
1. YB Senator Dato’ Musa Sheikh Fadzir (Bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang)2. YB Dato’ Ismail bin Kasim (Bahagian Arau, Perlis)3. YBhg Datuk Haji Hasnoor bin Sdg. Husin (Bahagian Bukit Katil, Melaka)4. YB Dato’ Mohd Khusairi bin Abd Talib (Bahagian Tanjung Malim, Perak)5. YBhg Dato’ Haji Firdaus bin Harun (Bahagian Rembau, Negeri Sembilan)6. Encik Mohd Zain bin Yasin (Bahagian Bachok, Kelantan)7. YBhg Dato’ Mohd Shafei bin Abdullah (Bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan)8. Encik Nor Saidi Nayau (Bahagian Langkawi, Kedah – Wakil Pergerakan Pemuda)9. YB Dato’ Haji Ahmad Munawar bin Haji Abdul Jalil (Bahagian Maran, Pahang)10. Saudari Azlieza binti Azizan (Bahagian Tangga Batu, Melaka – Wakil Pergerakan Puteri11. YBhg Dato’ Ismail bin Kijo (Bahagian Ampang, Selangor)12. YB Dato’ Halimah binti Mohd Sadique (Bahagian Tenggara, Johor)13. Encik Ismail bin Yaacob (Bahagian Langkawi, Kedah)14. YBhg Dato’ Haji Zubir bin Embong (Bahagian Kuala Terengganu, Terengganu)15. Saudara Wan Md. Hazlin Agyl bin Wan Hassan (Kelab UMNO Southampton)
-

Wakil Jurucakap Simpanan
1. YB Dato’ Hajah Mastika Junaidah binti Hussin (Bahagian Arau, Perlis)2. Encik Ahmad Kamil bin Munin (Bahagian Padang Terap, Kedah)3. Saudara Kamarul bin Amir Mohamed (Kelab UMNO London)
-

USUL EKONOMI
PencadangYB Dato’ Saifuddin bin Abdullah (Temerloh, Pahang)
PenyokongYBhg Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar, Perlis)
-
Pembahas Usul
1. YBhg Dato’ Haji Hanafi Mamat (Pasir Mas, Kelantan)2. YBhg Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah (Jerai, Kedah)3. YBhg Dato’ Rosni binti Zahari (Maran, Pahang – Wakil Pergerakan Wanita)4. YBhg Dato’ Reezal Merican Naina Merican(Kepala Batas, Pulau Pinang – Wakil Pergerakan Pemuda)5. Dato Datu Nasrun Bin Datu Mansor (Silam, Sabah)6. Saudari Azura Binti Mohd Affandi (Johor Bharu, Johor – Wakil Pergerakan Puteri)7. Ybhg. Senator Datuk Akbar Bin Ali (Jasin, Melaka)8. YM Dato’ Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan)
-
Wakil Jurucakap Simpanan
1. Encik Md. Noor Bin Aziz (Padang Besar, Kedah)2. Ybhg. Dato’ Abd Azeez Bin Abd Rahim (Baling, Kedah)
-

USUL PENDIDIKAN DAN AGAMA
PencadangYB Encik Mohd Nizar Bin Zakaria (Parit, Perak)
PenyokongYB Tuan Haji Shabudin Bin Yahaya (Tasek Gelugor, Pulau Pinang)
-
Pembahas Usul
1. YBhg. Dato’ Zainal Abidin Sakom (Hulu Selangor, Selangor)2. YBhg. Ustaz Kamaruddin Bin Omar (Hulu Terengganu, Terengganu)3. Saudari Seriwani Binti Sabtu (Setiawangsa, Wilayah Persekutan – Wakil Pergerakan Puteri)4. YB Encik Abd Samad Bin Haji Ibrahim (Kuala Pilah, Negeri Sembilan)5. YBhg.Datuk Zaleha Binti Hussin (Kubang Kerian, Kelantan – Wakil Pergerakan Wanita)6. Ustaz Syahrin Jamaludin (Tebrau, Johor – Wakil Pergerakan Pemuda)7. YB Tuan Haji Ayub Bin Rahmat (Sekijang, Johor)

Sumber: Umno online


Atur Cara Perhimpunan Agung UMNO 2009

Berikut adalah atur cara sempena Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2008 yang akan berlangsung selama lima hari bermula pada 24 hingga 28 Mac 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
-
24 Mac 2009
3.00 petang : Majlis Taklimat Presiden
8.00 malam : Majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri
-
25 Mac 2009
8.30 pagi : Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri
11.00 pagi : Proses Pengundian
8.00 malam : Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi
-
26 Mac 2009
8.30 pagi : Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2008
11.00 pagi : Proses Pengundian
8.00 malam : Majlis Jamuan “Jasamu Dikenang”
-
27 Mac 2009
8.30 pagi - : Perbahasan
11.00 malam
-
28 Mac 2009
8.30 pagi - : Ucapan Penggulungan dan Penangguhan
1.00 tgh hari
-
Pemendekan masa ini dibuat bagi membolehkan para perwakilan turut serta memberi sokongan pada hari penamaan calon di Parlimen Bukit Gantang, Perak, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah dan Dewan Undangan Negeri Batang Air, Sarawak yang jatuh pada 29 Mac 2009 iaitu sehari selepas Perhimpunan Agung UMNO.

Wednesday, March 18, 2009

The Malaysia Model

By NAJIB RAZAK FROM THE WALL STREET JOURNAL ASIA

As Group of 20 leaders prepare to meet in London early next month, they face an unprecedented challenge. The global economy is likely to shrink this year for the first time since the Second World War. The World Bank predicts that during 2009 world trade is likely to record its largest decline in 80 years, with the sharpest losses in East Asia.

My country, Malaysia, is one of the most trade-based economies in the world. Our ratio of foreign trade to gross domestic product exceeds 200%, the highest of any economy except Hong Kong and Singapore. We have prospered by recognizing the power of trade and the value of markets. But this embrace has been pragmatic, not ideological. It has always been complemented by our recognition that government, too, has a critical role to play.

The global economic crisis has demonstrated anew that relying on the behavior of markets alone is insufficient to promote stable, long-term economic development. When economic crises hit, one has a choice. Those steering national economies can either stand aside, or use public capital to take the place of private capital that has gone into hiding, thereby investing in the country's human capital.

In the short term, this kind of action provides jobs and opportunity. In the long run, it provides the foundations for recovery.

Stimulus packages should not be about resorting to popular policies or handing out cash. And they should not target one group or area, but benefit the whole country. It is about achieving maximum impact.

With the global economic crisis still unfolding, we have focused on boosting investments and credit flows while providing government guarantees and infrastructure expansion. Foreign investment in Malaysia is expected to fall by 50% to 26 billion ringgit ($7 billion) in 2009. That means we must either respond domestically, or allow our country to waste precious years during which we should be working to build a better society.

That is why on Nov. 4 last year, I announced a first stimulus package of seven billion ringgit. And why on March 10, I announced a historic second stimulus and mini-budget of 60 billion ringgit. Accounting for 9% of Malaysia's gross domestic product, the 60 billion ringgit alone is the biggest stimulus package in our history.

Some may say this is too much. But with our low foreign debt, large international reserves and ample banking sector liquidity, we have the capacity to fund it. Given the magnitude of the still evolving global crisis, I am convinced the risk isn't that we do too much, but that we don't do enough.

We know that ultimately the world will recover, and normal trade levels will resume. When it does, we want Malaysia to be best positioned to take advantage of that recovery. That is why we have decided to balance short-term requirements with building for the future. The mini-budget is designed to provide a quarter of the stimulus funds as a boost to meet people's immediate needs, with the remaining 75% for medium- and long-term development goals.

It is vital for countries to remain competitive. Malaysia's corporate tax of 25% is comparable with others in the region. However, taking into account the many incentives offered to investors, the country's effective tax rate is between 3% and 7%.

Efficient implementation is vital in the success of any country's stimulus package. We have set up a technical committee to monitor the implementation of ours. It will meet regularly and report to a steering committee that I will personally chair. I will then report to the ultimate beneficiaries of the effort, the Malaysian people. They are the appropriate judges of the mini-budget's success.

In Malaysia we learned fundamental lessons from the 1997 financial crisis. Our financial sector and corporations realigned as a result. We are fortunate today to have good national infrastructure, technical know-how, a diversified economy and a quality workforce. Overall, post-1997 we are far better placed to weather this new storm.

Yet in the long run, further transformation of the Malaysian economy is needed. We will use the current downturn to forge a new economic model that puts knowledge first. We will invest in education and technology, further strengthening Malaysia's capacity to lead in information technologies, renewable energy and emerging sectors of the new economy.

Our goal is to harness the talent, energy and drive of all of our people. We will be aided in our efforts to provide lasting prosperity by working to spread mutual tolerance and respect between genders, cultures, races, religions and nations. We will champion inclusiveness not just because it is a foundation for political stability and economic growth, but because it is right.

As a nation in a hurry, with millions dependent on its development and progress, Malaysia is picking itself up and moving on. We are remaking Malaysia once again.

When G-20 leaders meet next month, I hope others will take similar positions. It is time to turn words into deeds. The world's economic recovery will depend on concerted and coordinated efforts by economies large and small, and we in Malaysia will play our part

Mr. Najib is deputy prime minister and finance minister of Malaysia.

Tuesday, March 17, 2009

Petikan sidang media Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen

(Sabahkini) - Berikut adalah petikan sidang media Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen, bersama Ahli Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Najmuddin Megat Khas, dan Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun, di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur petang semalam.
-
Penjelasan Mohd Hafarizam berhubung perkara 10.1: 10.1 adalah satu perkara anggapan kebersalahan, jika ejen, lobi atau perayu didapati bersalah dan ada fakta yang menunjukkan prinsipal itu berpengetahuan dan juga terbabit, maka dia juga perlu diambil tindakan di bawah 10.1.
-
Tengku Ahmad Rithauddeen: 10.1 seperti yang dijelaskan tadi, adalah satu anggapan di bawah sistem perundangan. kesalahannya disebabkan ada link (hubungan) atau sabit iaitu pekerja dia atau apa saja yang buat salah maka dia sebagai prinsipal, dianggap bersalah. tapi kesalahan dia tidaklah seperti apa yang dilakukan oleh ejennya.
-
Wartawan: Adakah ejen Ali melakukan kesalahan politik wang?
Tengku Ahmad Rithauddeen: Ya seperti apa yang disebut.
Mohd Hafarizam: Maksud di sini adalah ejennya yang melakukan. Kalau tuan-tuan lihat nombor 4, 5, 6, semuanya bahagian yang sama. Jadi mereka dituduh di bawah perkara ini dan YB di tuduh 10.1. daripada itu hukumannya adalah 20.9 iaitu dilarang daripada bertanding dalam mana-mana jawatan dalam parti.
-
Wartawan: Adakah mereka dibenarkan membuat rayuan dan tempoh yang ditetapkan?
Tengku Ahmad Rithauddeen: Rayuan terpulang pada orang berkenaan. Tempoh? kita sediakan masa untuk mereka merayu jika mereka mahu.
-
Wartawan: Sebelum perhimpunan?
Tengku Ahmad Rithauddeen: Terpulang pada mereka.
-
Wartawan: Adakah Ali digantung keahlian?
Tengku Ahmad Rithauddeen: Tidak. Dia hanya dilarang bertanding. Dia boleh mengundi.
-
Wartawan: Kenapa Khairy Jamaluddin hanya diberi amaran sedangkan melakukan kesalahan sama?
Tengku Ahmad Rithauddeen: Hukuman adalah berdasarkan kes yang dilakukan. Tidak ada kes yang sama. Katakan orang bunuh, didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh, dia tertikam sekali saja, dan mati. Tetapi sebaliknya kalau ada mengatakan orang itu ada keterangan yang bunuh atau tikam 20 kali, jadi hukuman itu kalaulah setahun, kawan ni yang tikam 19, 20 kali tikam itu, kena tujuh atau lapan tahun.
-
Wartawan: Ada sesiapa yang mempengaruhi keputusan?
Tengku Ahmad Rithauddeen: Ingin saya jelaskan di sini yang kami adalah badan bebas. ‘Nobody should disturb us and our decision.’ (Tiada siapa yang patut ganggu kami dan keputusan kami).
-
Wartawan: Bagaimana dengan Azalina?
Tengku Ahmad Rithauddeen: Saya tak tahu.
-
Wartawan: Adakah ahli yang sudah didakwa oleh SPRM boleh bertanding?
Tengku Ahmad Rithauddeen: Itu saya tidak boleh kata apa-apa.
-
Wartawan: Adakah kesalahan dilakukan masa pencalonan atau kempen?
Tengku Ahmad Rithauddeen: Ada masa pencalonan dan ada masa kempen. Dalam kes Ali pun begitu.
-
Wartawan: Berhubung dengan Azlina...
Tengku Ahmad Rithauddeen: ‘Don’t ask me anything about Azlina’ (Jangan tanya saya fasal Azalina)... saya tak boleh. Perkara yang tidak keluar lagi sudah tanya saya.
-
Wartawan: Adakah dalam siasatan terhadap Ali, Ali dipanggil untuk siasatan?
Tengku Ahmad Rithauddeen: Ya...’almost two hours’ (hampir dua jam)... ketika siasatan.Wartawan: Khairy Jamaluddin dan Ali didakwa 10.1, tapi sejauh mana perbezaannya?Tengku Ahmad Rithauddeen: Ada perbezaan.
Mohd Hafarizam: 10.1 ada beza, sama ada rasuah wang atau hanya makan-makan. Dengan makan-makan kesalahannya tak sama dengan rasuah wang. Itu sebab ada yang kena 3 tahun dan ada yang kena amaran.
-
Wartawan: Dalam kes Ali, adakah dia terbabit politik wang atau makan-makan?
Tengku Ahmad Rithauddeen: Dia punya ejen sebenarnya banyak jatuh pada kes nombor 4, Saadon, Setiausaha Politik, apa yang dilakukannya bagi duit ke, bagi makan ke, maka disifatkan yang dia juga bersalah. Tapi Ali tidak buat masa itu, dibuat oleh ejennya, Saadon. Maka dia terbabit sama dan perlu beri penjelasan.
-
Wartawan: Adakah Tan Sri fikir yang Ali Rustam terbabit?
Tengku Ahmad Rithauddeen: ‘How come, I can’t say that’... (Mana boleh, saya tak boleh kata begitu)...siapa tahu, tuhan saja yang tahu.
-
Wartawan: Adakah Ali menafikan tuduhan terhadapnya ketika siasatan?
Tengku Ahmad Rithauddeen: ‘Yes, there is no link,’ (Ya, tak ada kaitan) tetapi beliau perlu mengakuinya yang ‘connection’ (kaitan) antara beliau dan ejen.
-
Wartawan: Ada atau tidak sesiapa yang cuba mengganggu keputusan yang di buat?
Tengku Ahmad Rithauddeen: Macam mana saya nak beritahu sesuatu yang rahsia.
-
Wartawan: Ali dan Khairy Jamaluddin...apa beza antara mereka?Tengku Ahmad Rithauddeen: Keadaan yang membezakannya.
Mohd Hafarizam: Mengenai Khairy Jamaluddin, yang melakukannya adalah ejennya, tapi tiada yang dia bagi ‘direct consent’ (restu secara langsung) atau ‘you do it for me’ (awak buat untuk saya). Jadi link (kaitan) pada Khairy Jamaluddin adalah lemah. Memang ‘he is involved, but not so strong.’ (dia terbabit tetapi tidak terlalu sangat). Jadi itu bezanya dengan Ali.
-
Wartawan: Jadi Ali direct link? (kaitan langsung)
Tengku Ahmad Rithauddeen: Tidak, kalau ‘direct link’ (kaitan langsung) Ali akan didakwa mengikut 5.6 atau 5.1.
-
Wartawan: YB Khairy Jamaluddin boleh bertanding sebagai Ketua Pemuda?
Tengku Ahmad Rithauddeen: Selalunya diberi amaran, dia boleh bertanding.
Ketuanan Melayu tiada kaitan perhambaan
Oleh Mohd Ayop Abd Razidayop_60@yahoo.com

DR Thock Ker Pong dalam bukunya Ketuanan Politik Melayu: Pandangan kaum Cina (2005) mengemukakan konsep ketuanan politik Melayu dari perspektif demografi yang dianggap sebagai legitimasi kuasa politik Melayu di negara ini.

Beliau melihat konsep ketuanan politik Melayu adalah berdasarkan majoriti dari segi bilangan penduduk Melayu (Bumiputera) yang berjumlah lebih 60 peratus daripada keseluruhan penduduk negara. Menurutnya, kuasa politik Melayu diteguhkan lagi melalui dominasi Umno dalam Barisan Nasional (BN).

Buku yang asalnya kajian ilmiah beliau untuk ijazah doktor falsafah (Phd) memilih gerakan pertubuhan Cina (huantan) dari 1969-1999 sebagai landasan kajiannya.

Di antara huantan yang dikaji termasuk Dongjiozong, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (GPCM), Dewan-dewan Perhimpunan Cina (DPC) dan Dewan-dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM).

Huantan terbabit adalah pertubuhan Cina yang bersuara lantang dan aktif berdepan dengan ketuanan politik Melayu yang dianggap mereka sebagai cabaran bagi masyarakat Cina.

Dalam kajian itu, beliau mendapati kaum Cina beranggapan bahawa mereka sentiasa dikongkong oleh hegemoni demografi ini.

Namun, beliau kelihatan menyeimbangkan pandangan apabila menjelaskan bahawa kaum Cina juga memiliki ketuanan iaitu 'ketuanan ekonomi' yang tidak berasaskan hegemoni demografi tetapi ditentukan oleh saiz pemilikan kekayaan dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Dominasi kekayaan kaum Cina termasuk dalam semua bentuk, sama ada dalam bentuk harta, hartanah, saham dan modal.

Ketuanan ekonomi ini jelas apabila kaum Melayu hanya memiliki kira-kira 18 peratus kekayaan negara, sedangkan sejak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), kerajaan menetapkan sasaran sebanyak 30 peratus bagi ekuiti Bumiputera. Sebaliknya kaum Cina menguasai lebih 50 peratus kekayaan di negara ini.

Saya melihat ketuanan ekonomi inilah banyak memberi kelebihan kepada kaum Cina. Penguasaan ekonomi menyebabkan majoriti kaum Cina di negara ini menikmati kehidupan lebih bermutu sama ada dari segi pendidikan, kesihatan, kediaman, kuasa menabung dan kuasa beli.

Malah, dalam liku-liku politik tanah air, 'ketuanan ekonomi' menjadi satu tenaga dan kekuatan kepada kaum Cina untuk membuat desakan dan tekanan kepada Umno untuk memberi dan membuka ruang lebih kepada tuntutan mereka termasuk dalam usaha mendapatkan lebih banyak kuasa politik.

Sebaliknya, ketuanan politik Melayu hanya melambangkan hak dan warisan kedudukan orang Melayu dan sebagai satu jalan bagi pemimpin politik Melayu mengisi hak-hak orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dr Sarjit S Gill, pensyarah sosiologi pernah menyebut, 'Ketuanan Melayu jelas untuk keistimewaan Melayu. Mereka memang berhak mendapatnya selaku kaum dominan di negara ini.

Hak keistimewaan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Hal ini tidak mendatangkan sebarang sensitiviti kepada kaum lain memandangkan ia memang hak orang Melayu'.

Beberapa hak istimewa Melayu seperti tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hasil rundingan pelbagai kaum yang dipersetujui bersama ketika negara bersiap menerima kemerdekaan.

Saya kira tidak ada kaum asal di mana juga negara di dunia ini yang membuka ruang perbincangan dengan kaum imigran pada saat mencapai kemerdekaan bagi menentukan hak mereka.

Justeru, di mana benarnya tuduhan yang mengatakan Umno mengamalkan dasar 'aparteid' seperti didakwa beberapa pemimpin pembangkang. Apa agenda sebenar mereka mengeluarkan kenyataan liar seperti itu jika bukan kerana mahu menimbulkan kebencian dan salah faham di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Saya melihat ada kebenarannya apa yang disuarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam bukunya The Malay Dilemma (1970).

Beliau ada menyebut bahawa sifat rendah diri kaum Melayu menyebabkan mereka sering ditindas dan dicela. Oleh kerana hari ini politik Melayu (Umno) dilihat lemah, maka ramai di kalangan pemimpin pembangkang yang 'bermulut celupar' semata-mata untuk menguji kekuatan dan kesabaran orang Melayu.

Hari ini, politik negara berdepan dengan aliran politik liberal yang mempamerkan haluan perjuangan yang kelihatan bercanggah dengan semangat Perlembagaan, kontrak sosial dan agenda nasional.

Malah, asakan kuat aliran liberal dalam politik pembangkang ini berupaya memerangkap Pas dalam permainan politik mereka sehingga parti itu lupa idealisme perjuangannya yang sebenar untuk memartabatkan Islam dan Melayu di negara ini.

Bayangkan apa akan terjadi sekiranya lima fasal utama dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tunjang politik Melayu mahu dirungkai dan dihapuskan oleh mereka yang 'jahil' sejarah dan politik tanah air. Pasti akan terjadi kacau-bilau seperti yang pernah diungkapkan oleh Allahyarham Profesor Dr Syed Hussein Alatas. Katanya, 'jika kuasa politik itu dirompak atau dicuri daripada orang Melayu, pasti negara kacau-bilau.'

Lima fasal utama yang berkaitan dengan hak dan kedudukan orang Melayu itu termasuk Perkara 3 yang meletakkan agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, Perkara 32 yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong adalah ketua utama negara bagi Persekutuan, Perkara 38 yang menyebut Majlis Raja-Raja memiliki fungsi tertentu seperti terkandung dalam Perkara 38(2), Perkara 152 pula meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 adalah berhubung dengan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera bagi negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Kelima-lima fasal berkaitan orang Melayu itu boleh dianggap sebagai 'ketuanan politik Melayu' yang diinstitusikan melalui Perlembagaan sejak 1957. Justeru, ia tiada kena mengena dengan amalan memperhambakan kaum lain.

Malah, agenda Melayu dalam pelbagai bidang hanya mula dilaksanakan selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 melalui pelbagai dasar termasuk Dasar Ekonomi Baru. Pada hakikatnya semua dasar yang dilaksanakan di negara ini adalah dasar nasional untuk semua kaum.

Sebenarnya, hujah mengenai kedudukan orang Melayu berasaskan sejarah, budaya, politik dan demografi sudah disebut sejak 1930-an dan 1940-an oleh beberapa tokoh tersohor seperti Za'aba dan Datuk Onn Jaafar.

Malah, majalah Al-Imam yang diterbitkan oleh pendukung gerakan islah pada 1906 di Singapura sudah pun mendesak orang Melayu supaya menoleh ke Jepun yang ketika itu sudah melaksanakan perubahan (islah) dalam bidang politik, ekonomi dan pertahanan. Jadi, di mana silapnya apabila kedudukan orang Melayu masih dilihat lemah di negara sendiri?

- BH 18/3/09
Nik Aziz ke dunia blogger politik tanah air
-
KOTA BHARU 17 Mac - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai senarai komuniti blogger politik tanah air apabila melancarkan blognya sendiri pada 26 Mac ini.
-
Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron memberitahu, medium Internet yang semakin besar pengaruhnya dalam masyarakat dapat dimanfaatkan seluas mungkin untuk menyebarkan wadah pemikiran pemimpin itu.
-

Katanya, sudah terdapat ramai ahli politik menggunakan kemudahan itu dan kini sampai masanya Menteri Besar itu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan tuntutan keadaan semasa.
-
"Beliau (Nik Abdul Aziz) akan cuba menyampaikan pandangannya berhubung isu-isu semasa kepada masyarakat dan penyokong parti dengan lebih pantas dan jelas," ujarnya.
-
Anual Bakhri memberitahu Utusan Malaysia, ia juga akan memberi ruang kepada Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas selaku pemilik blog untuk menyeimbangkan informasi daripada segenap pihak terutama media.
-
"Kegiatan-kegiatannya dalam kerajaan dan parti serta ceramah-ceramahnya akan turut dipaparkan untuk rujukan masyarakat, para pengkaji atau mereka yang ingin membuat analisis," katanya.
-
Beliau memberitahu, melalui blog berkenaan, ia akan turut memudahkan pihak media mendapatkan ulasan Nik Abdul Aziz dalam pelbagai isu semasa yang berbangkit.
-
"Ia akan menjadi satu alternatif kepada pihak media sendiri bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan mengelak daripada berlakunya kekeliruan, salah faham dan juga pentafsiran," ujarnya.
-
Katanya, blog itu buat permulaan tidak dibuka kepada pihak yang menjenguk laman untuk membuat sebarangan ulasan atau mengemukakan pandangan.
-
"Ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan pada masa depan, pandangan Nik Abdul Aziz juga akan turut diterjemahkan dalam bahasa Inggeris di samping penggunaan tulisan jawi.
-
"Ia selaras dengan dasar langit terbuka kini apabila masyarakat dunia boleh turut memahami dan mengetahui apa yang berlaku," ujarnya.
-
Katanya, blog ini akan dilancarkan oleh Nik Abdul Aziz serentak dengan pelancaran WiFi Aptus Net yang dikendalikan oleh syarikat Aptus Net Comunity.
-
Aptus Net Comunity merupakan sebuah anak syarikat Infra Quest milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
- Utusan Malaysia 18/3/09

Monday, March 16, 2009

Ibrahim Yahaya Dilantik Ketua Pengarah RTM



----

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bekas pengarang kanan Berita Publishing Sdn Bhd Datuk Ibrahim Yahaya dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) mulai Isnin.

Ibrahim, 48, menggantikan Datuk Abdul Rahman Hamid yang kini bertugas sebagai Penasihat Penyiaran Digital kepada Menteri Penerangan sejak 2 Jan lepas, demikian menurut kenyataan Kementerian Penerangan hari ini.

"Pelantikan beliau berdasarkan pengalaman meluas beliau dalam bidang media dan penyiaran," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Ibrahim memegang jawatan sebagai Penasihat Media kepada Menteri Penerangan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengurus ehwal semasa dan penyiaran TV3 dan ketua pengarang berita Berita Harian.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Ibrahim adalah sejajar dengan penstrukturan semula Jabatan Penyiaran yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berkuatkuasa 1 Jan lepas.

Mulai 25 Feb lepas, Datuk Norhyati Ismail yang sebelum ini Pengarah Urusan Rancangan TV dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik), menggantikan Datuk Adilah Shek Omar yang kini menjadi Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) yang baru.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Adilah bertujuan memperkasakan IPPTAR sebagai institut penyiaran yang dihormati di peringkat antarabangsa.

-- BERNAMA

Tahniah Datuk. Moga Datuk berupaya membawa perubahan dan dimensi baru di Jabatan Penyaiaran Malaysia.






Gobind Singh Deo digantung tugas setahun


-
Usul mengantung tugas sebagai ahli parlimen ke atas Gobind Singh Deo diluluskan selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Gobind yang merupakan ahli parlimen DAP kawasan Puchong digantung tugas selama setahun berkuat kuasa serta merta mulai 16 March 2009.
-
Usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz itu ada kaitannya dengan kenyataan-kenyataan YB Gobind semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009, pada 12 Mac 2009. Beliau telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga ahli parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.
-
Gobind juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.
Pemuda dedah agenda besar 'musuh negara'



Warga asing, pihak tertentu diperalat runtuhkan kedaulatan

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno semalam mendedahkan mengenai agenda besar dan muslihat pihak tertentu yang cuba meruntuhkan negara menerusi siri rusuhan, gerakan kumpulan, fitnah dan tindakan menghasut untuk menghuru-harakan negara.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata musuh negara itu sentiasa mengintai peluang dan mengeksploitasi keadaan untuk menjayakan agenda besar mereka, termasuk menerusi usaha melemahkan kekuatan institusi yang menunjangi kemerdekaan Malaysia. -
"Mereka yang merancang agenda besar menghuru-harakan negara itu tidak mahu melihat institusi dan tunjang kekuatan negara terus kekal membenteng keutuhan Malaysia sebagai negara yang merdeka dan berdaulat.

-
"Agenda besar itu jelas dilakukan pihak tidak bertanggung jawab menerusi gerakan melemahkan perpaduan masyarakat Melayu, meruntuhkan Umno dan semua itu kini semakin jelas di depan kita hari ini.
-
"Tidak pernah sebelum ini ada anak Melayu tergamak baring dan terlentang di tengah jalan raya untuk menghalang kenderaan Raja atau membaling batu kepada rajanya sendiri. Tidak mungkin ada anak Kuala Kangsar atau rakyat Perak sanggup berlaku biadap demikian kepada Raja.
-
"Sebaliknya, jelas yang bertindak biadap dan menderhaka itu warga asing dan pihak yang tidak sedar dirinya diperalat untuk memenuhi muslihat besar musuh negara," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
-
Sehubungan dengan itu, Hishammuddin berkata, gelombang besar kebangkitan Pemuda kini bermula dengan suntikan dan pemulihan semangat Pemuda Perak menerusi latihan persiapan jentera pilihan raya Pemuda Umno sejak tiga hari lalu.
-
Beliau berkata, latihan yang sama bakal diperluaskan ke peringkat akar umbi di seluruh negara yang menjadi tunjang kepada kekuatan Umno bagi melahirkan anak Melayu yang sanggup berjuang habis-habisan mempertahan kedaulatan negara.
-
"Pemuda Umno Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor sudah pun berjanji untuk menyahut seruan itu dan bersama-sama menyemarakkan gelombang kebangkitan itu.
-
"Gelombang kebangkitan Pemuda Umno ini akan menghalang usaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan konconya mengambil kesempatan memecah-belah ahli, melaga-lagakan pemimpin dan melemahkan Umno menjelang pemilihan parti," katanya.

mfarid@bharian.com.my
-- Berita Harian 16/3/09

Friday, March 13, 2009

Pakej Rangsangan Melebihi Jangkaan, Kata Cisco Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Kritikan bahawa bantuan secara langsung seperti pemberian tunai sepatutnya diberikan dan kerajaan hanya membelanjakan RM15 billion dalam pakej rangsangan kedua, adalah tidak bertempat.

Sebenarnya, pakej tersebut yang berjumlah RM60 bilion telah melebihi jangkaan banyak pihak, terutama dalam menangani keperluan rakyat dan melabur dalam peluang-peluang yang baik di masa depan.

Yang lebih penting, pelabur pasaran saham tidak seharusnya terlalu cemas dengan Bursa yang tidak "diaktifkan" oleh pakej itu memandangkan RM15 bilion akan disalurkan ke dalam ekonomi sebenar di mana kesan pelbagai akan lebih mampan untuk jangka panjang.

Mewujudkan permintaan dan penawaran dalam ekonomi sebenar akan menggalakkan aktiviti ekonomi setelah syarikat-syarikat meneruskan pelan pengembangan dengan membeli barangan dan perkhidmatan, perkata penting dalam membina keyakinan dalam ekonomi.

"Jumlah RM15 bilion itu adalah munasabah untuk jangka pendek dan menunjukkan bahawa kerajaan berhati-hati dalam berbelanja," kata Datuk Muhammad Salleh Majid, bekas presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (ketika itu) yang kini dkenali sebagai Bursa Malaysia.

"Sebaliknya, jika lebih banyak dana dikeluarkan, ia tentunya akan meningkatkan paras defisit," kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual.

Pengarah urusan Cisco Malaysia, Anne Abraham berkata pakej rangsangan RM60 bilion itu melebihi jangkaan banyak pihak.

"Ia sesuatu yang menarik kerana dalam pada bajet mini ini menangani keperluan segera rakyat, kerajaan juga akan melabur dalam peluang masa depan yang berkembang dan membina asas untuk pertumbuhan yang dipercepatkan apabila tinjauan masa depan ekonomi dunia bertambah baik," katanya.

MIDF Research pula berkata bajet mini yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menunjukkan bahawa kerajaan rasional memandangkan ia tidak dirancang untuk melampaui dengan pakej ini.

"Langkah popular telah ditinggalkan dan jumlahnya adalah untuk memastikan syarikat swasta berterusan," kata firma penyelidikan berkenaan.

Kos menjalankan perniagaan dikurangkan manakala akses kepada modal dan kredit dipermudahkan.

"Malaysia terkenal dengan falsafah pembangunan ekonomi yang mesra perniagaan," katanya.

Salleh berkata memberikan tunai secara langsung kepada rakyat boleh membawa kepada penyalahgunaan sistem dan menambah bahawa adalah lebih munasabah untuk memberikan baucar kepada rakyat yang diberhentikan kerja.

Kepada kritikan bahawa jumlah yang diberikan tidak mencukupi kepada sektor korporat, ketua pegawai eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan berkata sektor awam tidak seharusnya bergantung kepada pakej rangsangan sahaja bagi mengurangkan kesan kelembapan.

Beliau berkata pakej rangsangan itu tidak seharunya dilihat sebagai satu cara untuk meliputi semua orang memandangkan ia berfungsi untuk mengumpulkan permintaan negara dan bagi menyokong pekerja yang tidak sesuai dengan memberikan peluang untuk menambah kemahiran mereka.

"Anda tidak boleh bergantung kepada pakej rangsangan untuk melakukan semuanya. Ia untuk mengekalkan permintaan tempatan. Ada perkara yang sektor swasta perlu lakukan sendiri," katanya.

Anne Abraham dari Cisco berkata syarikat bersedia untuk membantu kerajaan membangunkan strategi bagi memastikan pakej rangsangan berkenaan mencapai sasarannya.

Usaha melalui Khazanah untuk meningkatkan infrastruktur jalur lebar dalam negara adalah perlu memandangkan penyambungan jalur lebar bukan suatu perkara mewah tetapi satu keperluan untuk kerajaan, perniagaan dan rakyat.

"Sekiranya kita dapat melakukannya dengan betul, maka infrastruktur jalur lebar Malaysia tentunya memberi laluan kepada masa depan negara," katanya.

Adalah penting pakej rangsangan itu disalurkan dengan cepat dan digunakan untuk memacu keseluruhan ekonomi supaya kesan kemelesetan dapat dikurangkan. Ini akan meningkatkan keyakinan di kalangan pengguna dan sektor utama serta meningkatkan perbelanjaan secara umum, katanya.

Ketua pegawai eksekutif Multimedia Development Corp (MDeC) Datuk Badlisham Ghazali berkata perisian ICT, MDeC menyediakan geran dan insentif untuk faedah peserta industri.

"Syarikat-syarikat ICT perlu berubah. Mereka perlu menggunakan semua kemudahan yang kami sediakan," katanya.

Dewan Perniagaan Amerika Malaysia menyambut baik pakej rangsangan berkenaan dengan menyatakan cadangan itu penting dan "dalam kedudukan yang betul" bagi membantu negara untuk menarik perniagaan serta meningkatkan daya saing Malaysia pada tahun-tahun akan datang.

Dalam satu kenyataan di sini AMCHAM berkata teras utama kerajaan bagi mengurangkan pengangguran dan bagi meningkatkan peluang pekerjaan jangka panjang melalui pendidikan semula dan melatih semula pekerja yang diberhentikan melalui peruntukan besar sebanyak RM700 juta untuk inisiatif ini merupakan satu langkah yang betul.

Presidennya Karen Albertson berkata faedah melatih semula adalah kritikal untuk meningkat kemahiran tenaga kerja Malaysia, bagi membolehkan mereka lebih berdaya saing dan menambah kualiti operasi syarikat dalam negara.

Beliau berkata dalam hal berkenaan, Skim Jaminan Modal Kerja, Elaun Modal Dipercepatkan, kerugian tahun semasa syarikat dibenarkan dibawa ke tahun sebelumnya, Skim Dana Jaminan Penyusunan Semula Industri dan tumpuan khusus terhadap teknologi mesra alam merupakan langkah penting bukan hanya untuk menyokong daya saing industri tetapi membantu syarikat-syarikat di Malaysia untuk meninjau alaman perniagaan yang lebih mesra alam.

- BERNAMA

Tuesday, March 10, 2009


Bajet Mini : Pengagihan Pakej Rangsangan Kedua

  • Pakej rangsangan kedua dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak pada 10 Mac 2007 (Selasa) bernilai RM60 bilion untuk tempoh dua tahun(2009 hingga 2010
  • Ia merupakan jumlah besar yang pertama dalam sejarah ekonomi negara - hampir 9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
  • RM15 bilion untuk suntikan kewangan, RM25 bilion (dana jaminan), RM10 bilion (pelaburan ekuiti), RM7 bilion (inisiatif kewangan swasta atau PFI) dan projek-projek di luar belanjawan, dan juga RM3 bilion (insentif cukai).

Empat tujuan

  • mengurangkan pengangguran;
  • meringankan beban rakyat;
  • membantu sektor swasta hadapi krisis ekonomi;
  • membina keupayaan masa depan.

Apa yang rakyat dapat?

  • Tambahan RM200 juta bagi membina Rumah Mesra Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah;
  • Pembeli rumah diberikan pelepasan cukai bagi faedah yang dibayar untuk pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama 3 tahun;
  • Subsidi RM674 juta untuk mengelak kenaikan harga barangan keperluan seperti gula, roti dan tepung;
  • RM480 juta untuk menampung kenaikan kadar tol;
  • RM300 juta untuk program mikro kredit tanpa cagaran di bawah AgroBank bagi membantu petani dan peniaga berasaskan pertanian di luar bandar;
  • RM50 juta untuk program di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun);
    Tabung Kebajikan Nelayan sebanyak RM2 juta akan diwujudkan dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia;
  • RM20 juta akan disediakan untuk meningkatkan kemudahan pusat penjagaan harian warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambah kemudahan pusat asuhan kanak-kanak;

Infrastruktur

  • RM100 juta untuk membina jejantas dan laluan berbumbung antara bangunan terutaanya di kawasan Setitiga Emas, Kuala Lumpur;
  • RM200 juta untuk membaiki dan menyenggara longkang dan jalan;
  • RM150 juta untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih rumah kebajikan, balai dan kuarters bomba serta tandas awam di masjid, surau dan kawasan pelancongan;
  • RM350 juta peruntukkan untuk pembinaan jalan luar bandar;
  • RM1.95 bilion untuk membina dan menambah baik kemudahan 752 sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak, di mana RM300 juta akan digunakan untuk menambah baik kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil dan sekolah mubaligh;
  • RM200 juta untuk menaik taraf infrastruktur di tempat tumpuan pelancong;

Radio televisyen Malaysia (RTM) diperuntukkan RM20 juta bagi melaksana beberapa projek untuk membangunkan industri muzik tempatan;

Sabah dan Sarawak

  • RM1.2 bilion diperuntukkan untuk menyediakan infrastruktur dan meningkatkan aktiviti ekonomi di Sabah dan Sarawak;
  • RM230 juta diperutukkan untuk meningkatkan kemudahan asas terutamanya bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak;
  • peruntukan RM500 juta untuk Program pnyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dengan dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak;

Pelaburan /kewangan

  • Dana RM1.6 bilion untuk menggalakkan pelaburan;
  • Kerajaan akan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion tahun ini;
  • Dana pelaburan Khazanah Nasional akan dinaikkan sebanyak RM10 bilion, dan akan dilaburkan dalam tempoh dua tahun dengan memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan;
  • Sektor perkhidmatan akan diliberalisasikan lagi bagi menarik lebih banyak pelaburan, membawa masuk lebih ramai profesional serta teknologi, selain mengukuhkan daya saingnya;
  • Jawatankuasa Pelaburan Asing akan mengguna pakai pendekatan lebih liberal ke arah membawa perubahan positif dan menyediakan persekitaran yang lebih mesra pelabur dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan, termasuk pelaburan langsung asing;
  • Semua pemerolehan kerajaan akan dibuat menerusi tender terbuka atau tender terhad, kecuali dalam kes-kes khusus.
  • pengecualian cukai yang diberi ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebanyak RM6,000 sekarang dinaikkan kepada RM10,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan;

Apa yang syarikat/swasta perolehi?

  • Kerajaan akan sedia dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu pelaksanaan projek menerusi Inisiatif Kewangan Swasta dan usaha sama awam-swasta. Firma swasta akan dipelawa untuk membida bagi memperoleh dana itu;
  • mewujudkan skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM5 bilion untuk membiayai modal kerja syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta;
  • Kerajaan akan wujudkan Institusi Jaminan Kewangan dengan modal berbayar permulaan RM1 bilion, bagi menyediakan penambahan kredit kepada syarikat yang bercadang mendapatkan pembiayaan pasaran bon. Dijangkakan bon-bon berjumlah RM15 bilion akan diwujudkan menerusi kemudahan berkenaan;
  • Terbitan hak oleh syarikat tersenarai tidak lagi perlu kelulusan Suruhanjaya Sekuriti;
  • Bagi menggalakkan pengambilalihan dan penggabungan, Kod untuk tujuan itu tidak lagi terpakai kepada Syarikat Sendirian Berhad;
  • Hanya Suruhanjaya Sekuriti perlu dimaklumkan mengenai sebarang pindaan mengenai terma dan syarat terbitan bon dan sukuk;
  • Bon boleh tukar dikecualikan daripada keperluan penarafan mandatori; Status penduduk tetap boleh dipertimbang sebagai warga asing yang memiliki set bersih tinggi dan membawa masuk lebih AS$2 juta pelaburan atau penabungan di Malaysia, sebagai usaha untuk membawa memasuk indvidu beraset besar dan berkemahiran tinggi;
  • Untuk pelaburan antara 10 Mac, 2009 dan 31 Dis, 2010, kerajaan mencadangkan perbelanjaan loji dan jentera diberikan Elaun Modal Dipercepatkan, yang boleh dituntut dalam tempoh dua tahun;
  • Bagi membantu syarikat yang terjejas akibat kesan krisis ekonomi, kerajaan mencadangkan kerugian tahun semasa syarikat dibenarkan dibawa ke tahun sebelumnya. Ini bagi membantu aliran tunai syarikat berbanding layanan cukai sedia ada.
  • Jumlah kerugian yang dibenarkan sehingga RM100,000 setahun yang terpakai bagi tempoh taksiran 2009 dan 2010; P
  • aras threshold untuk levi keuntungan luar biasa ke atas sawit akan dinaikkan kepada RM2,500 satu tan untuk Semenanjung Malaysia dan RM3,000 untuk Sabah dan Sarawak;
  • Golongan profesional berkemahiran tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk diberi status yang sama;
  • Berkuatkuasa 1 Feb, pembayaran levi bagi Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) akan dikecualikan selama enam bulan untuk majikan industri tekstil, elektrik dan elektronik; Berkuatkuasa 1 April, kadar pembayaran levi akan dikurangkan kepada 0.5 peratus daripada satu peratus bagi semua majikan untuk tempoh dua tahun;

Industri Automatif dan Lapangan Trbang

  • Tambahan RM200 juta kepada Dana Pembangunan Automotif;
  • Kerajaan akan membantu skim pelupusan kereta Proton dan Perodua, dengan diskaun RM5,000 akan diberikan kepada pemilik kereta sebarang jenama kereta yang ingin melupuskan kereta mereka yang berusia 10 tahun untuk membeli kereta baru Proton dan Perodua;
  • Malaysia Airports Holdings Bhd akan membina dan mengendalikan lapangan terbang syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) baru di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada anggaran kos RM2 bilion;
  • RM250 juta untuk memperluaskan Lapangan Terbang Pulau Pinang;
  • Rebat 50 peratus ke atas caj pendaratan akan diberikan kepada semua syarikat penerbangan yang mempunyai operasi di negara bagi tempoh dua tahun mulai 1 April;

Pendidikan

  • menambah jumlah biasiswa untuk kemasukan ke universiti swasta tempatan;
  • Syarikat berkaitan kerajaan akan mendirikan 10 sekolah swasta yang bukan bertujuan membuat keuntungan.

Sunday, March 8, 2009

Kesultanan Melaka akar umbi institusi Raja

Kesultanan Melaka akar umbi institusi Raja

Mohd Ayop Abd Razid

INSTITUSI Raja menjadi satu asas penting dalam sistem kenegaraan dan pembinaan negara kita. Institusi ini adalah warisan daripada sistem politik dan kenegaraan Kesultanan Melayu Melaka. Mungkin ada yang bertanya mengapa kesultanan itu dijadikan asas kepada institusi Raja sedangkan sebelum Melaka sudah wujud beberapa kerajaan Melayu tua seperti kerajaan Kedah Tua (Lembah Bujang), Bruas, Manjung dan beberapa kerajaan yang lain.

Ada dua hujah utama yang boleh saya kemukakan untuk menjawab persoalan ini. Pertama, Melaka adalah satu-satunya kesultanan Melayu yang banyak meninggalkan warisan pelbagai aspek yang juga terkandung dalam ciri-ciri negara moden seperti kedaulatan, kerajaan, pentadbiran, undang-undang, lambang, rakyat dan wilayah pengaruh.

Beberapa kerajaan (kesultanan) Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang adalah diasaskan oleh kerabat diraja Kesultanan Melaka. Dua undang-undang bertulis Melaka yang terkenal iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut menjadi asas kewujudan beberapa undang-undang lain seperti Undang-undang Pahang (1596), Undang-undang Kedah (1650), Undang-undang Johor (1789) dan Undang-undang Perak (1878).

Dari segi pengaruh wilayah, Kesultanan Melaka menguasai seluruh kerajaan Melayu yang wujud di Tanah Melayu ketika itu. Malah, pengaruhnya turut melebar ke beberapa kerajaan di Pantai Timur Sumatera seperti Kampar, Siak, Indragiri dan Siantan. Kerajaan Patani juga memohon nobat (menerima ketuanan) dari Melaka.

Ketika itu, keupayaan Melaka mewarnai dan menjalin hubungan diplomatik dengan kuasa jiran seperti Siam dan kuasa Asia seperti China memang terserlah. Hujah kedua, institusi kesultanan yang diasaskan Melaka mempunyai kaitan rapat dengan pemikiran Islam. Sebelum Islam, konsep dewaraja Hindu mempengaruhi kerajaan Melayu tua yang wujud lebih awal daripada kerajaan Melaka.

Konsep terbabit penuh dengan unsur kesaktian, kedewaan dan kekebalan. Sebaliknya, konsep Sultan dalam tradisi politik Melayu-Islam berjaya mengikis unsur terbabit. Konsep Sultan membawa Raja menundukkan kekuasaan dan pemerintahannya kepada undang-undang al-Quran dan al-Sunnah.

Kedudukan Raja Melayu ketika itu amat penting. Kedaulatan sesebuah negeri bergantung sepenuhnya kepada kekuasaan Raja dan kedaulatannya tidak dapat dicabar oleh sesiapa. Namun, beberapa peristiwa 'penderhakaan' yang dinukilkan sejarah menggambarkan bahawa 'Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.'.

Ada dicatat dalam Sejarah Melayu bahawa pernah berlaku perjanjian persetiaan di antara Sang Seperba (wakil raja) dan Demang Lebar Daun (wakil rakyat). Dalam persetiaan itu, Demang Lebar Daun memberi akujanji bahawa anak cucunya akan taat setia kepada Raja dan pihak Raja pun mestilah menjaga kepentingan rakyat mengikut hukum syarak.

Demang Lebar Daun ada mengungkap, 'Baiklah Tuanku. Tetapi jika anak buah Tuanku dulu mengubah dia, maka anak cucu patik akan mengubahlah" (Sejarah Melayu, edisi W G Shellabear, 1961). Tun Perak, Bendahara Melaka tersohor ketika menasihati anak buahnya mentamsilkan Raja umpama dua butir permata pada satu cincin.

Katanya: 'Hendaklah tulus hatimu pada berbuat kebaikan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Dan jangan kamu sekalian lupa pada berbuat kebaikan kepada Raja kamu. Maka kata hukuman, adalah Raja yang adil itu dengan Nabi SAW umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula Raja itu umpama ganti Allah di dalam dunia, kerana ia zuli'lLahu-fil'alam.

Apabila berbuat kebaktian kepada Raja, seperti berbuat kepada Allah SWT. Yakni berbuat kebaikan kamu akan Allah dan Rasul-Nya, dan akan Raja" (Sejarah Melayu, edisi W G Shellabear).

Jika diteliti, ungkapan Tun Perak itu bertepatan dengan maksud ayat 59, surah an-Nisa': 'Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu". Ia juga menggambarkan Raja dalam tradisi kesultanan Melayu dihubungkan dengan konsep 'Uli'l-amri' yang mengangkat pemerintah sebagai golongan yang harus dipatuhi selepas mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Pastinya maksud pemerintah di sini ialah pemerintah yang diterima dengan rela oleh umat dan mereka sama-sama tertakluk kepada syariat serta menegakkan keadilan. Menegakkan keadilan menjadi prinsip penting dalam pemerintahan Islam.

Mungkin kerana itulah Undang-undang Tubuh kerajaan negeri Terengganu yang diperkenalkan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) juga dikenali sebagai Ittiqan-il-muluk-bi-ta'dil-il-suluk yang bermaksud 'keyakinan kepada pemerintah berasaskan kepada keadilan.'

Kehadiran dan campur tangan British di negeri Melayu menghakis sedikit demi sedikit kuasa dan pengaruh Raja-Raja Melayu. Ia bermula daripada pengenalan sistem Residen dan penasihat Inggeris dan akhirnya diperkenalkan sistem Raja Berperlembagaan oleh Suruhanjaya Reid (1956).

Di negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, kuasa Raja-Raja lebih awal dibendung oleh British. Pada 15 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani di antara Raja-Raja Melayu dan British.

Perjanjian itu melahirkan sistem pemerintahan demokrasi dan Raja Berperlembagaan. Asasnya bermula dari Perjanjian Persekutuan 1948. Ketika gagasan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, semua negeri di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak menerima sepenuhnya institusi Raja.

Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong bertindak memayungi semua negeri dalam Persekutuan termasuk Singapura, Sabah dan Sarawak. Singapura tidak lagi termasuk dalam Persekutuan apabila ia keluar dari gagasan Malaysia pada 1965.

Perlembagaan moden meletakkan demokrasi menjadi nilai dan landasan penting sistem politik negara. Pemerintahan negara mestilah diwujudkan melalui proses demokrasi iaitu kebebasan memilih kerajaan melalui pilihan raya.

Perlembagaan Persekutuan menjadi undang-undang tertinggi negara dan mengatasi undang-undang lain (Perkara 4(1)). Perlembagaan menjadi kayu ukur kepada kesahihan segala tindakan pemerintah dan rakyat.

Walaupun Raja-Raja tidak lagi memiliki 'kekebalan' mutlak, Raja tetap menjadi institusi tertinggi dalam negara. Baginda mengetuai ketiga-tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan (legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman. Baginda juga adalah satu daripada tiga komponen Parlimen dan baginda boleh memanggil dan membubarkan Parlimen.

- BH 4/3/09