Wednesday, December 31, 2008



Pas hanya kosmetik dalam Pakatan Rakyat
-
PARTI Islam seMalaysia (Pas) menganggap Umno parti sekular, taghut dan asabiyyah. Anehnya Pas sanggup bekerjasama dan bersekutu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah gabungan Pakatan Rakyat.
-
Bolehkah Pas berasa tenang dan tenteram dalam Pakatan Rakyat kerana kedua-dua sekutunya itu mempunyai ideologi yang jauh berbeza. Tidakkah Pas sedar bahawa DAP adalah parti bersifat sekular yang terang-terang menempelak dan menolak perjuangan menegakkan negara Islam dan undang-undang hudud.
-
Karpal Singh (DAP) pernah mencabar Pas supaya melangkah mayatnya sebelum melaksanakan cita-cita itu. Ketika menjelangnya pilihan raya kecil Permatang Pauh sebelum ini, DAP di dalam kongresnya menegaskan bahawa parti itu tidak dapat menerima kewujudan negara Islam.
-
Terbaru ialah kenyataan dua beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang menegaskan bahawa undang-undang hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat dan menegaskan bahawa Malaysia mestilah kekal sebagai negara sekular.
-
Mungkin kerana 'trauma' dengan cabaran keras Karpal itu menyebabkan Pas tidak berani menyebut agenda 'negara Islam' dan undang-undang hudud ketika kempen pilihan raya 8 Mac lalu. Tidakkah ini satu 'kebaculan' politik Pas sehingga sanggup menggadai prinsip perjuangannya?
-
Seandainya Pas terpaksa meninggalkan DAP, bolehkah Pas kekal bersama PKR? PKR sebagai sebuah parti beraliran liberal sentiasa menghindarkan diri daripada membicarakan isu Melayu dan hal berkaitan Islam sedangkan Islam dan Melayu adalah mauduk utama perjuangan Pas.
-
Walaupun dalam kongres tahunannya yang lalu, PKR seolah-olah memperjuangkan isu kekebalan raja-raja Melayu tetapi ia hanyalah 'pemanis' bertujuan memenangi hati raja-raja. Saya yakin, parti yang beraliran liberal ini tidak begitu berminat dalam soal kedudukan raja-raja dan hak-hak istimewa Melayu, apatah lagi untuk berjuang menegakkan negara Islam.
-
PKR lebih mesra dengan perjuangan DAP yang memperjuangkan 'Malaysia Malaysian' yang menjadi perjuangan asal Lee Kuan Yew. Kongres tahunan PKR lalu juga menunjukkan hubungan dingin Pas dan PKR. Ia dapat difahami apabila hanya seorang pemimpin tertinggi Pas, Husam Musa yang hadir.
-
Beliau mempunyai hubungan baik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga termasuk dalam pasukan 'Erdogan' iaitu kelompok ulama muda dan golongan profesional dalam Pas yang mahukan pembaharuan dan mereka menyokong kuat perjuangan Anwar.
-
Kewujudan kumpulan 'Erdogan' sekali gus membuktikan politik licik Anwar berjaya mewujudkan sekelompok golongan di dalam Pas yang akan terus menyokong perjuangannya. Pemikiran Islam Anwar juga dilihat tidak selari dengan pemikiran Pas. Anwar dengan pemikiran Islam yang bersifat liberal tidak berhasrat menjadikan perjuangan Islam agenda utama PKR.
-
Telahan saya berasaskan kepada minat Anwar mengenai idea reformasi Indonesia. Ketika bangkitnya era reformasi Indonesia, ramai pemikir Islam progresif Indonesia turut melahirkan idea liberal mengenai politik dan masyarakat Islam.
-
Anwar mempunyai ramai tokoh reformis Islam termasuk tokoh 'Islam liberal' dari Indonesia. Istilah-istilah seperti 'politik sivil' dan 'ketuanan rakyat' adalah slogan yang diperjuangkan oleh tokoh reformis politik Indonesia.
-
Justeru, dapatkah Pas menerima pendekatan Islam yang cuba dibawa oleh Anwar? Pas sepatutnya sedar, dalam banyak hal ia mempunyai banyak persamaan dengan Umno. Pas sendiri asalnya dari sebuah Biro Agama Umno tetapi pada 15 Ogos 1951, Ahmad Fuad, Ketua Biro Agama Umno bersama Ustaz Abdul Raub menganjurkan Persidangan Alim Ulama di Kuala Lumpur yang membawa kepada penubuhan Persatuan Alim Ulama seMalaysia (Pas). Ia bertujuan memperjuangkan Islam dan hak ketuanan Melayu.
-
Selepas Ahmad Fuad meninggalkan Pas (1956), Dr Abbas Alias memangku Yang Dipertua (YDP) Pas sehingga Dr Burhanuddin Al-Helmi, bekas aktivis Persatuan Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dilantik sebagai YDP (1956-1964) dan meletakkan Islam dan kebangsaan sebagai teras perjuangan Pas. Pada 31 Mei 1955, Pas didaftarkan sebagai sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Islam seTanah Melayu untuk membolehkannya bertanding dalam Pilihan Raya Persekutuan 1955.
-
Walaupun perlembagaan Umno menegakkan negara Islam sebagai agenda, perjuangannya tetap mempunyai matlamat sama iaitu untuk agama, bangsa dan tanah air. Sumbangan Umno dalam menegakkan syiar Islam di negara ini adalah hakikat yang diketahui umum.
-
Pas juga harus sedar bahawa dalam pilihan raya 8 Mac lalu, ia mendapat sokongan pengundi Cina adalah kerana undi protes terhadap BN atas beberapa sebab. Pas hanyalah sebuah parti kecil dalam kerajaan campuran di Selangor dan Perak. Di kedua-dua negeri itu, Pas berada dalam dilema kerana terpaksa tunduk kepada kehendak serta tekanan DAP dan PKR.
-
Di Pulau Pinang, Pas langsung tidak diberi 'muka'. Ini satu penolakan secara 'halus' oleh DAP terhadap Pas di Pulau Pinang. Dua ahli Exco Melayu daripada PKR yang dilantik dalam kerajaan DAP hanyalah sebagai 'kosmetik' dan 'boneka' semata-mata.
-
Di Perak, Menteri Besarnya dilantik daripada Pas bukan kerana ia suara majoriti tetapi kerana Sultan mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar di kalangan orang Melayu beragama Islam seperti mana terkandung dalam perkara 12 (1) (2) perlembagaannya.
-
Pas jangan lupa apa yang pernah diungkapkan Dr Burhanuddin dalam mempertahankan hak orang Melayu. Dr Burhanuddin ketika mesyuarat agung Pas yang ke-12 (1964) menegaskan dalam ucapannya: "Kalau Tanah Melayu ini misalnya, mengikut hak asasi dan hak asalnya dipunyai oleh bangsa Melayu, maka tentu salah hendaknya ada bangsa lain bernafsu jahat untuk merebut dan menjadikan negeri ini hak bangsanya pula.
-
"Tiap-tiap bangsa di dunia ini berhak mempertahankan hak bangsanya sendiri. Soal mempertahankan hak sesuatu bangsa itu bukanlah soal perkauman, itu adalah soal bangsa." (Kamaruddin Jaafar,1980).
-
Penyelesaian terbaik ialah Pas dan Umno duduk bermuzakarah dan kembali bertaut memperjuangkan Islam dan kedudukan Melayu yang semakin dicabar sejak kebelakangan ini. Kedudukan orang Melayu di negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor semakin tidak menentu kerana pengaruh DAP yang kuat di dalam pentadbiran negeri-negeri terbabit.
-
Maal Hijrah yang baru disambut harus dijadikan azam baru bagi kedua-duanya kembali bertaut dan bersatu demi masa depan dan kekuatan ummah di negara ini. --- BH 31/12/08

Monday, December 29, 2008

Tolak ansur kerakyatan pengorbanan besar Melayu

Oleh Mohd Ayop Abd Razid

'Sudah terang lagi bersuluh’ adalah peribahasa sesuai untuk mengungkapkan betapa jelasnya sejarah bangsa Melayu yang sudah melebihi 1,400 tahun, sezaman dengan ras yang tinggal di bahagian utara Asia. Bangsa Melayu di Nusantara boleh dikenali dari perspektif geografi, sejarah, politik dan budaya, bahasa dan agama (Islam). Banyak sumber sejarah yang boleh berdiri sebagai hujah.

Sekadar contoh, sumber China menyebut sejak 645M sudah wujud sebuah kerajaan terletak di daerah kota Jambi yang dikenali Mo-lo-yue. Demikian juga catatan awal pelayar atau pengembara asing seperti I-Ching pernah mencatatkan bahawa di Tanah Melayu wujud beberapa kerajaan awal seperti Pan-pan, Chih-tu, Tun Sun dan Lang-ya hsia (Paul Wheatly, 1961).

Kajian arkeologi pula membuktikan wujudnya kerajaan Kedah Tua di kawasan Lembah Bujang, kerajaan Gangga Negara, kerajaan Beruas dan beberapa kerajaan lain di Tanah Melayu. Karya Agung Melayu, kitab Sulatus Salatin oleh Tun Seri Lanang membuktikan kehebatan bangsa Melayu dalam membangun tamadunnya.
-
Pemikiran ketamadunan yang dibangunkan dalam kitab ini menggambarkan elemen pemikiran sains dan teknologi terserlah dalam tamadun Melayu. Ia dapat difahami daripada ungkapan ‘peti kaca berkunci berpesawat dari dalam’ (Sulatus Salatin, edisi pelajar, DBP 2000). Demikian juga istilah ‘utus’ yang diguna dalam kitab berkenaan, antara lain bermaksud mahir dalam pekerjaan tangan (Kamus Dewan, edisi keempat, 2007)
-
Menurut Kamus Dewan, ‘pesawat’ bermaksud alat perkakas, jentera, mesin alat (tali, rantai, bahagian jentera) yang menggerakkan enjin. Oleh itu, ‘peti kaca berkunci berpesawat dari dalam’ menggambarkan ciptaan sebuah kapal yang boleh bergerak di dalam air seperti kapal selam pada zaman moden ini. Ini bermakna orang Melayu ketika itu sudah memiliki kepandaian mencipta berasaskan sains dan teknologi.
-
Bangsa Melayu memiliki kebijaksanaan mentadbir kerajaan dan mengurus perdagangan. Sebagai bangsa yang dekat dengan dunia laut, mereka berinteraksi dengan pedagang dari pelbagai negara seperti Parsi, China, Arab dan juga Eropah. Interaksi global ini membentuk minda dan jiwa bangsa Melayu yang luas serta bersikap terbuka. Ketika itu, China masih mengamalkan dasar pintu tertutup yang keras terhadap dunia luar.
-
Bangsa Melayu sentiasa bertolak-ansur sehinggakan terlalu tingginya semangat toleransi ini menyebabkan banyak yang mereka miliki diberikan kepada orang lain. Begitu pemurahnya bangsa Melayu, namun bangsa bukan Melayu yang menerima kemurahan hati Melayu ini sering bersikap seperti ‘Belanda diberi tanah’ atau seperti kata peribahasa Melayu ‘diberi betis hendak peha’.
-
Salah satu pengorbanan orang Melayu yang tidak ternilai ialah kesediaannya memberi kerakyatan kepada kaum bukan Melayu menjelang kemerdekaan negara. Ketika negara mencapai kemerdekaan, kira-kira 800,000 orang bukan Melayu diterima menjadi warga negara. Masyarakat Ceylon turut mendapat kelonggaran kerakyatan.
-
Daripada jumlah bukan Melayu yang menerima taraf kerakyatan inilah akhirnya berkembang menerusi zuriat mereka yang kini menjadi generasi kedua dan ketiga di negara ini. Perlu diingat, pada awal 1940-an wujud perselisihan di kalangan pegawai British mengenai ‘common citizenship’ yang ingin diberikan kepada orang bukan Melayu.
-
Setiausaha Negara bagi Wilayah Jajahan, OFG Stanley menerusi suratnya kepada Lord Louis Mountbatten bertarikh 13 Jun 1944 menganggap ‘common citizenship’ untuk kaum bukan Melayu sebagai tidak menghiraukan perasaan orang Melayu. Lord Louis Mountbatten adalah pegawai Britain yang menyokong konsep ‘common citenzenship’.
-
Stanley berpendapat jumlah kaum Cina dan India yang ada ketika itu memungkinkan mereka menuntut sesuatu yang istimewa untuk mereka dalam Perlembagaan yang akan dibentuk kelak. Pada awal kemasukan imigran Cina, mereka bertumpu di negeri-negeri Selat, namun dari 1989-1900 hampir 100,000 pendatang Cina masuk ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
-
Selangor mengalami perubahan mendadak komposisi penduduk dan pada 1901, imigran dari China adalah 65 peratus daripada penduduk Selangor ketika itu (W.L.Blyte, 1953). Pada 1903, buruh Cina di lombong timah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berjumlah 186,377 orang. Angka ini meningkat kepada 231,368 pada 1907, sementara imigran China di sektor perladangan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1909 berjumlah 5,348 orang.
-
Kebanyakan imigrin China berasal dari Kwantung, Pulau Hainan, Fukien dan Kwangsi. Sementara itu, pada 1906 imigran India yang kebanyakannya berasal dari India Selatan (Negapatam dan Madras) mencatatkan kira-kira 95,000 orang masuk ke Tanah Melayu. Pada 1908, dicatatkan 38,801 lagi imigran India masuk ke Tanah Melayu (Chan Hon Chan, The Development of British Malaya 1896-1909, 1967).
-
Apa yang disuarakan Stanley terbukti benar apabila orang Cina dan India menuntut hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli, iaitu satu kaedah pemberian kerakyatan secara longgar kepada orang bukan Melayu tanpa perlu mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Kaum Cina juga berhujah bahawa mereka adalah penyumbang utama cukai kepada kerajaan Inggeris di Tanah Melayu ketika itu.
-
Prinsip jus soli akhirnya ditolak kerana orang Melayu melihat kerakyatan yang terlalu longgar ini adalah sesuatu yang tidak munasabah. Misalnya, Umno Johor melihat kerumitan timbul apabila Kerajaan China ketika itu menetapkan seorang Cina mestilah menjadi rakyat China walau di mana mereka dilahirkan.
-
Akhirnya Perlembagaan yang dibentuk (1957) mengambil kira sejarah, warisan dan tradisi kaum Bumiputera. Justeru, beberapa keistimewaan diberikan kepada orang Melayu dimaktubkan dalam Perlembagaan. Keistimewaan itu dipersetujui bersama oleh kaum lain kerana ia tidak menjejaskan sama sekali taraf, hak dan aktiviti kaum bukan Melayu di negara ini.
-
Kesimpulannya, orang bukan Melayu harus kembali menghayati gagasan ‘tolak ansur’ yang dibina oleh pemimpin pelbagai kaum terdahulu. Tolak ansur sebagai satu gagasan sosial adalah pendekatan ampuh (mujarab) dalam membina perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat majmuk di negara ini.
-
Sejak merdeka, kaum Melayu, Cina dan India berjaya membina semangat toleransi yang bermakna dalam pembinaan negara. Perjanjian murni (kontrak sosial) antara kaum Melayu, Cina dan India yang diterapkan dalam pembentukan Perlembagaan 1957 menggambarkan hakikat tolak ansur dan persefahaman antara kaum.
-
-- BH 24/12/08

Sunday, December 21, 2008

US to replace British forces in southern Iraq

By CHELSEA J. CARTER, Associated Press Writer
-
BASRA, Iraq – American troops will move into southern Iraq early next year to replace departing British forces, the top U.S. general in Iraq said.
-
His comments came as Iraq's major parliamentary parties reached a compromise Sunday to allow approval of a resolution allowing all foreign troops other than Americans to remain in Iraq until July 2009. Britain has said its 4,000 troops will withdraw from the southern port city of Basra by the end of May.
-
Army Gen. Ray Odierno, the overall commander of U.S. and allied forces in Iraq, said in an interview with The Associated Press late Saturday that he is considering moving either a brigade or division headquarters — about 100 personnel — as well as an undetermined number of combat troops to Iraq's second-largest city.
-
Moving a headquarters unit to Basra would essentially give the U.S. complete responsibility there and across the rest of the country for providing training and support to all Iraqi security forces.
-
"It will be a smaller presence than what is here now. We think it's important to maintain some presence down here just because we think Basra is an important city, and we think it's important to have some oversight here," Odierno told The AP in Basra, where the general was briefed by British Maj. Gen. Andy Salmon about the area's stability and preparations being made to withdraw.
-
Odierno said Multi-National Division — Center, which is responsible for the area south of Baghdad will expand south to the Persian Gulf and the Kuwait border. Basra is at the heart of the country's vital oil industry.
-
Britain will withdraw its 4,000 troops by the end of May. After the Dec. 31 expiration of the U.N. mandate authorizing military operations in Iraq, the only coalition troops to remain will be the U.S., Britain, Australia, El Salvador, Estonia and Romania.
-
Abbas al-Bayati of the Shiite United Iraqi Alliance said parliament will vote on Monday after political blocs reached a compromise to approve the draft resolution. He told AP that it would "give the government the authority to keep some troops for training purposes."
-
The compromise comes after Iraq's parliament twice rejected the resolution. If it is not passed before a U.N. mandate expires on Dec. 31, those troops would have no legal ground to remain.
According to Ali al-Adeeb, a member of Prime Minister Nouri al-Maliki's inner circle, said the political blocs agreed to pass the resolution.
-
A separate agreement approved by the Iraqi government on Dec. 4 allows the United States to keep troops in the country until the end of 2011. That agreement, which takes effect on Jan. 1, gives Iraq strict oversight over the nearly 150,000 American troops now in the country.
-
Odierno has said that even after that summer deadline, some U.S. training teams will remain in Iraqi cities.
He also said no decision has been made to withdraw the nearly 22,000 Marines in Iraq, mostly in Anbar province, where insurgent violence is relatively low, despite comments from the Marine commandant that there was a greater role for his troops in Afghanistan.
-
"Any decision on force structure here in Iraq will be made by me," he said, adding he would then make recommendations to Gen. David Petraeus, commander of all U.S. forces in Iraq and Afghanistan.
"We will take into account what is going on in Anbar, in the rest of the country, to make sure that we have the proper force structure to continue our mission to make sure we don't give up any of the security gains we have," Odierno said.
-
Chief among Odierno's concerns about maintaining stability in Iraq is providing adequate security for the Jan. 31 Iraq-wide provincial elections.
He will make a decision about the future duties of American troops about 60 days after January's provincial elections, enough time to monitor and deal with any violence that might arise.
-
"So we have to make sure in the election those who didn't win understand that, and we will be able to seat the new government properly," Odierno told AP. "And once we get to that point, it's now time for us to take a look at what is right for the future."
_
Associated Press writer Qassim Abdul-Zahra contributed to this report.

Thursday, December 18, 2008

Dasar proaktif, efisien pastikan ringgit kukuh

Oleh Mohd Ayop Abd Razid


KRISIS ekonomi global yang berpunca daripada krisis kewangan Amerika Syarikat (AS) dijangka semakin tenat menjelang tahun depan. AS kini berdepan keruntuhan sistem kewangan bernilai AS$3 trilion (RM10.5 trilion), beban defisit sebanyak AS$290 bilion (RM1,015 bilion) dan hutang domestik sekitar AS$10 trilion (RM35 trilion).
-
Semua beban ini bakal dipikul Barack Obama apabila beliau menduduki kerusi Presiden AS pada Januari depan. AS adalah lokomotif perekonomian dan sistem kewangan dunia. Dari negara inilah bangkitnya pelbagai syarikat gergasi termasuk gergasi kewangan yang menguasai dunia. Nilai dolarnya mempengaruhi pasaran antarabangsa.
-
Justeru, krisis ekonomi yang dialaminya memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan sistem kewangan dunia. Negara kita tidak terkecuali daripada menerima kesan krisis ekonomi global. Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun depan dijangka 3.5 peratus berbanding tahun ini 5.4 peratus.
-
Walaupun pelabur asing masih menunjuk minat untuk melabur, kerajaan perlu mempunyai pelan komprehensif mengawal pengaliran keluar pelaburan langsung asing (FDI), di samping menarik lebih banyak pelabur ke negara ini.
-
Inflasi negara menunjukkan peningkatan daripada 4.8 peratus dalam suku kedua kepada 8.4 peratus dalam suku ketiga tahun ini. Inflasi menandakan nilai mata wang merosot kerana sejumlah wang yang sama tidak lagi mampu membeli jumlah barang yang dapat dibeli sebelumnya. Menurut kenyataan Bank Negara, kenaikan inflasi kali ini adalah kesan penstrukturan semula subsidi minyak pada 4 Jun lalu serta kenaikan tarif elektrik. Bank Negara menjangkakan inflasi akan kembali pada kadar sederhana tahun depan.
-
Kerajaan perlu bersikap tegas terhadap pengeluar dan peniaga yang enggan mengurangkan harga barangan walaupun harga minyak sudah diturunkan beberapa kali. Ketegasan kerajaan dalam hal ini penting kerana harga pasaran domestik turut mempengaruhi kadar inflasi. Kadar inflasi yang tinggi membawa kesan rantaian yang pelbagai seperti lemahnya kuasa membeli, terjejasnya kualiti hidup, tuntutan kenaikan gaji, pengangguran dan pelbagai masalah ekonomi dan sosial.
-
Pengangguran akan menjadi isu ketika krisis ekonomi berlanjutan. Namun, kerajaan bersikap proaktif apabila pada November lalu melancarkan Pelan Tindakan Negara bagi Pengangguran yang akan menjadi agenda menyedia hala tuju bidang pekerjaan negara. Dalam Bajet 2009, agenda membangun modal insan menjadi agenda penting dalam membangun tenaga kerja negara yang kompetitif.
-
Apa yang penting ialah pelaksanaannya, bukan hanya ‘indah di atas kertas’. Kerajaan perlu menyemak kembali dasar pengambilan buruh asing yang kini berjumlah 2.1 juta daripada sembilan juta pekerja negara. Selain ancaman keselamatan dan sosial, pengaliran keluar ringgit patut dikawal. Pada tahun ini dianggarkan RM18.1 bilion mengalir keluar melalui pekerja asing di negara ini.
-
Pertumbuhan ekonomi dunia yang lembap memberi kesan kepada pertumbuhan instrumen kewangan global. Ia boleh memberi kesan kemerosotan kepada nilai mata wang negara terbabit. Justeru, pemantauan perlu dilakukan secara berkesan ke atas ringgit untuk memastikan nilainya tidak merosot. Nilai ringgit yang lemah memungkinkan perancangan dan keputusan pelaburan sama ada pelaburan domestik mahu pun pelaburan luar terjejas.
-
Pelabur mungkin mengambil langkah memindahkan risiko untuk mengelak jurang pergerakan tukaran asing yang merugikan. Kira-kira 70 peratus urus niaga perdagangan luar kita dilakukan dengan dolar. Adalah wajar kita menggalakkan sebut harga eksport barangan Malaysia dalam mata wang negara pembeli. Cara ini mungkin dapat meningkatkan rizab negara dalam pelbagai mata wang asing.
-
Rizab antarabangsa adalah simpanan negara dalam mata wang asing dan jumlah rizab antarabangsa yang dimiliki negara menjadi antara ukuran kewangan negara. Apapun corak perkembangan yang sedang dan bakal berlaku, negara harus berkeupayaan membaca dengan cepat dan tepat perubahan ekonomi dunia serta menganalisis pergerakan dan perkembangannya supaya kita berupaya menyediakan pelan tindakan yang konstruktif dan komprehensif.
-
Majlis Ekonomi Negara perlu bertindak proaktif dan efisien dalam memantau perkembangan ini serta menyarankan tindakan berkesan dan praktikal. Walaupun ekonomi negara mempunyai tiga kelebihan iaitu dasar yang kukuh, berdaya tahan dan bersifat menyeluruh, kita harus berhati-hati dan mengelak daripada sebarang tindakan salah kerana kesannya adalah besar.
-
Kegagalan mengurus ekonomi dan kewangan negara boleh meningkatkan defisit, menaikkan inflasi dan krisis perbankan yang mampu membawa gelodak besar kepada ekonomi negara serta mengancam kestabilan sosiopolitik negara.
-
Justeru, keupayaan kita mencipta suasana kewangan yang stabil dan ‘predictable’ akan membolehkan wujudnya pertumbuhan ekonomi berdaya tahan. Perlu diingat, kegagalan bekas Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Alan Greenspan mencegah Presiden George W Bush menggelembungkan defisit anggaran serta meramalkan terjadinya ‘bubble’ di sektor perumahan menyebabkan berlakunya krisis kewangan di AS sekarang.
-
Greenspan adalah tokoh yang dikagumi, disebut sebagai ‘a rock-star central-banker’ berpengalaman selama 20 tahun mengurus Rizab Persekutuan serta berjaya berdepan pelbagai peristiwa seperti ‘Black Monday’ yang meruntuhkan saham di Bursa New York (akhir 1987) dan beberapa krisis dunia yang lain.
-
Namun, beliau gagal mengekang ‘nafsu buas’ Bush dalam berbelanja yang akhirnya menyebabkan AS terjebak dalam krisis kewangan. Yang jelas, tanggungjawab Gabenor Bank Pusat adalah penting untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada pucuk kepemimpinan negara.
-
Kita yakin dengan kewibawaan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengendalikan dasar monetari negara. Pemilihan beliau menganggotai Suruhanjaya Reformasi Sistem Kewangan dan Monetari Global membuktikan kewibawaannya. Justeru, dalam mengemudi ekonomi dan kewangan negara, Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak pasti dapat memanfaatkan pengalaman dan kepakaran yang ada pada beliau. _BH 17/12/08
-
Posted by Miss Qistina at 7:50 AM
Labels: ARTIKEL MENARIK / http://missqitina.blogspot.com/
4 comments:
-
mensrea said...
Interesting to note that the columnist seems to parrot Tun M's suggestion in para 10 of this article...kami di private sector dah mula ikat perut. Kena belajar jd freegan..heh3
December 17, 2008 10:34 AM
Miss Qistina said...
oo mensrea pon private sector jugak ye.. :)
December 17, 2008 11:38 AM
mensrea said...
Ha'ah all the while...ader own firm to take care of...pening jugak nak fikir whether or not to give any increment to the staff next year or have a wait and see stand first. Most businesses start to feel the pinch in the final quarter of the year..so whatever profit yang ader for the earlier months kena potonglah...sori Qis, cakap business plak..heh3x
December 17, 2008 2:19 PM
Miss Qistina said...
takpe laa mensrea cakap pasai ekonomi ni mencabar minda sket...heheisk..isk..amerika punya pasai habis satu dunia tunggang langgang ye..
December 17, 2008 8:13 PM

Wednesday, December 17, 2008

Monday, December 15, 2008
Of rights, royalty and language
translation by Jacqueline Ann Surin
-
SIMILAR to the other press, the 6 Dec 2008 Bukit Antarabangsa landslide dominated the news in the Malay press between 5 and 12 Dec. But several other issues were also highlighted in the Malay press. These were primarily about Malay rights, the royalty, and the Malay language.
-
On 10 Dec, Berita Harian published a column titled Pemimpin Cina, India dulu lebih hormat hak Melayu by Mohd Ayop Abd Razid, who argued that the non-Malays of the early Merdeka days were more respectful of Malay rights than the non-Malays today.
-
"Non-Malay leaders of before had the right perception and understanding of the position of the Malays," Mohd Ayop said, citing former MIC president Tun VT Sambanthan and former MCA president Tun Tan Siew Sin.
-
"[Both these leaders] criticised non-Malay politicians of that era such as KL Devaser and SM Yong who questioned the special rights of Malays that were enshrined in the constitution," Mohd Ayop said.
-
Mohd Ayop said Sambanthan, one of the founding leaders of independent Malaya, argued in 1957 that the Malays, who were being called "first class citizens" by critics, were actually poor and disempowered.
-
Tan also defended the Malays, Mohd Ayop said. "Among others, he told the non-Malays not to hope for and ask the Malays to give up what belonged to them. Tan's view was that the Malays were economically backward and needed help."
-
Mohd Ayop said that for 50 years after independence, ketuanan Melayu was not questioned but suddenly it was being criticised by non-Malay leaders including Umno's political allies.
-
"We would not be surprised if these voices were from the opposition which claims it wants to uphold equality and fairness. But questions arise when these criticisms are from Umno's allies who have before this agreed to and accepted the implementation of the New Economic Policy," he said.
-
Noting that Malay equity ownership in 2006 was only 19.4% compared with Chinese ownership of more than 40%, Mohd Ayop questioned why these allies would express views that were hurtful to the Malays. "Is this to pressure Umno or to provoke the Malays?"
-
Mohd Ayop is the head of the media communications unit of the Information Ministry's special issues department.

- national-express-malaysia.blogspot.com

Tuesday, December 2, 2008

Bukan Melayu patut contohi pemimpin dulu
Mohd Ayop Abd Razid


MENJELANG kemerdekaan negara, 80 peratus penduduk Persekutuan Tanah Melayu adalah Melayu - kaum miskin dan ketinggalan dalam pelajaran. Kedaifan yang melampau ini cukup memberikan tekanan psikologi kepada orang Melayu sehingga apabila berlakunya provokasi di kalangan bukan Melayu menyebabkan berlakunya konflik perkauman yang buruk.
-
Peristiwa hitam 13 Mei 1969 akhirnya membawa kepada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Walaupun dasar ini memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dengan penetapan 30 peratus ekuiti negara perlu dimiliki orang Melayu, sepanjang pelaksanaannya (1970 - 1990), ia memberikan manfaat cukup besar kepada semua kaum, terutama orang Cina yang menguasai ekonomi negara.
-
Penetapan 30 peratus ekuiti negara untuk orang Melayu bertujuan melahirkan masyarakat perindustrian dan perdagangan di kalangan Bumiputera menjelang 1990. Bagaimanapun matlamat ini tidak tercapai sepenuhnya. Mengikut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima (1990), pemilikan dan pengawalan sektor korporat 1990 adalah seperti berikut: Bumiputera 19.6 peratus, bukan Bumiputera 56.7 peratus dan pemilikan asing 23.7 peratus.
-
Pada 2006, pemilikan ekuiti Bumiputera hanya 19.4 peratus sementara kaum Cina terus menguasai lebih 40 peratus ekonomi negara. Anehnya, sudah ada suara yang mahukan 30 peratus untuk Bumiputera dihapuskan. Kita tidak hairan jika suara itu datang daripada pihak pembangkang yang kononnya memperjuangkan kesamarataan dan keadilan. Namun, persoalan timbul apabila ia datang daripada rakan politik Umno yang selama ini turut akur dan menerima pelaksanaan DEB.
-
Kurang jelas apakah persepsi mereka sebenarnya sehingga sanggup menyuarakan sesuatu yang menggores perasaan orang Melayu. Adakah ia satu bentuk tekanan ke atas Umno atau satu bentuk provokasi liar terhadap orang Melayu? Lebih daripada itu, konsep ‘ketuanan Melayu’ yang selama 50 tahun sunyi daripada dipersoalkan, tiba-tiba menjadi kritikan dikalangan pemimpin bukan Melayu, termasuk di kalangan rakan politik Umno sendiri.
-
Pemimpin bukan Melayu terdahulu mempunyai persepsi yang betul dalam memahami kedudukan orang Melayu. Tun V Sambathan dan Tun Tan Siew Sin mengkritik ahli politik bukan Melayu ketika itu seperti KL Devaser dan SM Yong yang mempertikaikan hak istimewa yang diberikan kepada orang Melayu dalam perlembagaan. Menurut pengkritik itu, orang Melayu dijadikan penduduk kelas pertama di negara ini. Benarkah dakwaan berkenaan? Kita cari jawapannya daripada kedua-dua pemimpin bukan Melayu itu. -

Tun Sambathan ketika mengambil bahagian dalam perbahasan di Majlis Perundangan Persekutuan (Julai 1957) berhujah bahawa orang Melayu yang dikatakan rakyat kelas pertama pada hakikatnya hidup dalam keadaan yang daif.
-
Beliau memberikan gambaran orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di luar bandar tiada kemudahan jalan raya, bumbung rumah bocor dan tidak mampu mendapatkan khidmat doktor walaupun anak mereka sakit tenat. Beliau bertanya kepada pengkritik, adakah mereka (Melayu) sama ada yang tinggal di kampung atau di bandar memiliki rumah banglo di ibu kota mahupun di Cameron Highlands?

Siew Sin turut sama berhujah membela orang Melayu. Antara lain beliau melontarkan pandangan bahawa bukan Melayu jangan terlalu mengharap dan meminta orang Melayu melepaskan apa yang mereka miliki. Beliau berpendapat orang Melayu sangat ketinggalan dalam bidang ekonomi dan perlu dibantu. Beliau menyifatkan pengkritik bersifat keterlaluan apabila mereka meminta hak istimewa orang Melayu dihapuskan. Beliau berpendapat orang Melayu yang memiliki sifat kebijaksanaan akan dengan sendirinya menghapuskan hak keistimewaan itu apabila sampai masanya nanti.
-
Apa yang disuarakan oleh kedua-dua pemimpin bukan Melayu itu memang benar. Keadaan orang Melayu sebelum dan pada awal kemerdekaan berada dalam lingkaran kemiskinan. Keadaan mereka bagaikan ’geluk tinggal di air’. Mereka sangat mengharapkan bantuan. Sehingga 1968, majoriti keluarga Melayu, terutama yang tinggal di luar bandar adalah daripada golongan miskin dengan pendapatan di bawah $100 sebulan (dolar adalah nilai mata wang ketika itu).
-
Ramai yang miliki empat hingga 10 anak, malah ada yang lebih. Mereka tidak berupaya menyediakan makanan berzat kepada anak-anak menyebabkan peratusan anak Melayu kampung diserang ’deman kura’ adalah tinggi. Hampir semua negeri mencatatkan penyakit ’deman kura’ di kalangan orang Melayu.
-
Kedah dan Terengganu mencatatkan lebih 80 peratus, sementara Kelantan mencatat 91 peratus. Hanya Melaka mencatatkan 21 peratus. Kadar keciciran persekolahan anak Melayu juga tinggi. Pada keseluruhannya, keciciran murid Melayu pada peringkat sekolah rendah adalah 40 peratus daripada jumlah murid yang masuk sekolah.
-
Pada peringkat sekolah menengah pula, 10 peratus yang tercicir sebelum menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Walaupun tiada yuran dikenakan pada peringkat sekolah kebangsaan tetapi ibu bapa dibebani dengan beberapa bayaran seperti yuran peperiksaan, buku teks dan pakaian seragam. Anggaran perbelanjaan murid di sekolah rendah ketika itu ialah $217.50 sementara sekolah menengah $337.50 (Education Statistic of Malaysia 1938-1967, DBP,1968).
-
Bilangan siswazah Melayu dalam bidang penting ketika itu amat rendah. Di Universiti Malaya, pada 1969/70 siswazah Melayu dalam bidang sains (BSc) 22 orang, bidang perubatan (MBBS) empat orang dan hanya satu orang dalam bidang kejuruteraan (B Engin). Dalam buku Peristiwa 13 Mei terbitan Mageran merekodkan statistik orang Melayu dalam pekerjaan profesional hanya 19.2 peratus, sementara orang bukan Melayu 80.8 peratus.
-
Kesimpulan, persepsi yang betul di kalangan pemimpin bukan Melayu terdahulu terhadap keadaan orang Melayu serta kefahaman mereka terhadap konsep ‘ketuanan Melayu’ menyebabkan semangat toleransi dan kerjasama tercipta dengan begitu erat di kalangan pelbagai kaum di negara ini.
-
DEB dapat diterima serta dilihat cara berkesan memenuhi semangat kontrak sosial yang bertujuan mewujudkan keharmonian, solidariti dan keselamatan masyarakat. DEB dilahirkan untuk mewujudkan keseimbangan dalam pengagihan ekonomi negara. Justeru, tidak salah semangat DEB diteruskan dalam Dasar Pembangunan Negara (DPN). – BH 3/12/08