Tuesday, November 27, 2007

Garisan Melayu.


Kenapa tajuk di atas menjadi pilihan? Kenapa kita perlu ada garisan tersendiri yang membataskan apa dan kenapa sesuatu perkara itu perlu dilakukan. Kenapa ‘orang putih’ tidak perlu ada garisan yang membataskan sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan.

Kenapa itu dan kenapa ini ? Banyak sangat yang tidak bolehnya ! Kemudian kita pergi lagi kepada ‘hidup dikandung adat dan mati dikandung tanah’. Sebut mati tahu pulak takut, tapi persediaan untuk mati tidak pula dilaksanakan secukupnya.

Banyak sangat yang tidak bolehnya dalam masyarakat Melayu, yang bolehnya terus meminta dan meminta lagi, tak cukup betis diberi, hendak pula peha yang seksi. Justeru itu, sedapat-dapatnya marilah kita mengubah persepsi sedemikian dan membina perkara baru yang dapat membentuk serta memimpin generasi ‘Melayu Baru’. Sekiranya kita tidak memulakan dari hari ini, bila lagi kita hendak memulakannnya sedangkan masa terus berlalu.

Dalam masalah gejala social, siapa lagi yang boleh mengurangkan gejala sosial masyarakat Melayu di Malaysia yang tercinta ini, jika tidak kita, orang melayu sendiri.

Semua pihak perlu ada rasa tanggungjawab sejajar dengan pembangunan pesat yang berlaku di Malaysia. Jangan kita hanya menuding jari kerana sesungguhnya setiap individu yang diberi tanggungjawab sebenarnya memegang amanah untuk dilaksanakan. Amanah-amanah ini kalau tidak banyak, sedikit pun, ianya tetap dipandang mulia sekiranya berjaya dilaksanakan.

Perspektif kepuasan walaupun subjektif sifatnya, tetapi tetap ada ganjaran yang menanti. (Ingat ini bukan cerita berkenaan dengan pertimbangan moral yer- hukuman atau ganjaran untuk diberi kepada anak-anak). Ini lebih merupakan satu ransangan psikologi untuk kita membuat yang terbaik dalam apa-apa perkara sekalipun. Cuma perlulah berpada-pada supaya sama dengan ukuran kejayaan tugasan yang telah disempurnakan itu.

Berbalik kepada Garisan Melayu, sebenarnya keadaan menuntut yang lebih dari itu, ‘janganlah kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar’. Bukan semua yang tidak baik itu dari ‘orang putih’ atau pun ‘Kerajaan Warisan orang putih’, tetapi sungguh banyak nilai yang baik-baik boleh dicontohi, dan bukan juga Melayu itu semuanya layu, tetapi masih banyak yang perlu diperkasakan lagi, dan jangan pula nak ingat berdemonstrasi sahaja sebagai jalan untuk menyuarakan keadilan. Ayuhlah Melayu, bangkitlah! Jadikan Malaysia ini sebagai asas kekuatan bangsa Melayu dalam segala bidang. Itu sebabnya, kedatangan Islam telah mengubah persepsi masyarakat Melayu di Nusantara dan berjaya menyatukan umat manusia selaras dengan kata-kata ‘Kesatuan dalam Kepelbagaian’.

Apa yang boleh ditetapkan buat masa ini ialah, kita masih ada masa untuk berubah ! Perubahan ke arah yang lebih baik samalah seperti penghijrahan jiwa, minda dan hati, menuju satu anjakan bagi melahirkan semula semangat baru untuk terus hidup cemerlang. Kesimpulannya, mercu tanda kejayaan sentiasa menanti pada setiap insan yang mahukan perubahan ke arah penghidupan yang lebih aman dan harmoni.


-- Prinsip5
HINDRAF MENGGUGAT KESELAMATAN NEGARA

Hindu Rights Action Force atau dipanggil HINDRAF adalah satu pertubuhan yang tidak berdaftar dan tidak sah. HINDRAF diterajui oleh lima orang peguam di kalangan kaum India iaitu M. Manoharan, P. Uthaya Kumar, K. Ganghadaran, P. Wathyamoorthy dan S. Ganapathy Rao. Tujuan penubuhan HINDRAF di antaranya adalah untuk menyerahkan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi British bagi mengemukakan saman sebanyak AS$ 4 trilllion (RM 14 Trillion) di samping beberapa tuntutan yang dilihat tidak masuk akal dan hanya akan mengakibatkan pergeseran kaum di Malaysia.

Perhimpunan HINDRAF yang dijangka berlangsung pada jam 10.00 pagi 25 November 2007, rupanya telah berlangsung lebih awal di mana seramai hampir seribu peserta perhimpunan HINDRAF telah berkumpul di Batu Caves seawal jam 12.00 tengah malam. Perhimpunan haram ini ternyata menimbulkan kekacauan dan keganasan kerana telah mengakibatkan kerosakan kenderaan dan harta benda serta membabitkan kecederaan 4 orang anggota polis yang ditugaskan mengawasi perhimpunan haram tersebut. Tindakan penganjur dan peserta HINDRAF benar-benar telah mencabar undang-undang dan kedaulatan negara. Berita palsu yang disebarkan melalui SMS dan internet bagi membangkitkan semangat kaum India supaya menyertai perhimpunan haram ini adalah satu tindakan yang boleh menjejaskan semangat perpaduan antara kaum di negara ini.

Tidakkah penganjur dan mereka yang menyertai perhimpunan haram ini sedar akan implikasi yang timbul akibat perbuatan mereka? Implikasi yang timbul kesan perhimpunan haram ini bukan sahaja dari sudut keselamatan malahan boleh dilihat dari sudut ekonomi dan sosial. Sebagai rakyat Malaysia mereka seharusnya sedar bahawa bukan kaum India sahaja yang miskin serta mundur tetapi melibatkan semua kaum di negara ini. Bagaimana dengan perasaan kaum-kaum lain di Malaysia? Bagaimana pula dengan masyarakat kampung dan orang asli yang lebih miskin daripada kaum India? Penganjur atau dalang di sebalik perhimpunan HINDRAF ini seharusnya berfikir dengan lebih terbuka dan positif sebelum bertindak untuk berhimpun beramai-ramai yang akhirnya mengakibatkan suasana liar dan ganas serta kerosakan harta benda.

Kaum India seharusnya bersyukur kerana mereka dapat berteduh dan mencari rezeki di bumi Malaysia ini. Pernah kah mereka ini memikirkan nasib mereka di India jika moyang-moyang mereka tidak dibawa masuk oleh kerajaan British pada satu masa dahulu? Saya percaya nasib kaum India di Malaysia lebih terjamin dan senang jika dibandingkan dengan kaum India di negara India. Moyang-moyang mereka yang dibawa masuk ke Malaysia bukanlah dikerah sebagai hamba abdi sebaliknya mereka ini diberi peluang pekerjaan yang sewajarnya oleh kerajaan British. Jika moyang-moyang kaum India ini masih hidup nescaya mereka tidak bersetuju untuk diadakan perhimpunan HINDRAF ini dan berasa sedih serta kecewa terhadap generasi kaum India masa kini yang tidak mengenang budi kerajaan Malaysia dan masyarakat Melayu yang banyak bertolak ansur.
Jika penganjur atau dalang perhimpunan ini mengatakan bahawa kerajaan Malaysia bertindak kejam dan tidak adil kerana tidak membenarkan mereka berhimpun dan berdemonstrasi secara aman, ingin saya maklumkan bahawa tindakan kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa adalah berasas dan bersebab. Kerajaan Malaysia harus mengambil kira dari segi aspek keselamatan dan ketenteraman awam. Semua bangsa di dunia mempunyai hak masing-masing. Jika kaum India membangkitkan hak mereka untuk berhimpun secara aman, bagaimana pula dengan hak-hak masyarakat lain yang ingin kebebasan dengan keluar bersiar-siar tanpa merasa ketakutan? Bagaimana pula dengan hak para peniaga yang ingin membuka serta menjalankan perniagaan mereka tanpa merasa bimbang? Perhimpunan HINDRAF yang dijanjikan secara aman oleh penganjur sebaliknya bertukar menjadi liar dan ganas. Mereka yang menyertai perhimpunan ini benar-benar bersikap biadap dan kurang ajar kerana tidak mempedulikan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa supaya bersurai sebaliknya telah melemparkan kata-kata kesat dan membaling objek keras dan telah menyebabkan empat orang anggota polis cedera serta beberapa buah kenderaan awam dan kerajaan turut dirosakkan.

Perhimpunan haram ini turut mengundang perspektif negatif kepada pelancong asing dan media asing. Mereka akan membawa cerita buruk apabila pulang ke negara masing-masing. Ini akan menyebabkan sektor pelancongan negara mengalami kerugian akibat daripada kurangnya pelancong asing memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan kerana gambaran negatif mengenai negara Malaysia. Para pelabur asing juga turut berfikir dua kali untuk melabur di negara Malaysia jika keadaan huru-hara yang dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab berterusan. Semakin jelas kecetekan pemikiran penganjur atau dalang HINDRAF walaupun berlatar belakang pendidikan tinggi. Ternyata dalang perhimpunan haram ini mempunyai agenda politik tersembunyi lebih-lebih lagi menjelangnya pilihan raya umum yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ini.

Segelintir kaum India yang menyertai perhimpunan haram HINDRAF disarankan menukar kerakyatan dan membeli tiket kapal terbang balik semula ke negara Tamil Naidu jika mereka merasakan diri mereka dianiaya oleh kerajaan Malaysia. Sikap biadap dan tidak tahu erti bersyukur segelintir kaum India ini tidak boleh diterima oleh masyarakat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian.

- Oleh Pemuda Malaysia
"BERTINDAK BIAR RASIONAL, MEMINTA BIAR SESUAI DENGAN REALITI”

Hindu Rights Action Force (Hindraf) merupakan salah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dibawah ROS. Tindakan mereka berdemonstrasi di jalanan baru-baru ini sehingga bertindak liar dan ganas mengambarkan pertubuhan ini mempunyai ciri-ciri militan dan pelampau perkauman. Cubaan mereka untuk menghantar memorandam kepada kerjaan British adalah satu usaha mereka untuk mengundang campur tangan asing ke dalam hal ehwal Malaysia. Ia adalah satu tindakan mengkhianati negara Malaysia yang dicintai ini.

Tindakan Hindraf menganjurkan perhimpunan HARAM di hadapan Bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang, pada hari Ahad (25/11/07) benar-benar mencabar undang-undang negara. Polis tidak pun memberi permit perhimpunan dan telah mendaptkan perintah mahkamah melarang perhimpunan tersebut atas sebab ancaman terhadap ketenteraman dan keselamatan awam@negara.
Kebanyakan mereka yang menyertai perhimpunan tersebut terpukau dengan tuntutan RM3.4 trillion bagi pampasan ke atas tiap-tiap India yang kononnya menjadi mangsa penjajahan British kerana membawa masuk kaum India ke negara ini.

Setelah bertungkus-lumus mengawal dan mengekang perhimpunan haram BERSIH yang dianjurkan oleh parti pembangkang pada 10 November yang lalu, kali ini pasukan keselamatan diuji sekali lagi dengan tindakan cetek akal kaum yang telah mendapat hak keistimewaan di negara ini. Apa lagi yang hendak dituntut? Tidak sejak merdeka kerajaan turut memberi perhatian kepada masyarakat india. Nak kata masih miskin, ramai orang melayu juga yang miskin dan daif.

Kononnya nasib mereka tidak dibela, dianiaya dan , dijajahan oleh orang melayu yang mengetuai kerajaan. Sedarkah mereka apa yang telah mereka tuntut? Bumi Malaysia asalnya Bumi Melayu....... kalau tahu begini kesudahannya, pasti dari dahulu lagi bangsa Melayu tuidak bersedia menerima meraka tetapi orang melayu tidak sekejam yang digambarkan.

Adakah selama ini mereka dinafikan hak????? Tidak sedarkah mereka selama ini nasib mereka terbela, anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna, yang berjasa kepada negara diberi penghargaan dan mereka yang selama ini miskin kini mampu memiliki ladang, perniagaan, kerusi-kerusi politiktermasuk di kawasan majoriti Melayu.Bahasa, agama dan adat resam mereka tetap dikekalkan srta bebas dipraktikkan.

Propaganda yang sama dapat dilihat dari perhimpunan Hindraf kali ini; menghasut, mencaci dan menabur fitnah yang bukan-bukan. Mereka tidak tidak mengenang budi, mahu mewujudkan pertelingkahan kaum malah mempertikaian kewibawaan pemimpin Melayu.

Apa asasnya dakwaan mereka? Secara logik akalnya bagi yang boleh berfikir secara waras, sejak kemerdekaan negara , kaum India di Malaysia telah dipertingkatkan taraf hidup mereka melalui proses yang sangat pantas dan menyeluruh.. Itu pu masih tidak sedar diri lagi. Tindakan mengapi-apikan sentimen perkauman yang sememangnya sangat sensitif ini sememangnya tidak boleh diterima. Sesungguhnya mereka lupa bahawa satu ketika dulu, mereka telah diberi peluang untuk pulang ke negara asal. Namun terfikirkah di benak fikiran penyokong-penyokong HINDRAF, andainya mereka pulang ketika itu, adakah nasib mereka akan menjadi lebih baik? Adakah Negara mereka menjanjikan sesuatu yang berharga sepertimana Malaysia.

Persoalannya yang timbul ketika ini, apakah agenda tersembunyi mereka? Tidak kah mereka sedar implikasi tersirat kemasukan mereka ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu? Nasib mereka terbela, kehidupan sosial mereka seimbang dan taraf hidup mereka meningkat.

Mereka yang menyokong Hindraf boleh diibaratkan seperti “MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT” - Kita yang selama ini membantu mereka, sebaliknya mahu menggit pula.

Bersikap rasionallah sikit, takkan maju India Malaysia kalau bukan kerana hak kewarganegaraan yang telah mereka nikmati. JANGANLAH MEMPERBODOHKAN DIRI MENJADI BONEKA JALANAN YANG HANYA PANDAI MEMBUAT PERSEMBAHAN YANG LANGSUNG TIDAK BERMAKNA.… BERINGATLAH……..


‘MUSTIKA INDAH’
TUNTUTAN YANG TIDAK RELEVEN

1. 50 years of violations of the Malaysian Federal Constitution by UMNO controlled government
2. End Racism, End Islamic Extremism and End Malay Privileged on the 50th Year Golden Jubilee Mega Independence Celebration of Malaysia on 31st August 2007
3. Call for Affirmative Action for all poor Malaysians Especially the Ethnic Minority Indians
Demikianlah di antara tuntutan utama Hindu Right Action Force (HINDRAF)
Putri terkejut dengan tindakan Hindu Rights Action Force (HINDRAF), sebuah NGO kaum India yang menuntut mahu hak istimewa orang Melayu dihapuskan dan mendakwa kaum India dipinggirkan oleh kerajaan BN. Nampaknya pihak-pihak ini tidak serik-serik mahu menekan kerajaan dengan tuntutan yang semakin tak relevan.

Isu Agama, diskriminasi kaum dan perlembagaan yang sedia ada dimainkan oleh HINDRAF yang putri fikir terlalu sensitif untuk dibangkitkan dalam sebuah Negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Tidakkah mereka terfikir tuntutan ini hanya akan menambah lagi masalah dalam Negara Malaysia yang kita cintai ini????. Jika kaum India bangkit tidak mustahil kaum-kaum lain juga akan turut sama membuat tuntutan untuk membela kaum mereka juga. Mereka kena ingat apa kerakyatan mereka ??? Bukan rakyat Melayu, India, Cina tetapi rakyat Malaysia. Tidakkah mereka sedar imej Negara semakin tercalar dengan tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini yang secara sukarela memburukkan nama Negara dengan tindakan semakin kurang bijak.

Di bawah Akta Hasutan rakyat dilarang menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja dan kewarganegaraan. Nampaknya HINDRAF tidak mengambil tahu langsung mengenai kewujudan akta ini yang terang-terang menekankan dilarang mengungkit isu-isu sensitif berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu.
Putri rasa HINDRAF tidak sepatutnya menimbulkan isu perkauman yang umum ketahui akan menyebabkan ketidakpuashatian semua kaum. Kalau dulu dasar pecah dan perintah memecahkan semua kaum-kaum utama di Malaysia dengan kegiatan ekonomi, kaum Melayu di tempatkan di luar Bandar dan menjalankan kegiatan bertani , Cina di lombong-lombong dan kaum India di ladang-ladang namun sekarang selepas penyusunan semula masyarakat kita semua diberi hak yang saksama dan tidak ada penindasan dan diskriminasi kaum berlaku. Semua rakyat sebenarnya diberi hak yang sama rata tanpa memikirkan bangsa,agama dan bahasa di Malaysia. Ini adalah tindakan kurang bijak pihak NGO yang nampaknya telah tersalah tuntut,.Jangan nak bangkitkan kembali peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Tidakkah mereka bersyukur mereka dapat hidup dengan aman, bebas dan merdeka serta tidak ditindas seperti di Negara-negara lain yang juga mempunyai pencampuran kaum?. Kalau dikira logiknya adakah hak keistimewaan orang Melayu merupakan punca ketidakseimbangan ekonomi.? Tak logik bukan. Tindakan ini sudah melampau. Sedarkah mereka bahawa nasib kaum India di Malaysia jauh lebih baik berbanding negara lain termasuk di Negara India sendiri.

Putri cabar HINDRAF supaya berhijrah dan tinggal di negara lain, yang mereka fikir lebih baik. Adakah nasib mereka akan lebih terbela. Dapatkah mereka sendiri pastikan????. Tindakan HINDRAF hanya akan mengundang gelombang kemarahan masyarakat bumiputera yang sudah begitu banyak beralah untuk atas nama kontrak sosial.
Sedarkah bahawa masih ramai orang Melayu dan bumiputera yang miskin terutama di luar bandar. Mereka setia menyokong kerajaan sejak merdeka lagi. Kalau diikutkan, mereka lagi berhak membuat pelbagai tuntutan.

Bagaikan terang lagi disuluh, HINDRAF menunjukkan sikap mengambil kesempatan dan mempropagandakan isu perkauman untuk kepentingan satu kaum sahaja. Tidakkah mereka sedar mereka tinggal di Negara yang mempunyai masyarakat majmuk???. Perjuangan Hindraf juga boleh mengundang kepada pepecahan dan sikap saling membenci antara kaum di Malaysia. Hentikanlah semua ini demi kemakmuran Negara.


- Putrimalaysia
PERHIMPUNAN HINDRAF SATU KEKALUTAN


“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan dengan sabar’’. al-Asr ayat 1-3


Tak sampai sebulan Perhimpunan BERSIH, kita sekali lagi digemparkan dengan satu lagi perhimpunan haram –yang dianjurkan oleh HINDRAF (Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu) yang dianggap satu perhimpunan haram di ibu negara Ahad lalu. Ia telah memberi satu tamparan hebat kepada keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

CNN telah mengwar-warkan bahawa demonstari HINDRAF adalah manifestasi daripada ketidakpuasan hati masyarakat India/Hindu Malaysia terhadap Kerajaan yang dituduh telah meminggirkan mereka secara sitematik dari sudut sosioekonomi. Jelas sekali, fakta palsu ini menjejaskan imej negara.

Ekoran perhimpunan tersebut, ia telah menyusahkan banyak pihak kerana tujuan perhimpunan itu tidak jelas dan lebih berbaur perkauman. Ribuan dan jutaan warga negara ini terpaksa menanggung kesulitan ekoran perbuatan HINDRAF tersebut. Ia bukan sahaja menyusahkan dalam tempoh sehari dua tetapi sejak seminggu sebelumnya kerana banyak ‘road block’ terpaksa dilakukan oleh pihak polis di jalan-jalan utama memasuki ibu kota.

Bayangkan berapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh banyak pihak dalam tempoh yang singkat ekoran perbuatan yang tidak berfaedah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Fikir…Fikirkanlah Sebelum Bertindak Wahai Insan yang bergelar MANUSIA.


Bukan setakat masyarakat Malaysia yang dilanda kerisauan tetapi ia sama sekali mendatangkan kerugian serta imej negatif kepada usaha Kerajaan untuk menarik pelabur asing, menggalakkan pelaburan tempatan dan kemasukan pelancong serta pelajar asing ke negara Malaysia. Kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit dalam mempromosikan Malaysia kepada negara luar. Namun begitu, ada manusia yang ‘berhati busuk’ telah merosakkan perancangan pihak Kerajaan dalam menarik pelancong datang ke Malaysia.

Para pelancong dari luar teragak-agak untuk berkunjung ke Malaysia atas alasan negara ini selalu berlaku kekacauan yang menganggu keselamatan. Secara tidak langsung, hotel-hotel akan terjejas perniagaannya .

Oleh itu, Kerajaan sepatutnya mengambil indakan tegas bagi menangani perhimpunan haram yang semakin kerap dianjurkan oleh mereka yang mempunyai agenda. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar digunakan kepada mereka yang merancang perhimpunan haram tersebut. Hanaya ISA yang dilihat berkesan untuk membendung perkara ini dan ia dapat memberi teladan kepada mereka yang lain. Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan pasati akan menyokong sepenuhnya tindakan bijak Kerajaan ke atas mereka yang menggugat keselamatan awam dan negara.



Patuh membawa kebahagian dan keselamatan. Ingkar pula menyebabkan penderitaan dan kacau bilau.



- Ummi Nur
27 November 2007.

Sunday, November 25, 2007

BATU ADA DALAM KAPALA KAH?


Asyik-asyik demontrasi. Tak habis-habis dengan demontarsi. Tak de kerja lain ke?
Woi ! teruk ke kerajaan yang ada ah ? Teruk macam Thailand yang menindas minoriti , teruk macam Burma yang menindas minoriti dan menindas demokrasi dan banyak teruk-teruk lagi di negara lain, hatta di India sekali pun yang menindas umat Islam di sana dan juga di Khasmir?
Kalau perangai sendiri tu dah teruk dan psiko , apa kebaikan yang kerajaan lakukan dilihat tak baik. Ini termasuklah demontrasi yang dibuat oleh Bersih pada 10 Nov lalu.
Tidakkah anda menikmati kebebasan, kemudahan mencari rezeki dan menikmati banyak kemudahan bertaraf dunia yang kerajaan sediakan? Anak-anak anda tidakkah menikmati dan menerima sistem pendidikan yang bermutu termasuk buku teks percuma, yuran sekolah percuma dan tidak ada semua bentuk yuran peperiksaan dikenakan. Banyakkkkkkkkkkkkkkk.......... lagi kalu nak disenaraikan.
Pembangkang dan pertubuhan-pertubuhan yang menentang semua menikmatinya.
Apa kamu mahu lihat polis di Malaysia ni macam tikus je.... diam tak mahu mahu bertindak terhadap makhluk-makhluk perosak. Ambil je sikit tindakan, pancut je air pemedih mata dah kata polis zalim., polis ganas, polis macam Israel. Sedapnya mulut bercakap. Lepas tu mohon simpati antarabangsa, kononnya kerajaan menindas kebebasan, kerajaan tak beri hak dan macam-macanm lagi.
Perangai tempat kamu mengadu tu pun serupa, lebih-lebih lagi Amerika dan Britain termasuklah PBB tu. Negara-negara yang betul-betul menindas, membunuh, zalim dan pemusnah negara lain tak pun mereka beri perhatian sungguh-sungguh. Ini setakat jirus air pemedih mata dah bising.
Insaflah wahai rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang suka berdemontrasi tu.
Lihat beberapa akhbar tempatan hari ini 26 November 2007. Muka depan BH, 'Penyokong Hindraf ganas', muka depan Utusan Malaysia 'Perhimpunan bertukar ganas' dan muka depan NST dengan tajuk 'Defiance'. Gambar-gambar yang disiarkan oleh akhbar-akhbar tersebut jelas mengambar watak dan perwatakan penyokong Hindraf. Masih mahu kata media-media ini bias, tidak boleh dipercayai. Wah.... wah u orang punyai cerita aje ada banyak ada betul kah. Takde autah langsung ah... banyak bagus ah.
Bukankah polis dah dapatkan perintah mahkamah melarang perhimpunan tetapi mengapa ada degil juga... mahu tunjuk samseng sama polis kah dan mahu challenge mahkamah. Batu ada kapala punya dalam kah?? Syabas Polis, teruskan usaha anda menjaga keselamatan negara.
Oleh Megatrambai

Sunday, November 18, 2007

PERHIMPUNAN AMAN “BERSIH” – AMAN ATAU MENYUSAHKAN?

Nampaknya Perhimpunan jalanan BERSIH (Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil) pada 10 November 2007 yang lalu tidak begitu menarik perhatian umum untuk menyertainya. Jumlah yang hadir hanya seramai 4,000 orang sedangkan BERSIH mensasarkan bahawa 100,000 orang akan turut serta dalam kempen mengarut itu. Mereka yang hadir rata-rata berbaju kuning dan merah. Mereka tidak lain dan tidak bukan adalah merupakan penyokong parti PAS dan PKR sendiri. Ini bermakna misi pihak pembangkang yang didukungi oleh parti PAS, PKR dan DAP serta beberapa pertubuhan NGO ini tidak berjaya mencapai matlamat.

Kononnya mereka ingin menarik seberapa banyak sokongan daripada rakyat untuk mengadakan demonstarasi jalanan yang menuntut satu pilihanraya yang telus dan adil. Padahal rakyat sedikitpun tidak berminat untuk bersama-sama mereka melaksanakan misi yang hanya membuang masa dan tenaga. Sebab apa rakyat tidak berminat??? Ini kerana rakyat Malaysia sendiri sudah sedia maklum bahawasanya Malaysia masih teguh memegang prinsip sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Sistem pilihanraya Malaysia tetap cekap, telus dan adil.

Apa yang BERSIH hendak sebenarnya? BERSIH menwar-warkan kepada orang ramai kononnya ingin melakukan perubahan terhadap corak pentadbiran negara yang ditohmah sebagai lemah dan korup. Namun sebenarnya mereka mempunyai agenda tersendiri, tersurat dan tersirat iaitu hanya semata-mata bersandarkan agenda politik mereka. Biasalah… bila diri sudah dipandang sepi, tidak lagi mendapat perhatian, pelbagai kaedah dan kempen yang hendak dilaksanakan bagi meraih sokongan orang ramai lebih-lebih lagi pilihanraya umum akan menjelang tiba tidak berapa lama lagi. Dengan erti kata lain, perjuangan untuk kepentingan diri sendiri.

Tindakan BERSIH mengadakan perhimpunan ini bukan hanya memberi impak yang negatif terhadap negara pada pandangan negara luar tetapi ia turut menyusahkan rakyat Malaysia sendiri. BERSIH tetap degil untuk melaksanakannya walaupun pihak polis tidak mengeluarkan permit. Perhimpunan yang dikatakan aman ini tidaklah aman kerana pengumpulan ramai orang telah menyebabkan rakyat merasa takut berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti rusuhan atau pertumpahan darah. Apatah lagi perasaan para pelancong. Pastinya mereka merasakan Malaysia sudah tidak aman damai dan tidak lagi sesuai dijadikan destinasi pelancongan.

Tidakkah juga BERSIH terfikir bahawa hari Sabtu dan hujung minggu adalah hari untuk orang ramai bersama keluarga? Ketika inilah mereka akan mengambil kesempatan bersiar-siar di bandaraya Kuala Lumpur dan membeli-belah bersama-sama keluarga. O Akibat tindakan BERSIH maka pada hari tersebut banyak jalan terpaksa ditutup dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Adakah ini satu tindakan aman? Tidakkah ianya menyusahkan? Kepada BERSIH dan penyokong BERSIH…ambillah iktibar daripada kejadian-kejadian yang berlaku di negara luar seperti di Lubnan, Pakistan dan lain-lain negara yang bergola.

Adakah anda mahu kehidupan anda, keluarga anda, masyarakat anda hidup dalam keadaan kucar-kacir dan penuh persengketaan? Tentu tidakkan.. Oleh itu, Lupakan dan tinggalkan aje kerja-kerja yang tidak mendatangkan faedah ini. - Oleh Nora.
PERHIMPUNAN HARAM TINDAKAN TIDAK MATANG PEMBANGKANG

Belum pun reda kes perhimpunan haram di Batu Burok, Terengganu ,pihak pembangkang sekali lagi mencabar kredibiliti kerajaan dengan menganjurkan perhimpunan di bawah naungan Bersih pada 10 Nov (Sabtu) lepas.

Teringat saya dengan kisah dua sahabat, sang monyet dan sang kancil yang suatu masa dulu, ketika saya kecil pernah di mainkan di televisyen. Salan satu episod cerita tersebut ialah kisah monyet yang begitu teringinkan cili yang cantik rupanya tanpa mengetahui buah itu rasanya pedas sekali.

Antara dialog yang paling saya ingat dalam kartun tu ialah kancil berkata, “jangan monyet… jangan” tetapi monyet menjawab, “aku nak jugak,aku nak jugak, aku tak kiraaa”.

Akhirnya, akibat tidak mendengar kata sang kancil maka monyet pun terus menuju ke pokok tersebut dan makan buah yang disangkakannya sedap. Akhirnya dia yang berlari-lari kepedasan.

Hehe… nampaknya kisah ini agak serupa dengan sikap parti pembangkang yang masih berdegil (begik, bak kata orang jawa) mengadakan perhimpunan haram walaupun tanpa permit daripada polis. Sunguhpun mereka tahu impak membuat sesuatu tidak mengikut undang-undang tetapi kerana kedegilan dan sikap tidak memperdulikan undang-undang maka mereka teruskan juga. Jadi tidak salah rasanya kalau saya mengandaikan pihak pembangkang bersikap seperti monyet seperti dalam cerita kartun tersebut.

Mereka juga bukannya tak sedar perkara-perkara begini akan cepat tersebar dan mampu menggugat kestabilan Negara di mana maruah Negara terancam dek liputan media antarabangsa yang biasanya lebih suka memanipulasi cerita untuk menjatuhkan Negara yang kita cintai ini.

Kebetulan pula tahun ini kita menyambut kemerdekaan yang ke-50, dan dalam kedaan begini media asing akan mempertikaikan tentang keamanan negara, padahal apa yang mereka gambarkan tentang demontrasi 10 November itu jauh dari relaitinya yang sebenar.

Ini semua berlaku akibat kerakusan pihak pembangkang yang hanya ingin mendapatkan kepuasan politik tanpa berfikir impaknya kepada Negara. Lumrah apabila sesuatu yang digambarkan buruk itu cepat benar tersebar daripada perkara yang baik bukan???

Sedang sibuk Malaysia menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2007 yang belum pun berakhir, masa ni jugalah pihak pembangkang sibuk nak buat hal dengan mengadakan demonstrasi yang umum ketahui impaknya besar kepada imej Malaysia di mata dunia.

Kita sedia maklum sektor pelancongan mampu memberi pulangan yang besar kepada Negara sekaligus menyumbang kepada keutuhan ekonomi Negara. Jadi sama-sama kita fikirkan, adakah sikap tidak ‘matured’ seperti ini yang mahu ditonjolkan oleh pihak pembangkang sehingga boleh menjejaskan kemasukan dan kedatangan pelancong-pelancong asing ke negara ini. Bukankah ini akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada rakyat sendiri di sector pelancongan. Ia mampu memberi impak kepada ekonomi Negara. Pendapatan negara akan merosot.
Jika demontarasi jalanan ini dijadaikan budaya maka kesan jangka panjangnya akan menyebabkan pelabur-pelabur takut untuk melabur dan berurusniaga di sini dan akhirnya misi Malaysia ke arah Negara maju menjelan 2020 akan terkubur. Rakyat juga akan berhadapan dengan pengangguran yang lebih teruk kerana peluang-peluang pekerjaan berkurangan.

Dalam salah satu berita yang saya baca dalam Harakah Daily 15 Nov 2007 penulisnya menyatakan keganasan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mencacatkan wajah Malaysia di mata pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Adakah ini benar? Padahal hakikatnya pendemonstrasi inilah yang mencacatkan wajah Malaysia.

Bukannya tiada cara yang lebih matang untuk membuat tuntutan tetapai oelh kerana mereka terdesak dengan pilihan raya maka mereka cuba mencipta isu untuk memburukkan kerajaan. Pihak pembangkang sendiri ada kerusi di Parlimen. Mengapa tidak mereka menggunakan wakil mereka untuk menyampaikan apa yang mereka mahukan?

Dalam ucapan penggulungan perhimpunan Agung Umno lalu, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mengingatkan bahawa rakyat Malaysia perlu menghormati undang-undang dan tidak menyalahkan pihak berkuasa dan polis apabila tindakan diambil kerana membelakangkan undang-undang yang sedia ada. Katanya, ”Kita ada pilihanraya, kalau ada apa nak buat, buatlah melalui pilihanraya. Politik ala demonstrasi jalanan yang berpotensi besar menjadi kekacauan awam bukanlah proses ‘kematangan politik’ malah ianya ‘kemusnahan politik’ “.

Jangan sampai dek kerana sibuk berdemonstrasi kaum lain pula bertepuk tangan seperti melihat pertunjukan puppet menantikan saat pimpinan Melayu jatuh. Just think about it…

- Putrimalaysia / Nov.07

Friday, November 16, 2007

PERHIMPUNAN BERSIH: ANTARA FANTASI DAN REALITI


Sekali lagi rakyat Malaysia digemparkan dengan satu Perhimpunan haram anjuran BERSIH- Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil pada 10 November 2007 bersamaan dengan 28 Syawal 1428 H.

Perhimpunan tersebut telah berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH kepada Yang Dipertuan Agong.

Untuk menarik kehadiran, terdapat suara parti pembangkang yang seolah-olah berfatwa bahawa sesiapa yang menghadirkan diri ke perhimpunan sedemikian telah menunai satu kewajipan dan sumbangan besar kepada rakyat dan negara??? Demikianlah agama diguna untuk memperdaya orang ramai.

Pihak pembangkang bertanggapan tarikh tersebut adalah tarikh keramat kerana kononnya telah berjaya dalam misi dan harapan mereka sedangkan umat Islam masih menyambut akhir Syawal, merai dan merapatkan hubungan tali persaudaraan bagi merapatkan ukhwah sesama umat.

Tujuan utama BERSIH adalh untuk membuat tuntutan membersihkan perjalanan pilihanraya yang pada mereka kononnya dikendalikan secara kotor di negara ini. SPR didakwa menjadi alat pemerintah BN dan UMmno. Itu dakwaan mereka. Tiga cadangan asas kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ialah:-
Penghapusan undi pos;
Penggunaan dakwat celup jari; dan
Pembersih daftar pemilih.

Perhimpunan BERSIH dikatakan telah dianggotai oleh parti-parti pembangkang (Keadilan, Pas dab Dap) dan juga beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGOs).

Perhimpunan sebegini sebanarnya dianjurkan oleh golongan yang telah kecewa dalam politik. Mereka bercita-cita untuk mendapatkan kuasa, khususnya pada piliharaya umum akan datang. Jadi cara untuk melepaskan segala tekanan atau kekangan kekecewaan tersebut, mereka mengadakan perhimpunan haram seperti mana yang telah diadakan baru-baru ini.

Golongan tersebut turut melemparkan segala dakyah dan tohmahan kepada Kerajaan kerana rasa tidak puashati yang membuak-buak . Dengan adanya perhimpunan sedemikian, pihak pembangkang didapati cuba mengekploitasi mereka yang hadir pada hal tindakan mereka boleh memudaratkan keselamatan dan keamana negara.

Sungguh memalukan apabila agama Islam turut di manipulasikan untuk mengiakan tindakan mereka . Imej Islam dircalar oleh mereka ynag bernafsu besar dalam memburu kuasa.

Kita boleh berbeza pandangan tetapi sebagai rakyat buatlah keputusan yang bijak dan jangan sekali-kali mudah terpedaya dan diperalatkan.

.Al-Jazeera telah melaporkan kejadian itu dan seluruh dunia boleh menonton perhimpunan tersebut. Ada juga di kalangan blog persendirian dan news portal seperti Malaysiakini menyiarkan berita dan gambar-gambar perhimpunan berkenaan. Keadaan ini boleh memberikan tanggapan tidak baik terhadap negara, padahal ia tidaklah seburuk mana yang dibayangkan.

Nililah kembali wahai rakyat Malaysia ! Tindakan bijak dan profesional dapat melahirkan satu keputusan yang mengutamakan keamanan negara melebihi segala-galanya. Negara kita ini tidak aseburuk dan sezalim negara-negara yang bergolak, hatta di negara-negara maju sekali pun. Miasalnay Amerika Syaraikat adalah negara yang lebih banyak kekotoran dan dosanya memperkosa hak asasi manusia lain.

Kita tidak perlu menjadi pengacau atau pengkhianat bangsa. Kita juga jangan suka menabur fitnah dan tuduhan-tuduhan tidak berasas ke atas orang lain semata-mata untuk berada di atas. Hidup Malaysia.

Peribahasa Melayu ada berkata:-
PANDAI SEPERTI PISAU RAUT : BONGKOK ORANG DAPAT DIBETULKAN (DILEPASKAN), BONGKOK DIRI SENDIRI TINGGAL KEKAL.
Bijak Kita, Bijak Malaysia.


Oleh :

Ummi Nur
16 November 2007.

Thursday, November 15, 2007

BERSIH ke perhimpunan BERSIH?

BERSIBERSIH ke perhimpunan BERSIH?

Perhimpunan 10 November anjuran BERSIH lebih memperlihatkan perhimpunan politik yang didalangi oleh golongan politik yang terdesak. Mereka mengambil kesempatan diatas kelemahan rakyat yang mudah tertipu dan terpedaya.
Inikah yang dikatakan BERSIH? BERSIHkah jika budaya dan kedaulatan Negara di perdagangkan? Apa akan terjadi pada Negara apabila setiap bulan mereka ingin mengadakan demonstrasi? Tidak kah kita sedar bahawa ini adalah propaganda pembangkang untuk mewujudkan ketegangan dalam negara kita?

Percayalah, jika senario ini berterusan, negara ini pasti akan hilang kedaulatan dan huru-hara. Apalah sangat hasil keringat tulang-tulang empat kerat pembangkang yang mendakwa mereka BERSIH? Kalau setakat melepaskan batuk ditangga pastinya tidak mustahil suatu hari nanti negara ini akan dijajah lagi. Inikah yang kita impikan? Inikah yang kita dambakan? Inikah yang kita cita-citakan?

Adakah ini budaya yang kita agung-agungkan? Adakah ini perilaku yang ingin kita tonjolkan? Adakah ini contoh yang kita ingin tayangkan pada anak-anak kecil? Adakah ini tatacara yang ingin kita wariskan pada anak cucu kita? Benar kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Tapi benarkah aplikasi pepatah ini? Jika mengajar anak untuk mencintai keganasan, ketegangan, pertelingkahan dan kekacauan, pastinya pepatah tersebut tidak patut digunakan.
Mengapa harus terjadi begini? Tidakkah kita sedar anak-anak merupakan tunggak kecemerlangan negara di masa hadapan? Perbuatan ini merupakan perbuatan yang tidak mengandungi unsur mendidik untuk anak-anak serta tidak bertanggungjawab apabila ia melibatkan golongan muda dan kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa. Apa faedahnya membawa anak-anak kecil kejalanan?

Lihatlah anak-anak muda dan kaum wanita yang diperdaya? Apa yang mereka dapat selain penat dan lelah. Biasanya perhimpunan HARAM yang didakwa AMAN akan bertukar menjadi GANAS. Matlamat mereka cuma satu, mahu memalukan negara, mencalarkan maruah dan imej negara. Tidak kiralah kalau ada kanak-kanak yang cedera atau ada yang mati. Yang penting mereka mahukan matlamat mereka tercapai. Ini merupakan taktik kotor dan busuk.
Kita sedari awal mengetahui perhimpunan mereka telah melanggar undang-undang, mereka telah mencabar undang-undang negara ini, dan yang paling jelas mereka mencabar kepimpinan negara yang dipilih rakyat melalui saluran demokrasi. Rakyat sedar tetapi mengapa harus terpedaya? Rakyat tahu tetapi mengapa terus terikut?

Warisan Melayu yang diperturunkan penuh dengan adab sopan dan budaya ketimuran yang disanjung. Nampakkah kita sekarang betapa perhimpunan kotor ini telah sekaligus mengajar masyarakat, golongan muda dan kanak-kanak pangajaran yang bertentangan dengan norma-norma kehidupan orang Timur. Kerja yang dilakukan oleh pembangkang ini merupakan kerja orang-orang yang tertekan dan terdesak untuk berhadapan dgn piliharaya lalu untuk memburukkan imej kerajaan mereka memulakannya dengan demontrasi jalanan.
Budaya asing yang tidak pernah tumbuh didalam hati para belia dan kanak-kanak telah dibenih dan dibajai oleh pembangkang. Mahukah kita melihat belia-belia negara dan anak-anak kita menjadikan keganasan dan pemberontakan sebagai kitab hidup mereka?

Adakah kita mahu dipimpin oleh mereka yang sanggup mempersendakan maruah negara? Sedar atau tidak, Malaysia kini sedang dipandang sinis oleh masyarakat dunia dek kerana KERAKUSAN pembangkang membuat onar sehingga orang luar dengan senang hati berpeluk tubuh menunggu perpecahan kaum di negara kita.
Sanggupkah kita melihat negara yang dibina atas nilai-nilai perpaduan ini terlepas ke tangan pembangkang yang hanya PANDAI CAKAP sahaja?. Siapa sekarang yang sedang berusaha untuk memulihkan imej negara yang tercalar kalau bukan kerajaan yang memerintah? Bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia. Jangan terus-terusan membantah, menghina, dan mengkiritik kerajaan kalau akhirnya diri sendiri yang rugi.

JikapPerhimpunan seperti ini menjadi budaya dan tradisi kita kalau maka tidak mustahil kita akan jadi seperti Myanmar dan Pakistan. Orang yang menganjurkan perhimpunan ini bukannya bertumpah darah, bermandi keringat ataupun kebulur tetapi berpeluk tubuh sambil ketawa melihat kejayaan misi JAHAT dan KOTOR mereka.
Semasa kepala penganjur perhimpunan HARAM dan KOTOR ini berkhidmat dengan kerajaan, ada dia komplen tentang SPR? Tak ada kan?? Orang macam ni yang jadikan ketua sebuah perhimpunan? Ketua Kerajaan jauh sekali. Inilah contoh KEPALA yang tidak tetap pendirian, yang sanggup memperjudikan keamanan negara sebagai modal politik murahan. Media asing dan pro pembangkang dipergunakan semata-mata untuk memberikan gambaran yang hodoh dan sinis terhadap Malaysia sekaligus bertujuan untuk memperlihatkan kehidupan sosial masyarakat kita yang kononnya buruk.

Apa yang dapat disimpulkan, yang jelas lagi terang, yang terang lagi bersuluh, propaganda dan agenda pembangkang sudah melampaui batas dan adab kesopanan budaya ketimuran dipinggirkan. Amatlah tidak wajar kita membiarkan diri ini, orang lain, belia dan kanak-kanak mematuhi ajakan dan seruan pembangkang yang membuta-tuli sedangkan pembangkang sendiri tidak BERSIH.

Nukilan oleh: ‘MUSTIKA INDAH’

Wednesday, November 14, 2007

APA YANG "BERSIH" TU !!!


“BERSIH” kononnya. Bersih ke jika yang berhimpun itu adalah di kalangan parti-parti politik yang mempunyai agenda seperti ‘kanta cenkung’ yang tak terfokus.

Lainlah BN pimpinan UMNO memakai ‘kanta cembung’ yang mempunyai titik focus. Titik focus untuk kesejahteraan rakyat, pembangunan dan perpaduan negara.

Titik focus pembangkang ialah kuasa. Percayale jika barisan gabungan parti pembangkang PAS, Keadilan dan Dap diberi mandate pastinya negara akan binasa. Masih tak percaya?

Bayangkan begini: katakan (olok-olok aje ni tau) mereka dapat mandate dari rakyat. Sudah pasti yang berlaku ialah dapat aje kuasa maka DAP dengan agenda sendiri nak kuasa lebih, Keadilan dengan agenda sendiri pun nak kuasa lebih, apatah lagi Pas yang mendabik dada sebagai Islamik parti sudah tentu tak akan berkompromi dengan kedua-duanya .

Apa kesudahannya?

The answer might be this; every one of them tends to be a leader of the front (government) in order to run the country. Then what will happen? The definitely answer is, surely they will quarrel each other.

Masing-masing akan kata sesama sendiri ‘busuk punya kaki’ (ade inget ke dialog dalam filem nasib do re me).

This unfinished quarrel among them will make our country and people (rakyat) become victim, and anarchism will take place.

In this chaos situation, the Keadilan party lead by Anwar will take this opportunity to invite Al-Gore or what ever it is to interfere for their own political mileage. After that he (Keadilan) will throw away Pas and Dap into a deep ocean. And remember our country will put under the control of the outsider power.
DEMONTARSI JELIK DIBENCI AGAMA

Islam menyediakan berbagai uslub untuk mengungkapkan sesuatu ketidakpuasan hati. Apatah lagi Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa Islam harus mengutamakan metod dakwah yang penuh hikmah dalam menyampaikan sesuatu perkara.
Masiirah (demontarsi) hanyalah salah satu uslub atau cara di antara berbagai cara yang ada. Ia bukan menjadi satu thariqah (metod ) mutlak di dalam melakukan proses perubahan masyarakat (social reform).

Rasulullah berdakwah secara aman dan tidak menggunakan kekerasan di dalam menegakkan Daulah Islam. Kita mencabar Bersih, Keadilan dan Pas supaya membuktikan terdaptnya sirah Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan baginda pernah menjadi dan menggunakan demonstrasi aman sebagai thariqah dalam mengubah masyarakat.

Memang benar baginda pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah setelah baginda diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya berdakwah secara terang-terangan. Namun itu semua dibuat dalam konteks dakwah yang penuh akhlak Islamiah dalam dalam rangka untuk menegakkan Deen Allah, bukan bercita-cita memburu kuasa politik.
Kepimpinan yang Islmik akan berfikir secara qiyadah fikriyyah yang tidak merosakkan masyarakat dan negara. Kita tidak boleh berasaskan idea 'kebebasan' semata-mata untuk melakukan apa sahaja sehingga akhirnya kita sebenarnya terperangkap dalam 'matlamat menghalalkan segala cara'.
Islam tidak mengenal konsep kebebasan sebagaimana yang dibawa oleh Barat. Islam tidak menyuruh melakukan perkara yang boleh mengundang padah. Islam tidak mengenal prinsip dan kaedah 'matlamat menghalalkan cara' (al-ghaayah tubarriru al­-wasilah).
Justeru, adalah penting seluruh rakya, khususnya orang-melayu Islam menilai balik kewajaran untuk menjadikan demontrsai sebagai budaya kita.

PERHIMPUNAN YANG TIDAK BERSIH

PERHIMPUNAN YANG TIDAK BERSIH


Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memberikan makna demontrasi sebagai tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.

Aktiviti ini nampAknya semakin dipopularkan di negara ini oleh aktivitis-aktivivs Pembangkang dan kelihatannya semacam ada kesungguhan golongan ini untuk membudayakan aktiviti tersebut.

Jika perkembangan ini tidak dibendung maka kita khuatir suatu hari nanti malapetaka akan menimpa negara ini.

Rakyat harus bertanya wajarkah demontrasi jalanan membudaya di negara ini? Apa perlunya demontrasi jalanan? Zalimkah kerajaan pimpinan Umno sehingga kita terlalu terikut dan terperangkap dengan rentak tarian poltik yang dimainkan oleh pembangkang sedangkan mereka sendiri tidak sehaluan dan sebulu?

Sedarkah kita bahawa pembangkang mula menyemai api kemusnahan yang tidak sepatutnya berlaku di negara yang berbudaya dan bertata susila ini.

Tidakkah kita insaf apa yang berlaku di Pakistan, sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam tetapi membawa imej yang tercalar dengan rusuhan dan demontrasi jalanan, sehingga memungkin campurtangan kuasa luar.

Malaysia bukan Pakistan, Nyamar dan ingatlah demontarasi yang dipimpin oleh pemimpin politik yang memburu kuasa akan membawa padah yang membinasakan negara.

Apakah tidak ada ruang demokrasi lagi di negara ini sedangkan telah terbukti bahawa kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno beberapa kali dijatuhkan dalam pilihanraya umum di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Sabah.

Tidakkah kita sedar majoriti yang menghadiri perhimpunan dan demontrasi haram itu adalah orang melayu. Kita yakin kebanyakan yang hadir itu adalah ahli dan penyokong parti pembangkang yang datang dari seluruh pelusuk negara.

Orang melayu harus berfikir, mengapa tidak ramai orang cina dan India yang menyertainya. Jawapannya ialah kerana orang Cina dan India memahami bahawa kerajaan yang ada tidaklah sezalim yang diungkapkan oleh pemimpin pembangkang.

Adalah amat tidak wajar bagi kita membuat kesimpulan bahawa kerajaan tidak demokratik, terlau korup dan lemah sehingga kita memerlukan demonstrasi sedangkan saluran demokrasi kita masih lagi subur dan berfungs dengan baik. Cuma pembangkang yang memiliki masalah “halusinasi” (satu penyakit mental) takut dengan baying-bayang sendiri.

Negara sebelum ini pernah digelisahkan dengan tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat cubaan menganjurkan demontrasi yang kebanyakkannya boleh membangkitkan semangat perkauman dan sentiment keagamaan.
Perlu diingat dalam konteks pertembungan politik, demonstrasi aman sekalipun boleh bertukar kepada tindakan-tindakan liar akibat pidato pemimpin yang lebih banyak menabur fitnah dan syak wasangka yang tidak berasas.

Tidak semua penunjuk perasaan yang hadir di kalangan penyokong parti wa ima parti Islam sekalipun memiliki adab dan nilai-nilai sebagai orang Islam. Kebanyakan mereka juga adalah terdiri di kalangan orang yang fasik yang memungkinkan mereka menimbulkan berbagai keburukan.

Jika ini berlaku tidakkah pemimpin berkenaan telah mengheret mereka yang hadir kepada kepada demonstrasi liar (Muzhaharah). Ingatlah demonstrasi jalanan selalunya mengganggu lalu-lintas dan mengganggu ketenteraman awam yang juga termasuk dalam perkara yang dilarang oleh Islam.

Islam lebih mengutamakan keaman dan mengutamakan kesejahteraan masyarakat.

Tuesday, November 13, 2007

DEMONTRASI JALANAN: MELAYU JGN IKUTKAN AMARAH

DEMONTRASI JALANAN: MELAYU JGN IKUTKAN AMARAH

Melayu jgn terperangkap dalam perhimpunan@demontrasi. Perhimpunan haram 10 Nov anjuran Bersih yang disertai parti-parti pembangkang menyaksikan majoriti yang hadir adalah org melayu. Saya yakin mereka yang hadir kebanyakkannya dari kalangan ahli dan penyokong Pas dan PKR. Rakyat biasa tidak gemar perkara berkenaan. begitu Cina dan India hanya sedikit sahaja yang hadir.

Pihak penganjur harus sedar jika UMNo mahu mengerakkan ahlinya berhadapan dengan perhimpunan haram tersebut boleh,berkebetulan pula pada 9 Nov adalah hari terakhir perhimpunan agung Umno.Ahli Umno yang ada pada hari itu boleh dibakar semangat mereka untuk berhadapan (berdemontrasi) dengan perhimpunan haram tersebut. Tapi Umno rasional dan sayangkan bangsanya. Umno tdk mahu itu berlaku kerana tersilap langkah ia boleh membawa pertembungan fizikal dan pertumpahan darah sesama orang melayu. Jadilah seperti di Pakistan di mana penyokong pembangkang bertembung dengan penyokong pro-kerajaan sehingga berlaku pertumpahan darah. Jika ini berlaku sesama melayu, ruginya banyak dan orang lain menunggu untuk mengambil kesempatan dari kegoncangan orang melayu.

Di pihak kerajaan juga saya ingin menegur, mengapa hanya pemimpin-pemimpin Umno sahaja yang beria-ia benar mengkritik perhimpunan haram tersebut sama ada pra dan pasca perhimpunan haram tersebut. Mana pergi suara2 pemimpin dari MCA , Gerakan dan MIC sedangkan perhimpunan tersebut ditujukan kepada kerajaan. Siapa kerajaan itu? Tidakkah BN, bukan Umno sahaja. Apakah mereka juga bersetuju secara senyap.

Di sinilah melayu kena sedar, apakah perlu kita berdemontrasi sedangkan orang lain menanti saat kehancuran kita.

Tuesday, November 6, 2007

MENGAPAI AGENDA BANGSA


Tiupan semangat perjuangan ke arah “mengangkasa” dan ‘menglobal’ tamadun bangsa menjadi inspirasi dan dorongan baru yang ditiupkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan persidangan serentak ketiga-tiga pergerakan sayap Umno- Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC ( 5 novemeber) yang bertemakan "Mengangkasa Tamadun Bangsa".
Lima teras yang digariskan dalam ucapannya adalah bertepatan dengan scenario dan cabaran semasa era globalisasi yang dihadapi oleh bangsa kita. Kelima-lima teras tersebut ialah:

Bangsa glokal yang berminda kelas pertama sebagai peneraju.
Ilmu dan pendidikan sebagai landasan pembinaan.
Agama dan budaya sebagai asas peradaban.
Pertumbuhan dan pengagihan ekonomi sebagai kekuatan.
Kestabilan politik sebagai prasyarat.

Jelas sekali bahawa lima teras yang digariskan itu bertepatan dengan cita-cita besar kepemimpinan melayu untuk membina kecermalangan serta memartabatkan “karamah” (kemuliaan), maruah dan martabat bangsa di persada antarabangsa. Pendek kata , kita terus mahu melangkah daripada apa yang telah dicapai ke tahap yang lebih cemerlang selari dengan cabaran dan persaingan global masa kini - “mengekalkan apa yang telah ada dan merebut apa yang belum ada ” supaya bangsa menjadi lebih mantap dan kukuh, ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain sama ada di peringkat local mahupun di peringkat global.’”

Berkampung di hulu dan membumi di darat" dilonjakkan kepada “mengangkasa” dan ‘menglobal’ bangsa. Demikianlah harapan dan cita-cita beliau yang diucapkan sebagai satu amanah buat generasi muda melayu. Ia adalah satu usaha ke arah pengantarabangsaan dan pengangkasaan perjuagan melayu.

Gahkan bunyinyakan! Tetapi kita yakin ianya bukan bunyi tin kosong – ‘full of sound but signifying nothing’ , sebaliknya ia adalah realiti kekuatan yang kini dimiliki bangsa untuk mencapai hasrat dan impian tersebut. Telah banyak bukti yang boleh disandarkan termasuklah yang terkini , iaitu keupayaan dan kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang telah berjaya memjadi angkasawan pertama negara. Kejayaannya telah mengharumkan nama negara dan memuliakan martabat bangsa Melayu-Islam yang satu ketika dahulu kita diperlekeh akan keupayaan kita.

`Bangsa Angkasa' ( 'space nation' ) bukan sekadar membawa pengertian keupayaan bangsa meneroka ruang angkasaraya tetapi ia juga sepatutnya dilihat sebagai satu perlambangan yang penuh makna yang memiliki impian (bukan illusi) ke arah membina tamadun yang perkasa. Demikianlah maksud yang diberikan oleh Timbalan Presiden Umno itu, "mengangkasa" ialah suatu pencapaian setinggi mungkin yang dijadikan wawasan dan bukan sekadar terbang ke angkasa atau naik ke langit, tetapi melambangkan usaha sehabis baik untuk menjadikan impian yang dianggap mustahil dapat menjadi realiti pada suatu masa nanti.

Beliau dengan yakin melihat orang Melayu kini berada pada satu tahap keupayaan untuk membina tamadun setinggi angkasa. Menurutnya, apa yang diperlukan ialah "peta jalan dan batu tanda" yang diikuti dengan perancangan dan strategi ke arah merealitikan impian tersebut. Ia adalah satu dimensi baru yang menuntut lonjakan ke hadapan dengan memperkukuhkan daya saing untuk berlumba ke arah yang terbaik di pentas dunia.

Lima teras yang digariskannya jika difahami, dihayati dan dilaksanakan sudah pasti mampu membawa bangsa melayau ke arah 'melayu glokal' yang memiliki peradaban gemilang . Beliau mengingatkan nostalgia warisan lepas adalah untuk teladan dan sempadan buat bangsa meneruskan perjuangan. Melayu Glokal mampu dicapai melalui minda yang diasah dan diasuh dengan sempurna. Katanya, "Jika kita ingin maju, gunakanlah kapasiti minda ke tahap maksimum untuk bertarung di gelanggang dunia. Sesungguhnya, pertarungan pada masa kini dan masa hadapan merupakan pertarungan minda" (mengimbas kembali ucapannya di perhimpunan yang sama 2006).

Sebagai penutup ingin saya petik kata-kata Dato’Seri Najib dalam ucapannya itu, "Kita akan terus melangkah ke era penerokaan baru untuk memahami ilmu dan teknologi aeroangkasa. Usaha ini bukan sekadar menghantar seorang angkasawan, tetapi adalah simbol impian satu bangsa yang boleh mencapai kejayaan setinggi bintang."