Dua cabaran monumental
Dalam ucapannya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 di Putrajaya, semalan Datuk Seri Najib menyatakan negara berhadapan dengan dua cabaran monumental, iaitu cabaran jangka pendek dan cabaran jangka panjang.
Di bawah cabaran jangka pendek terdapat tiga cabaran berkaitan.
Pertama, memastikan negara mengalami impak seminimum mungkin kesan kegawatan kewangan dan ekonomi global;
Pertama, memastikan negara mengalami impak seminimum mungkin kesan kegawatan kewangan dan ekonomi global;
Kedua, keluar dari kemelut ekonomi dan kewangan dengan kadar paling pantas; dan
Ketiga, membantu rakyat menangani keperitan hidup yang dialami.
Cabaran jangka panjang pula melakukan pembaharuan dan perubahan struktural kepada ekonomi Malaysia berteraskan kreativiti dan inovasi.
Di bawah model baru ekonomi ini, kerajaan akan membangunkan sektor perkhidmatan menjadi peneraju pertumbuhan dan pembentukan kekayaan baru dan pada masa sama menggalakkan sektor pembuatan bergerak ke rantaian nilai lebih tinggi.
Megat harap apa yang dilaksanakan oleh kerajaan akan benar-benar dapat membina masa depan negara dan yang paling penting ianya dapat membantu rakyat dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Juga diharapkan semangat DEB untuk membantu orang Melayu jangan dilupakan.
No comments:
Post a Comment