Saturday, April 18, 2009

Prestasi rendah Fairus taruhan BN - Malaysiakini

Prestasi tidak memberangsangkan bekas ADUN Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin akan menjadi taruhan utama BN bagi mencabar calon PKR dalam pilihanraya kecil nanti, kata Gerakan Pulau Pinang.

"Berdasarkan maklum balas, ramai orang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan ADUN sekarang. Beliau tidak turun padang," kata ketua Wanita parti itu Ng Siew Lai kepada Malaysiakini petang ini.

Ng, juga pengerusi pergerakan itu di peringkat pusat berkata, Mohammad Fairus sehingga hari ini masih gagal tampil memberikan penjelasan konkrit berhubung dakwaan salah guna kuasanya ketika menjadi timbalan satu ketua menteri negeri itu.

Menurutnya lagi, pilihanraya kecil itu “terpaksa diadakan” kerana masalah dalaman Pakatan Rakyat apabila terdapat pemimpin gabungan tersebut didakwa tidak suka kepada Mohammad Fairus.

“Tidak patut diadakan pilihanraya (kecil). Apa motifnya? Apa perancangannya? Tidak sampai dua, tiga tahun sudah letak jawatan. Saya bimbang dengan budaya politik seperti ini,” katanya.

Sementara bekas timbalan ketua bahagian Permatang Pauh, Datuk Pirdaus Ismail berkata, isu tempatan seperti perasaan terpinggir masyarakat Melayu dalam beberapa dasar kerajaan pimpinan DAP itu boleh mempertingkatkan sokongan terhadap BN.

Tambahnya yang kini pegawai khas Datuk Seri Hishammudin Hussein, bagaimanapun sokongan pengundi bukan Melayu dilihat sukar ditembusi BN kerana “kepentingan Cina terjaga baik” di negeri itu.

Tambahnya yang kini pegawai khas Datuk Seri Hishammudin Hussein, bagaimanapun sokongan pengundi bukan Melayu dilihat sukar ditembusi BN kerana “kepentingan Cina terjaga baik” di negeri itu.

“PKR (akan) menang. (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yakin menang. Sebab itu dia kosongkannya (kerusi Penanti). Mereka menang, tapi tidak akan menang banyak,” kata bekas imam Masjid Negara itu lagi.

Selepas melepaskan jawatan exco dan timbalan ketua menteri minggu lepas, Mohammad Fairus semalam meletak jawatan ADUN Penanti.

Catatan Megat: Gelanggang sudah sengaja dibuka oleh PR yang mahu terus menguji BN.BN tidak wajar mengaku kalah sebelum beradu.

No comments: