Sunday, September 7, 2008

Di mana sifat manusiawi MB Selangor?

Di mana sifat manusiawi MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim apabila beliau mengatakan langkah turun padang untuk melawat mangsa ribut di beberapa kampung di daerah ini sebagai membuang masa dan membazir wang. Jika benar seperti apa yang dilapor oleh Utusan (lihat lampiran) maka sungguh tidak prihatinnya MB dari Parti Keadilan Rakyat ini.

Bayangkan di bulan Ramadhan yang seharus menimbulkan rasa humanis (manusiawi) dilubuk hati mukmin terhadap kesusahan orang lain yang ditimpa musibah dan penderitaan tiba-tiba beliau berkata demikian. Kan tak manusiawi namanya itu.

-- megatrambai

Lampiran:

Khalid dakwa turun padang buang masa

KLANG 6 Sept. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Menurutnya, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

“Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan kepada mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka.

“Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

“Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa ribut di sini hari ini. - Utusan

1 comment:

Anonymous said...

TU BEZA PIMPINAN PAS DGN KEADILAN & UMNO

SETIAP MASA RAKYAT DAMBAKAN ILMU MEREKA