Saturday, September 6, 2008


Mahathir persoal mengapa orang Melayu perlu minta maaf
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewanya dengan apa yang dihadapi orang melayu hari ini.
Beliau merujuk kepada perkembangan muktahir bila orang Melayu sering didesak meminta maaf. Bukan itu sahaja, malah melayu dilabelkan sebagai perkauman (racist). Inilah yang diluahkan beliau menerusi blognya, chedet.com.
Menurutnya orang Melayu hari ini amat takut diberi label "racist" hingga mereka sanggup menulis dalam akhbar bahawa mereka bukan racist. "Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka," kata beliau.
Beliau amat kecewa bila permohonan maaf itu dibuat secara terbuka oleh Timbalan Perdana Menteri dan kerajaan Abdullah Ahmad Badawi. Lebih mendukacitakan ialah apabila permohonan maaf mereka ditolak oleh pemimpin-pemimpin kaum berkenaan, sebaliknya menuntut individu berkenaan memohon maaf. Individu yang dimaksudkan itu ialah KetuaUmno Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail.
Beliau mempersoalkan mengapa orang bukan Melayu yang mengeluar perkataan atau kenyataan yang berbau perkauman tidak pula didesak memohon maaf.
Demikianlah apa yang berlaku dalam kes Hindraf dan perbuatan Wee Meng Chee yang memperlekehkan Negaraku serta mempermainkan sembahyang dan azan. Menurut Tun bukankah itu sesuatu yang bersifat perkauman, malah bernada hasutan.
Menurut Tun, ”Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihan raya dan menang menjadi wakil rakyat".
Tun turut membidas sikap kerajaan yang dianggap berat sebelah iaitu menyembunyi kata-kata racist Hindraf tetapi melapor dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu.
Beliau mempersoalkan mengapa pihak yang ditohmah tidak boleh membuka mulut. Inikah yang dinamakan kebebasan? Beliau merujuk kepada apa yang dihadapi KetuaUmno Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail.
- megatarambai

1 comment:

sumandak bayu said...

Salam megat rambai,

Isu ni terlalu subjektif tetapi yang menjadi persoalannya ialah apabila orang melayu pertahankan hak istimewa yang sememang dah termaktub dalam perlembagaan ramai yang bagi reaksi negatif hingga minta individu atau kumpulan tersebut mohon maaf.

Jika dirujuk semula ucapan, siaran akhbar daripada side bukan kerajaan bukan main lagi kelantangan mereka membahas benda ni tapi nape tak minta maaf. Ni yang sumandak tak paham?