Pertama, memastikan negara mengalami impak seminimum mungkin kesan kegawatan kewangan dan ekonomi global;
Tuesday, April 28, 2009
Pertama, memastikan negara mengalami impak seminimum mungkin kesan kegawatan kewangan dan ekonomi global;
SELEPAS 52 tahun merdeka, sudah tiba masanya rakyat pelbagai kaum di negara ini membuka ruang untuk saling menerima dalam menjalin hubungan lebih erat.
Semangat perkongsian membina negara-bangsa
Oleh Mohd Ayop Abd Razid
1Malaysia tuntut rakyat ketepikan soal warna kulit dalam usaha bentuk budaya lebih cemerlang
ARTIKEL saya minggu lalu berjudul '1Malaysia, hasrat Najib perkukuh negara bangsa' menerima beberapa reaksi daripada pembaca yang dikirim melalui e-mel. Saya tertarik untuk memberi respons terhadap e-mel seorang pembaca yang mahukan penjelasan mengenai konsep negara-bangsa. Memang pengertian mengenai negara-bangsa sering mengelirukan kerana ia adalah soal konseptual. Saya pasti ramai yang memahami konsep 'negara' dan tidak perlu saya sentuh dalam rencana ini. Yang sering menjadi kekeliruan ialah konsep 'bangsa' itu.
Untuk memudahkan kefahaman, saya mengemukakan tiga takrifan mengenai 'bangsa' dengan merujuk kepada buku yang ditulis Profesor Abdul Rahman Embong berjudul Negara-Bangsa, Proses dan Perbahasan (2000). Perbahasan yang dikemukakan beliau bersifat akademik. Namun, saya cuba memberikan takrifan yang mudah supaya senang difahami.
Pertama, bangsa boleh dilihat dari perspektif perundangan. Dalam konteks ini ia berkaitan dengan konsep warga negara yang menakrifkan bangsa Malaysia boleh terbentuk dengan tiga syarat iaitu menjadi warga Malaysia, mengamal cara hidup Malaysia berlandaskan kebudayaan Melayu dan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa harian (Ghazali Shafie: 1995). Kedua, pengertian 'bangsa' boleh dihurai berlandaskan keturunan darah yang menakrifkan manusia berdasarkan ciri fizikal (biologi) dan budaya yang diwarisinya. Bangsa dalam pengertian ini membawa maksud ras, kaum dan etnik.
Ketiga, 'bangsa' dirujuk sebagai satu 'nation' untuk maksud komuniti politik dalam wilayah tertentu. Bangsa dalam konteks ini tidak dihubungkan dengan konsep ras (kaum) tetapi ditakrifkan sebagai suatu komuniti atau masyarakat politik yang terbentuk dalam proses dan kesinambungan sejarah yang menjadi pembentuk kepada keseluruhan proses pembentukan negara-bangsa itu.
Ia dipertaut lagi melalui 'identiti sepunya' seperti perkongsian wilayah bersama, perkongsian ekonomi bersama, perkongsian masa depan bersama serta unsur-unsur subjektif yang dikongsi bersama merangkumi bahasa, budaya, sastera serta nama kolektif bernama 'Malaysia'. Saya berpendapat maksud bangsa daripada pengertian ketiga itulah yang dikira dapat memberikan takrif agak tepat untuk maksud negara bangsa. Takrif itu juga agak selari dengan pengertian asas mengenai 'negara-bangsa' dalam perjanjian Versailles (1919) iaitu satu perjanjian yang menamatkan Perang Dunia Pertama yang ditandatangani di antara pihak Bersekutu dengan Jerman.
Perjanjian berkenaan mentakrifkan sebuah negara harus diasaskan atas bangsa yang disusun dalam satu organisasi (negara). Takrif negara-bangsa Malaysia diperkuatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (1991) yang mentakrifkan negara-bangsa dibina dan dibangunkan dengan menyanjung masa depan yang dikongsi bersama, berintegrasi seluruh wilayah dan kelompoknya, menikmati kehidupan bersama berasaskan persamaan hak dan keadilan, menumpukan taat setia dan pengabdian tidak berbelah- bahagi terhadap bangsa. Untuk memastikan bangsa Malaysia sebagai 'nation' dapat direalisasikan, maka ia memerlukan kita merubah kerangka minda kita dengan melihat seseorang warga Malaysia tanpa berdasarkan warna kulit, agama, keturunan dan budayanya (Najib Razak, 2008).
Bagi Datuk Seri Najib Razak, dua prinsip utama diperlukan untuk membina negara-bangsa yang bersatu padu iaitu sikap saling menghormati antara satu sama lain dan keyakinan antara satu sama lain. Inilah dua prinsip yang menunjangi konsep 1Malaysia.
Jika kita mahu menyusuri pemikiran Perdana Menteri itu dengan lebih jauh lagi, maka kita dapati bahawa Najib dalam menghurai nilai 'penerimaan' di dalam blognya (www.1malaysia.com.my) membezakan antara toleransi dan penerimaan. Baginya 'toleransi' adalah penerimaan terhadap sesuatu semata-mata berasaskan kita tiada pilihan walaupun apa yang kita sudi terima itu hakikatnya kita tidak menyukainya.
Sebaliknya, Najib melihat 'penerimaan' itu lebih bermakna kerana ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa kita menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif dan penuh kerelaan. Ia mengandungi nilai kepercayaan. Justeru, beliau menyatakan kita perlu mendapat yang terbaik daripada bangsa Melayu, bangsa Cina, India dan semua kaum lain untuk diadun agar secara terkumpulnya kita akan menjadi jauh lebih besar berbanding melihat bilangan kelompok kaum secara terpisah.
Satu lagi elemen menarik yang dihuraikan Najib di dalam blog rasminya itu ialah persoalan mengenai kesetiaan. Kesetiaan adalah nilai kelima daripada lapan nilai yang dikenal pasti untuk menjayakan konsep 1Malaysia.
Beliau menjelaskan bahawa kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Menariknya, beliau menjelaskan bahawa kesetiaan tidak sepatutnya bersifat keterlaluan sehingga menjadikan kesetiaan membuta tuli. Apa yang disebutnya memang benar kerana Islam sendiri melarang kesetiaan membuta tuli kerana ia boleh membawa kepada 'penyucian' dan 'pendewaan' terhadap seseorang, khususnya terhadap pemimpin tertentu.
Lebih terperinci lagi, Najib menghurai kesetiaan perlulah bersyarat. Ini dapat difahami apabila beliau menyebut seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu setia pada perlakuannya, komitmen pemimpin kepada tugasnya serta berdedikasi. Katanya, kesetiaan tidak bermakna seseorang pemimpin itu tidak boleh dikritik, tetapi kritikan itu hendaklah dibuat dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan, selain menjelaskan kesetiaan hendaklah disertai keupayaan kerana kita tidak boleh memberikan ganjaran kepada seseorang itu hanya kerana dia setia.
Kesetiaan rakyat terhadap negara menjadi prasyarat utama kelangsungan negara-bangsa. Hans Kons dalam bukunya The Idea of Nationalism (1955) menyebut manusia lazimnya cenderung berpaut kepada beberapa jenis kesetiaan sebagai satu bentuk kesedaran sosial dan kesetiaan itu sering berpusat di sekeliling kumpulan berlainan. Namun menurut Kohn, kesetiaan ulung sewajarnya dicurahkan kepada negara-bangsa.
Apa pun, daripada lapan nilai yang dihuraikan di dalam blognya itu, Najib meletakkan nilai 'ketabahan' sebagai tulang belakang terhadap ketahanan negara-bangsa. Seperti diungkapnya, kita hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri naik turun yang memerlukan kepada kerja keras, berdedikasi dan yang paling penting ketabahan dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan supaya kita berupaya meletakkan diri kita ke pangkal jalan.
Kerja keras, berdedikasi dan ketabahan sangat berkait rapat dengan budaya kecemerlangan, iaitu nilai pertama yang dihurai Najib. Baginya, nilai inilah yang melingkungi nilai lain. Prinsip utama di bawah nilai budaya cemerlang ialah meritokrasi dan dari situ akan menjadi ukuran penting sesuatu prestasi atau pencapaian. Kecemerlangan negara-bangsa hanya dapat dicapai melalui budaya kecemerlangan. - BH 28/4
Tuesday, April 21, 2009
Mohd Ayob Abd Razid
KETIKA melancarkan Bulan Perpaduan Peringkat Kebangsaan pada Mei 2008, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, "bangsa Malaysia perlu direalisasikan dalam kerangka minda kita sendiri dengan melihat seseorang warga negara Malaysia tanpa berdasarkan warna kulit, agama, keturunan dan budayanya."
Apa yang disebutkan Najib itu jelas menggambarkan bahawa minda atau psikologi kita memainkan peranan penting dalam membina tasawur yang sihat mengenai erti perpaduan dan konsep bangsa Malaysia itu.
Kini, selepas menjadi Perdana Menteri, Najib mahu memecahkan minda dan psikologi sempit itu melalui konsep '1Malaysia'. Dalam ucapan sulungnya Najib menyatakan konsep 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' ditunjangi dua prinsip utama iaitu sikap saling menghormati antara satu sama lain dan keyakinan antara satu sama lain.
Apabila kita sudah menghormati antara satu sama lain bererti kita sudah mempunyai sikap terbuka untuk menghayati konsep perpaduan dalam kepelbagaian. Seperti dijelaskan Najib, konsep '1Malaysia' bermaksud kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Ini bermakna cara pemikiran dan bertindak kita mesti keluar daripada cara bertindak dalam tembok atau kepompong etnik.
Contohnya, jika kita memperjuangkan soal kemiskinan, maka kemiskinan itu mesti dilihat merentasi semua kaum sama ada di bandar, luar bandar, ladang, kampung baru atau kumpulan orang asli. Daripada lensa pembangunan, konsep dan falsafah '1Malaysia' adalah bertitik tolak atau berteraskan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.
Ia bertujuan menjamin tidak ada masyarakat atau komuniti tercicir atau terpinggir daripada sebarang bentuk pembangunan yang dilaksanakan kerajaan. Semua kaum wajar menikmati kemakmuran dan nikmat pembangunan di negara ini. Hanya melalui dasar pembangunan yang adil untuk semua kaum maka perpaduan yang utuh dapat dibina.
Kerajaan tetap mengiktirafkan sumbangan semua kaum. Setiap rakyat tanpa mengira warna kulit bebas menyertai arus pembangunan negara. Kesaksamaan untuk semua kaum adalah sesuatu yang amat ditekankan kerajaan. Ini tidak bermakna konsep '1Malaysia' sama dengan konsep kesamarataan seperti diperjuangkan di bawah konsep 'Malaysian Malaysia.'
Negara mempunyai sejarah, tradisi dan warisan budayanya tersendiri. Semua resipi ini disalut dan diterap dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru, Najib sudah pun menegaskan bahawa apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara tetap menjadi prinsip dan landasan dalam menterjemahkan konsep terbabit.
Ini bermakna semua fasal yang ditakrifkan sebagai hak istimewa orang Melayu tetap dipelihara kerana hak-hak terbabit tidak sedikit pun menafikan hak kaum lain. Apa yang nyata ialah konsep '1Malaysia' bertemakan perpaduan rakyat. Perpaduan dalam kepelbagaian mendasari elemen kemajmukan rakyat di negara ini.
Justeru, untuk meyakinkan rakyat maka Najib menegaskan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua komuniti di negara ini. Ini bukan bermakna kepemimpinan terdahulu tidak memberi perhatian kepada semua kaum dan komuniti di negara ini.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan Tun Abdul Razak Hussein adalah antara lain bertujuan membina perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini. Pelbagai dasar utama negara yang diperkenalkan kerajaan juga menekankan aspek perpaduan kaum. Dalam konsep Islam Hadhari yang menjadi pendekatan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi turut menekankan pembelaan hak kumpulan minoriti di negara ini.
Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan'. Pada hakikatnya semua Perdana Menteri sebelum ini sentiasa menekankan perpaduan kaum kerana ia adalah asas penting dalam membina negara. Tidak mungkin asas penting ini diketepikan oleh kepemimpinan negara. Mereka memahami perpaduan melalui hubungan kaum yang sihat amat penting dalam mengekalkan kestabilan sosio-politik di negara ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengingatkan bahawa isu perkauman adalah kekangan utama dalam membina negara-bangsa yang bersatu padu. Justeru, salah satu daripada sembilan cabaran yang digariskan beliau dalam Wawasan 2020 ialah usaha membina perpaduan kaum. Yang perlu difahami ialah setiap kepemimpinan mempunyai hasrat dan cita-cita untuk melihat bangsa dan negaranya terus mantap dan perkasa.
Demikianlah halnya apabila Najib menjadikan konsep dan falsafah baru itu sebagai landasan pentadbirannya. Ia adalah untuk memberi 'nafas segar' kepada barisan Kabinetnya serta menyuntik semangat rakyat untuk sama-sama berganding bahu dengan kepemimpinan negara. '1Malaysia' adalah aspirasi untuk memperbaiki, memantap dan memperkasa hubungan kaum bagi memastikan rakyat di negara ini membina dan menjalin persahabatan berasaskan rasa hormat menghormati dan percaya mempercayai.
Di dalam blognya, 1Malaysia, Najib memperincikan nilai yang perlu diamalkan rakyat bagi menjayakan konsep itu. Katanya di dalam blog, 'Saya telah mengenal pasti lapan nilai yang tidak saling eksklusif yang saya percaya adalah penting untuk kita semua.' Nilai itu tidak dijelaskannya sekali gus tetapi berperingkat-peringkat.
Setakat rencana ini disiapkan, Najib sudah pun menghuraikan empat daripada lapan nilai terbabit iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati dan nilai penerimaan. Untuk mengetahui nilai selanjutnya, pembaca disarankan melayari blog berkenaan.
Pada saya, konsep '1Malaysia' adalah satu konsep yang merangkumi pakej perpaduan, kemakmuran, pembangunan, keamanan dan keselamatan. Ia kesinambungan usaha kerajaan membina negara-bangsa yang bersatu padu serta memiliki jati diri yang kukuh.
Ia bertujuan memastikan haluan negara benar-benar dapat mencapai keunggulan dan kelangsungan masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020. Ahli-ahli akademik mungkin boleh melihat dan menghuraikannya sebagai satu konsep sosio-politik yang dapat dihuraikan daripada perspektif sosiologi, politik dan sejarah tanah air.
Kesimpulan, konsep '1Malaysia' tidak meminggirkan ciri-ciri asas kenegaraan, perlembagaan, hak asasi dan sifat kependudukan di negara ini. Ia memerlukan anjakan pemikiran politik yang merentasi ideologi untuk melonjakkan wacana agenda nasional.
Justeru, seluruh rakyat wajar berpadu tenaga memikul tanggungjawab bersama membina negara-bangsa yang lebih perkasa. Ia tidak wajar dipolitikkan kerana tujuan dan matlamatnya jelas untuk memperkasa negara-bangsa. - BH 22/4/09
Saturday, April 18, 2009
Associated Press Writer
WASHINGTON – President Barack Obama is trying to close a chapter in the nation's history that continues to haunt U.S. foreign policy.
Obama authorized the release of graphic "torture memos" that outlined the harsh interrogation tactics the CIA used during the administration of George W. Bush, but getting the abuses behind him is turning out to be more complicated than it may have seemed at first.
The disclosures have divided Obama's administration; some intelligence officials argued against the release. Also, Obama's decision to shield from prosecution those who carried out the practices is being challenged by human-rights activists and some Democrats.
Making the memos public was a victory for Attorney General Eric Holder.
Last July, Holder told a legal forum that the next president must move quickly to "reclaim America's standing in the world." To robust applause, Holder suggested closing the prison camp at Guantanamo Bay and ending "all U.S. programs and practices that are engaged in torture."
Last July, Holder told a legal forum that the next president must move quickly to "reclaim America's standing in the world." To robust applause, Holder suggested closing the prison camp at Guantanamo Bay and ending "all U.S. programs and practices that are engaged in torture."
Much as President Ford's blanket pardon of former President Richard Nixon for Watergate crimes, Obama's decision is being questioned by those who say officials who committed wrongdoing should be held accountable. For instance, Sen. Patrick Leahy, D-Vt., chairman of the Senate Judiciary Committee, was quick to say that the memos only bolstered his argument for a proposed independent commission of inquiry.
Much as President Ford's blanket pardon of former President Richard Nixon for Watergate crimes, Obama's decision is being questioned by those who say officials who committed wrongdoing should be held accountable. For instance, Sen. Patrick Leahy, D-Vt., chairman of the Senate Judiciary Committee, was quick to say that the memos only bolstered his argument for a proposed independent commission of inquiry.
In deciding to release the four memos with little blacked out or otherwise censored, Obama sided with Holder, deputy attorney general in the Clinton administration.
The release went against the advice of other Obama advisers, including CIA Director Leon Panetta. He argued that releasing vivid descriptions of brutal tactics could set a dangerous precedent for future disclosures of intelligence sources and methods.
In fact, the release of the classified Bush-era memos was delayed for nearly a month in part because of strenuous objections from four previous CIA chiefs — Michael Hayden, Porter Goss, George Tenet and John Deutch.
In fact, the release of the classified Bush-era memos was delayed for nearly a month in part because of strenuous objections from four previous CIA chiefs — Michael Hayden, Porter Goss, George Tenet and John Deutch.
Holder said the Justice Department would not prosecute CIA officers "who acted reasonably and relied in good faith on authoritative legal advice from the Justice Department that their conduct was lawful."
Furthermore, the department will represent and pay legal fees for any CIA officers who are sued or who face legal proceedings overseas, Holder said. There are several legal actions taken or in the works against Bush administration officials overseas.
Releasing the memos was the latest chapter in Obama's efforts to make amends for tactics of his predecessor in prosecuting "the war on terror," a term now banished from the White House lexicon.
In his first week in office, Obama revoked all Bush administration legal opinions that had been used to justify harsh interrogation tactics. He outlawed such interrogations and ordered closed secret CIA prisons overseas. He ordered the Guantanamo Bay prison in Cuba to be closed within a year.
Apologizing for past practices was a theme sounded on Obama's recent trip to Europe and the Middle East, where such interrogation and detainment policies had been roundly criticized by leaders of the region.
"I know that the trust that binds us has been strained, and I know that strain is shared in many places where the Muslim faith is practiced. Let me say this as clearly as I can: the United States is not at war with Islam," Obama said in a speech to Turkey's parliament.
James Zogby, president of the Arab American Institute, said Obama's "brave act of transparency must be followed by specific steps to hold Bush administration officials accountable for what they have done."
Sarah Mendelson, director of the Human Rights and Security Initiative at the Center for Strategic and International Studies in Washington, said the Obama administration "moved with stunning speed" in addressing past abuses.
"What people get really hung up about is the next step: whether there are going to be prosecutions, amnesties or commissions," she added. "And that part is going to play out over a long time."
- Associated Press
Prestasi tidak memberangsangkan bekas ADUN Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin akan menjadi taruhan utama BN bagi mencabar calon PKR dalam pilihanraya kecil nanti, kata Gerakan Pulau Pinang.
"Berdasarkan maklum balas, ramai orang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan ADUN sekarang. Beliau tidak turun padang," kata ketua Wanita parti itu Ng Siew Lai kepada Malaysiakini petang ini.
Ng, juga pengerusi pergerakan itu di peringkat pusat berkata, Mohammad Fairus sehingga hari ini masih gagal tampil memberikan penjelasan konkrit berhubung dakwaan salah guna kuasanya ketika menjadi timbalan satu ketua menteri negeri itu.
Menurutnya lagi, pilihanraya kecil itu “terpaksa diadakan” kerana masalah dalaman Pakatan Rakyat apabila terdapat pemimpin gabungan tersebut didakwa tidak suka kepada Mohammad Fairus.
“Tidak patut diadakan pilihanraya (kecil). Apa motifnya? Apa perancangannya? Tidak sampai dua, tiga tahun sudah letak jawatan. Saya bimbang dengan budaya politik seperti ini,” katanya.
Sementara bekas timbalan ketua bahagian Permatang Pauh, Datuk Pirdaus Ismail berkata, isu tempatan seperti perasaan terpinggir masyarakat Melayu dalam beberapa dasar kerajaan pimpinan DAP itu boleh mempertingkatkan sokongan terhadap BN.
Tambahnya yang kini pegawai khas Datuk Seri Hishammudin Hussein, bagaimanapun sokongan pengundi bukan Melayu dilihat sukar ditembusi BN kerana “kepentingan Cina terjaga baik” di negeri itu.
Tambahnya yang kini pegawai khas Datuk Seri Hishammudin Hussein, bagaimanapun sokongan pengundi bukan Melayu dilihat sukar ditembusi BN kerana “kepentingan Cina terjaga baik” di negeri itu.
“PKR (akan) menang. (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yakin menang. Sebab itu dia kosongkannya (kerusi Penanti). Mereka menang, tapi tidak akan menang banyak,” kata bekas imam Masjid Negara itu lagi.
Selepas melepaskan jawatan exco dan timbalan ketua menteri minggu lepas, Mohammad Fairus semalam meletak jawatan ADUN Penanti.
Catatan Megat: Gelanggang sudah sengaja dibuka oleh PR yang mahu terus menguji BN.BN tidak wajar mengaku kalah sebelum beradu.
Wednesday, April 15, 2009
MeCD = Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) sudah dibubarkan di bawah Kabinet Datuk Seri Najib Razak.
- Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais serta Pembangunan Skim Vendor ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
- Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
- Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (Insken) dan Bank SME diserapkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
- Mara dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
- Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (Maju) pula dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi.
Tuesday, April 14, 2009
Oleh Mohd Ayob Abd Razid
Saturday, April 11, 2009
Khairy akui program Pemuda Umno 'syok sendiri'
Muda Mohd Noor Apr 11, 09 8:00am
-
Baca lanjut http://www.malaysiakini.com
Wednesday, April 8, 2009
Saturday, April 4, 2009
Perutusan sempena penerimaan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-6
Bagi pihak seluruh Rakyat Malaysia, pertama sekali saya merakamkan rasa penghargaan dan ucapkan terima kasih kepada YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi atas sumbangan khidmat cemerlang sepanjang 31 tahun kepada negara. Begitulah juga komitmen YABhg. Tun dalam pengukuhan demokrasi dan institusi penting dalam negara, serta teladan kepemimpinan yang cukup berhikmah.
Secara peribadi, saya amat berterima kasih atas keyakinan YABhg. Tun Abdullah menamakan saya sebagai penggantinya. Saya juga merakamkan ucapan junjungan kasih setinggi-tingginya atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong melantik saya sebagai Perdana Menteri dalam istiadat mengangkat sumpah jawatan pagi tadi.
Dengan penuh rasa tawaduk dan kerendahan hati, saya menerima amanah tanggungjawab ini untuk berkhidmat kepada Rakyat dan Negara.
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk rakyat. Semua ini lahir hasil dari inspirasi dan dorongan serta suri teladan Allahyarham Ayahanda saya.
Memang saya tersentuh dan terpanggil untuk meneruskan agenda besar kerajaan untuk membasmi kemiskinan, menstrukturkan semula masyarakat Malaysia, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua, serta meniupkan semangat sebuah generasi baru untuk menumpah khidmat kepada Malaysia.
Justeru itulah, sepanjang khidmat awam saya, pentingnya aspek keberhasilan sentiasa ditekankan. Sama ada melalui kemudahan yang lebih selesa bagi para pendidik, meningkatkan kualiti hidup para perwira tanah air, mahupun dalam memperkasakan ekonomi bagi memelihara kesejahteraan rakyat di saat kita menghadapi cabaran ekonomi global.
Dalam waktu terdekat ini, saya akan bertukar-tukar pendapat dengan pelbagai lapisan pemimpin masyarakat dari seluruh negara dalam menentukan keutamaan kerajaan.
Dalam hal ini, saya amat menyedari bahawa kita perlu mengambil manfaat dari kejayaan kini dan beriktibar pula dengan pengajaran masa lalu.
Pada asasnya, kepimpinan yang bakal diwujudkan wajar membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru, demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.
Pada asasnya, kepimpinan yang bakal diwujudkan wajar membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru, demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.
Dalam hal ini, potensi golongan anak muda akan kita bangunkan setinggi-tingginya. Kita percaya merekalah generasi pewaris bakal pendidik, doktor, peguam, akauntan, saintis, jurutera, tokoh perniagaan, cerdik pandai dan saf pemimpin masa depan.
Maka dengan itu, pada hari yang bersejarah ini saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi DUA surat khabar serta membebaskan TIGA BELAS tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA berkuat kuasa serta-merta. Proses kajian semula terhadap Akta ISA akan juga dimulakan.
Saya sedar sudah tepat masanya kita mengambil langkah-langkah demikian untuk mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pihak yang berwajib atas soal keselamatan negara serta mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman-ancaman yang dianggap merbahaya dan munasabah. Kementerian Dalam Negeri akan memberikan butir-butir selanjutnya selepas ini.
Atas segalanya, saya menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga.
Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita. Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia.
Dengan ini saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat Negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.
Saya panjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya terus dikurniakan kekuatan, kemudahan serta hikmah dalam menjalankan amanah besar ini.
Dengan izin Allah jua, marilah kita memulakan langkah perjalanan hebat ini - bersama sama.
Thursday, April 2, 2009
--BERNAMA
Wednesday, April 1, 2009
PUTRAJAYA, 1 April (Bernama) -- Pelaksanaan pelbagai program, yang lebih adil dan saksama terhadap semua etnik, selaras dengan konsep 'Satu Malaysia' mampu menyatukan pelbagai kaum di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata pelaksanaan konsep itu akan dilakukan secara teratur dan sistematik bagi memastikan tidak ada kaum-kaum di negara ini yang terpinggir daripada sebarang pembangunan.
Katanya konsep 'Satu Malaysia' ditunjangi oleh dua prinsip utama iaitu sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dan keyakinan antara satu sama lain.
"Apabila kita sudah menghormati antara satu sama lain bererti kita sudah mempunyai sikap terbuka untuk menghayati konsep perpaduan dalam kepelbagaian.
"Keyakinan antara satu sama lain tidak akan berlaku secara mengejut. Ia harus dibangunkan secara teratur dan bersungguh-sungguh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakej rangsangan ekonomi di sini, Rabu.
Menjawab soalan mengenai keadaan masyarakat India yang dikatakan agak terpinggir di negara ini, Najib berkata pertambahan daripada aspek peruntukan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah antara langkah bagi memastikan pembahagian yang lebih adil untuk semua.
"Polisi-polisi tertentu dan pertambahan peruntukan untuk masyarakat India, seperti bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang diadakan hari ini adalah langkah kerajaan untuk memastikan pembahagian yang lebih saksama.
"Bantuan ini diluluskan bukan kerana pilihan raya kecil tetapi kerana saya mahu pakej rangsangan ini dilaksanakan segera," katanya.
Pada majlis itu, 374 SJKT dari sembilan negeri menerima peruntukan dengan jumlah keseluruhan RM80 juta untuk kemudahan prasarana dan pelaksanaan pelbagai projek mengubah suai dan menaik taraf.Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - BERNAMA