Tuesday, March 31, 2009

Program Hujah TV9 : Satu catatan ringkas

SELASA, 31 March: Program Hujah tv9 jam 9.30 malam sangat menarik.Isu yang dibincangkan adalah berkaitan krisis politik di Perak.

Perspektif perbincagan fokus kepada soal perundangan dan perlembagaan.

TIGA ahli panel yang kesemuanya berlatar belakangkan undang-udang membarisi program tersebut. Mereka ialah Prof Dr Shad Saleem Faruqi (Prof perundangan UiTM), Datuk Shafie Abdullah dan En.Ragunath (Majlis Peguam). Program dipengerusikan oleh Prof Dr. Agus Yusuf .

Ketiga-tiga ahli panel berhujah dengan baik, tenang, teratur dan berfakta. Memang kesemuanya berpengalaman dan tahu perkara yang dibaincangkan serta dapat menjawab soalan pengerusi dengan baik.

Terlalu banyak fakta perundangan yang dikemukakan oleh ketiga-tiga mereka. Beberapa perkara atau ”point” dapat saya catatat di sini. Antaranya ialah:-

Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan kekosongan kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Surat tidak bertarikh yang dikatakan dihantar oleh tiga orang ahli DUN Perak (yang melompat parti) kepada Speaker berkait dengan perletakan jawatan mereka tidak bermakna Speaker ada kuasa mutlak menentukan kekosongan berlaku. Sebaliknya ia hanya saluran tetapi yang menentukan ialah SPR.

Fasal 16(4) Perlembagaan Perak – Menteri Besar boleh mohon pembubaran. Sultan boleh setuju atau pun tidak setuju untuk bubar. Jika Sultan tidak setuju bubar maka sepatutnya MB, Nizar meletakkan jawatannya kerana dia telah hilang kepercayaan majoriti ahli dewan.

Jika MB tidak mahu melepaskan jawatan, undang-undang tidak memperuntukkan kuasa kepada Sultan untuk memecat Nizar.

Walaupun tidak ada halangan adakan sidang Dewan di mana-mana tempat (di bawah pokok) tetapi Setiausaha Dewan sepatutnya mengeluar dan menyampaikan surat terlebih dahulu kepada ahli Dewan untuk memaklumkan hal berkenaan. Ini tidak dilakukan dalam kes di Perak.

Kesimpulan:

Prof Dr.Shad mencadangkan kedua-dua pihak (BN dan Pakatan Rakyat) berunding untuk mewujudkan ’kerajaan perpaduan’ atau beruding memerintah secara giliran (model Sabah satu ketika dulu) di mana MB-nya bergilir-gilir sehinggalah menjelang PRU-13 nanti. Satu lagi cara ialah bubarkan dewan dan serahkan mandat kepada rakyat untuk tentukan kerajaan baru bagi negeri Perak.

En.Ragunath: krisis politik yang berlarutan di Perak wajar di selesaikan melalui mandat yang diberikan kepada rakyat – bubar dewan dan adakan pilihan raya. Dalam sistem demokasi kuasa rakyat melalui pilihan raya perlu juga dihormati.

Datuk Shafie: Bersetuju dengan pandangan Prof. Shad tetapi berpendapat biarlah Dewan di’prolog’ dahulu, bukan dibubarkan sementara menanti mahkamah membuat keputusan.

Dr. Agus : Krisis di Perak melibatkan kedua-duanya sekali: krisis politik dan krisis perlembagaan. Ia tidak sepatutnya dilihat dari sudut legitimasi perlembagaan semata-mata tetapi perlu juga dilihat dari sudut legitimasi politik (demokrasi). Kedua-dua pemimpin (BN dan PR) perlu memilki jiwa besar untuk menyelesaika krisis politik di Perak.

Catatan: Jika ada fakta yang tersilap mohon dibetulkan ye. - Megatrambai.

No comments: