Sunday, September 16, 2007

HANYA MUSUH NEGARA YANG MEMBAKAR BENDERA

Bendera adalah simbol kedaulatan sesebuah negara. Ia adalah maruah negara yang perlu dijaga dan dipertahankan. Justeru, apa yang dapat kita katakan seandainya ada dikalangan rakyat kita sendiri yang sanggup membakar Jalur Gemilang, bendera rasmi negara.

Inilah tindakan keji yang berlaku ketika berlakunya insiden rusuhan di Batu Buruk Terengganu baru-baru ini. Hanya kerana kehendak sebuah parti politik pembangkang untuk berceramah tidak dibenarkan oleh polis maka mereka sanggup merusuh sehingga membakar bendera negara.

Mengapa sanggup bakar Jalur Gemilang? Lupakah mereka bahawa bendera negara akan dipertahankan sepenuhnya oleh tentera kita dalam peperangan dengan musuh.

Sesiapa sahaja tidak kira dari parti mana sekalipun atau sesiapa saja yang menjadi warganagera atau mendiami negara ini tidak seharusnya bertindak membakar bendera kebanggaan negara.

Apakah tindakan mereka itu merupakan akhlak mulia di sisi agama? Apakah patut dek kerana permusuhan politik mereka dengan parti pemerintah maka mereka sanggup membakar simbol kedaulatan negara. I

slamikkah mereka dengan perbuatan sedemikian rupa? Patriotikkah mereka apabila dengan bangganya membakar bendera negara? Rasionalkah akal mereka dalam permainan politik keji mereka?

Selaku warganegara adalah tidak wajar bertindak sedemikian. Tabiat dan karakter mereka tidak melambangkan sikap warganegara yang berkeupayaan membezakan simbol negara dengan perjuangan politik kepartian?

Simbol negara adalah maruah kedaulatan negara yang mesti dihormati dan dipertahankan oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan latarbelakang politik.

Rakyat yang membakar bendera negaranya sendiri boleh dianggap sebagai menetang negara sendiri. Menentang negara sendiri adalah penderhaka yang mesti di kenakan tindakan. Jika orang UMNO atau sesiapa sahaja yang terlibat ia tetap satu perbuatan keji yang tidak perlu dikompromi.

Biasanya yang membakar bendera sesebuah negara adalah musuh atau penentang dari negara lain yang sedang bermusuh atau berkonflik.

Rakyat Iraq membangkar bendera Amerika Syarikat adalah wajar kerana mereka bermusuh dan berperang. Itu adalah protes dari sebuah negara yang sedang bermusuhan dan berperang dengan sesebuah negara lain.

Jadi apa pula halnya jika rakyat sendiri yang membakar bendera negaranya? Bermusuhkah mereka dengan negara dimana mereka tinggal dan mencari rezeki? Bermusuh dan memberontak terhadap negara bermakna menentang dan menderhaka terhadap Yang Dipertuan Agong yang merupakan Ketua Negara.

Insiden membakar bendera oleh rakyat sendiri tidak boleh dibiarkan begitu saja. Telah banyak tindakan yang menghina negara dilakukan oleh rakyat sendiri tetapi apabila ia dilakukan oleh penyokong sebuah parti politik yang mengamalkan budaya samseng secara terang-terangan ia seolah-olah mencabar kedaulatan negara. Justeru, tindakan tegas perlu diambil ke atas`mereka yang bertanggungjawab.

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum sedara..

Sedara jangan la over sgt nak mengampu. Jgn hipokrit. Jgn kerana duit sedara tutup kisah sebenar. Gambar bakar bendera tu.. org bodoh je yg percaya. Org Umno kat opis ni pun gelak. Kem Penerangan gunalah taktik lain. Dah basi laa. Kecoh2 pun paling lama 1 minggu. Saya termasuk dlm blog ni. Bukan niat nak masuk pun. Tak menarik langsung. Boring. Ini mesti kerja org gomen ni. Kalau ya pun makan gaji.. gunalah otak. Jgn membabi-buta mengampu. Tulis pekara yg benar walaupun pahit. Baru org nak baca. Kalau mcm ni punya blog.. baca sendiri laa... muahahahh...