Oleh Mohd Ayop Abd Razid
PERPADUAN adalah unsur penting yang menjadi pra-syarat kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat majmuk di negara kita. Justeru, usaha membina dan memelihara perpaduan menjadi agenda utama bagi setiap pucuk kepemimpinan negara yang silih berganti. Di negara kita usaha mencapai integrasi nasional dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti integrasi wilayah, integrasi sosial, integrasi pendidikan, integrasi kebudayaan, integrasi ekonomi dan integrasi politik.
-
Perlu difahami bahawa dalam mana-mana masyarakat majmuk wujud dua unsur tenaga yang saling bertentangan iaitu tenaga menyatukan dan tenaga memecah. J.W.Vonder Zanden dalam bukunya Sociology, A Systematic Approach (1970) menyebut tenaga-tenaga yang menyatukan itu sebagai kuasa ’centripetal’ seperti persefahaman, toleransi, penerimaan dan persetujuan. Tenaga-tenaga yang memecah pula di kenali sebagai kuasa ’centrifugal’ seperti perbalahan, prasangka, disriminasi dan paksaan.
-
Yang ingin kita perkukuhkan ialah tenaga atau kuasa-kuasa yang menyatukan kerana konsep ’integrasi’ itu sendiri bermaksud mewujudkan kesatuan daripada bahagian-bahagian yang berpecah atau terpisah. Sayugia difahami bahawa kesepaduan dan keharmonian kaum menjadi keutamaan (prioriti) untuk melancarkan pertumbuhan pembangunan dan kemajuan negara.
-
Melihat kepada pentingnya perpaduan inilah maka Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada Majlis Malam Penghargaan Media Massa UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC pada 12 Disember 2009 mengingatkan bahawa sekiranya perpaduan semakin menipis dan terhakis maka akan terserlalah ’defisit moral’ dan ’defisit empati’ (empathy) di dalam masyarakat.
-
Menurut Najib, atas rasa empati inilah maka kerajaan pimpinannnya bertanggungjawab untuk memikul ”moral mission” untuk melindungi rakyat, memberi peranan dan tanggungjawab (empowerment) pada rakyat dan meluhurkan etika kecemerlangan di kalangan rakyat. Najib dalam ucapan tersebut menyebut bahawa kita mestilah sedar bahawa landasan demokrasi adalah berlandaskan konsep empati, keprihatinan mendalam (caring) terhadap sesama kita dan bertindak secara bertanggungjawab (responsible).
-
Beliau juga menyebut prinsip kebebasan (freedom), keseimbangan (fairness) dan keadilan (justice) dapat memberi nilai sejagat dalam kehidupan kita. Apabila beliau memperkenalkan gagasan 1Malaysia maka di antara prinsip-prisip utama yang beliau tekankan ialah prinsip menghormati kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging).
-
Hakikat yang perlu difahami ialah kebebasan dan hak untuk hidup di negara ini bukanlah monopoli sesuatu kaum. Sikap mengutamakan kaum sendiri tanap amemperdulikan ornag lian akan membawa kepada pemisahan etnik (segregasi) yang tidak menguntungkan sesiapa. B.Bery dalam bukunya Race and Etnic Relationship (1965) menyebut dalam masyarakat majmuk sikap sabar dan empati (empathy) yang tinggi didambakan bagi membina interaksi yang harmoni dan aman.
-
Hakikat yang perlu difahami ialah kebebasan dan hak untuk hidup di negara ini bukanlah monopoli sesuatu kaum. Sikap mengutamakan kaum sendiri tanap amemperdulikan ornag lian akan membawa kepada pemisahan etnik (segregasi) yang tidak menguntungkan sesiapa. B.Bery dalam bukunya Race and Etnic Relationship (1965) menyebut dalam masyarakat majmuk sikap sabar dan empati (empathy) yang tinggi didambakan bagi membina interaksi yang harmoni dan aman.
-
Menurut Muhyiddin pihak terbabit harus sedar bahawa kerajaan bukan sahaja menerima memorandum dari kaum Cina sahaja, malah kerajaan turut menerima memorandum dari kaum Melayu dan India. Justeru, kerajaan perlu mengambil kira kepentingan semua kaum dan juga kepentingan nasional. Apa yang disebut Timbalan Perdana Menteri itu memang wajar dan tepat.
Hakikat yang perlu difahami ialah kebebasan dan hak untuk hidup di negara ini bukanlah monopoli sesuatu kaum. Sikap mengutamakan kaum sendiri akan membawa kepada pemisahan etnik (segregasi) yang tidak menguntungkan sesiapa.
-
Jika ini yang berlaku maka kita tidakan akan dapat mencapai matlamat memperkukuh perpaduan seperti yang dihasratkan di bawah gagasan 1Malaysia. Justeru, semua pihak harus menghayati kata-kata Najib bahawa, ”Hanya melalui kekuatan ’roh perpaduan’ dapat kita lahirkan semangat patriotisme dan jiwa besar rakyat merdeka, sedang teras patriotisme pula adalah rasa keprihatinan (caring) mendalam di antara sesama warga negara”. UM 17/2/2010
No comments:
Post a Comment