MENJENGUK INTIPATI BELANJAWAN 2009Dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Ogos , 2008 oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
Tema Baget 2009:
Kerajaan Prihatin.Strategi - tiga strategi khusus iaitu:
menjamin kesejahteraan rakyat;
membangun modal insan berkualiti; dan
memperkukuh daya tahan negara.Peruntukan baget:
RM207.9 bilion ( naik 5.1 peratus dari tahun lalu)
Pecahann Baget 2009:
RM154.2 bilion untuk peruntukan mengurus
RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.
Pecahan peruntukan pengurusan:
RM86.3 bilion (56.6 peratus) untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap;
RM38 bilion (emolumen);
RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan);
RM2.4 bilion (pembelian aset) dan,
RM1 bilion (perbelanjaan lain).
Pecahan peruntukan pembangunan:
RM27.8 bilion (sektor ekonomi:pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur);
RM17.8 bilion (sektor sosial: pendidikan, kesihatan dan perumahan);
RM4.1 bilion (sektor keselamatan);
RM2.1 bilion (pentadbiran) dan,
RM2 bilion (simpanan luar jangka).
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.
Pelbagai langkah:1. Berkaitan pembangunan:Pembangunan Koridor PertumbuhanIskandar Malaysia: bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta (pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif) maka peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan.
Pelancongan
peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka (dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta).
PengangkutanKecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014
kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
Mulai 15 September 2008 pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun.
Kesihatan
Kadar bayaran insentif pakar perubatan (3,800 pegawai) dinaikkan perbelanjaan tambahan RM26 juta.
Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.
Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
Jururawat, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.
Membasmi kemiskinanKadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.
RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.
Usaha berterusan untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak dengan mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar (RM580 juta untuk Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak).
2. Berkaiatan percukaian: Cukai pendapatan
Bagi pendapatan bercukai RM35,000 rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400.
(100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai).
Cukai jalan
Mulai 1 September 2008 cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol.
Barangan pengguna
Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.
Cukai rokok
Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang, iaitu dari 15 sen kepada 18 sen . Bermakna cukai untuk sekotak rokok 20 batang meningkat sebanyak 60 sen.
Pengusaha hotel Sabah dan sarawak
Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.
Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.
3. Mengurang beban golongan tidak beranasib baik/berpendapatan rendah:Pengecuali bil elektrik RM20
Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.
Nelayan dan petaniPeruntukan RM300 juta untuk membaiki taraf hidup:
RM180 juta h untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan
RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.
Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak. Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.
Bagi penternak ayam dan itik pula akan menerima elauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun
Orang Kurang Upaya (OKU)
Elaun RM150 sebulan kepada OKU. Murid OKU di sekolah pendidikan khas pula akan ditambah dari RM50 kepada RM150.
Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas
4. Jaringan keselamatan sosialMenaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.
Menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.
Menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara di Rumah Tunas Harapan daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan (mulai 1 September 2008)
Pesara kerajaan berpendapatan rendah yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.
5. Kakitangan kerajaanBonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 (dua bayaran September dan Disember)
Pelanjutan tempoh pinjaman perumahan dari 25 tahun kepada 30 tahun (bagi pinjaman baru).
Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan
Panel insurans pinjaman perumahan kerajaan dibuka kepada semua syarikat insurans yang layak (masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja).
Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.
6. Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM:
RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.
Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.
Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.
Kesimpulan:Langkah-langkah ke arah memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin.
fokus kepada memperkukuh daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.
---
megatrambai