Monday, December 17, 2007

TOLAK PERJUANGAN HINDRAF

TOLAK PERJUANGA HINDRAF

Setelah 50 tahun merdeka namun terdapat pihak yang masih belum memahami erti kemerdekaan. Terdapat kumpulan tertentu yang memberi makna kemerdekaan mengikut fahaman sempit mereka sendiri. Malaysia sebagai sebuah Negara yang unik mempunyai erti kemerdekaan tersendiri yang berakar umbi kepada perpaduan dan toleransi. Maka dengan sebab ini, negara yang bertuah ini mencapai kemerdekaan tanpa mengalirkan setitik darahpun sama ada dari kaum Melayu, Cina mahupun India. Dan dengan kerjasama 3 kaum terbesar inilah serta pemimpin mereka seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Sambathan dan Tun Tan Cheng Lock tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sepanjang 50 tahun ini setiap kaum telah mengamalkan dasar hormat menghormati antara satu sama lain dengan memahami sensitiviti kaum lain.
Namun akhir-akhir ini terdapat banyak kumpulan yang lupa atau sengaja melupakan akar kemerdekaan dan perpaduan kaum di Negara ini. Mereka menimbulkan rasa gelisah di kalangan masyarakat dan cuba menimbulkan ketegangan kaum di dalam Negara ini. Kumpulan ini, bukanlah mereka yang berjuang demi mendapatkan kemerdekaan apatah lagi mengalami pahit getir perjuangan kemerdekaan. Mereka adalah kumpulan ekstrimis dan melanggar sosio budaya masyarakat Malaysia yang penuh rasa hormat dan cintakan keamanan. Samada HINDRAF, SUQIU, BERSIH atau mana-mana pihak yang lain yang kononnya berjuang untuk menuntut matlamat sempit mereka sebenarnya adalah pihak yang mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan perasaan dan emosi orang lain. Mereka menafikan kerajaan yang telah dipilih rakyat secara majority dan sebenarnya bukanlah orang sesuai untuk bercakap dengan keadilan dan ketelusan. Kerana tangan mereka sendiri yang akan menghancurkan negara ini sehingga meletusnya pergaduhan diantara kaum dan benih-benih kebencian. Kemarahan ini semakin nampak dengan ketara kerana perasaan dan emosi setiap kaum telah di ‘provokasi’ dengan perkauman dan agama.
Walau apa-pun tuntutan mana-mana pihak terhadap kerajaan perlu mengambil kira sensitivity dan perasaan kaum lain. Mana-mana pihak yang mendakwa mewakili mana-mana pihak samada kaum atau agama perlu menghentikan perkara ini serta merta. Kerana agenda mereka ini bukanlah agenda majority sesuatu kaum atau agama seperti kaum India dan Hindu tetapi hanya agenda peribadi individu atau kumpulan tertentu. Henti menggunakan nama Hindu Action (HINDRAF) dan hentikan juga menggunakan kaum India kerana ianya akan memberi nama dan imej yang tidak baik baik kepada kumpulan yang tidak terlibat.
Saya percaya ramai kaum India yang bersama kerajaan dan UMNO, kerana kerajaan telah terbukti membela dan membangunkan kaum manoriti ini dari segi sosio ekonomi, pendidikan, social dan lain-lain lagi. Setiap kaum mempunyai wakil masing-masing untuk menyuarakan pendapat samada di peringkat Dewan Rakyat mahupun Dewan Negeri. Tiada satu suara pun yang diketepikan oleh kerajaan. Semua dilayan dengan adil dan saksama. Apakah sebenarnya niat HINDRAF ini?. apakah yang tersirat?. Apakah mereka mahukan negara ini berlaku seperti di Pakistan dan Filipina sehingga menimbulkan ketegangan dan rusuhan kaum?. Kenapa perlu demonstrasi jalanan dan bertindak ganas?. Kenapa perlu mengemis bantuan luar?. Kenapa perlu semua tindakan ini?. Di Manakah HINDRAF sebelum ini ketika kaum India betul-betul memerlukan bantuan?. Siapakah yang sebenarnya membantu kaum India dan mengangkat martabat mereka?.
Semua persoalan ini ada jawapan dan kita mengetahui jawapannya. HINDRAF ialah sebuah pertubuhan haram yang tiada kaitannya dengan kaum India dan Hindu kerana mereka sebelum ini tidak pernah membantu kaum India dan Hindu. Malah tiada satu jasapun yang telah ditabur. Tetapi HINDRAF hanya satu kumpulan pertubuhan yang ekstrimis yang cuba memecah belahkan perpaduan kaum di negra kita. Oleh itu kita mesti tegas, sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian mesti menolak HINDRAF bukan atas dasar emosi, bukan bais mengikut kaum dan agama, tetapi atas dasar akal fikiran mereka yang waras, berpegang atas akar budaya dan sejarah negara dan cintakan keamanan dan keharmonian.
SallehMohdYusof (GOODCITICEN.COM)
18 Disember 2007

No comments: