Sunday, December 16, 2007

PERJUANGAN HINDRAF : SATU TIPUDAYA PARTI PEMBANGKANG

Perhimpunan haram Hindaraf yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 25 November 2007 telah menarik perhatian bukan sahaja masyarakat tempatan bahkan juga dunia. Saya amat sedih melihat beberapa orang muda yang terlibat dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh HINDRAF tanpa permit Polis didakwa dimahkamah atas kesalahan dibawah Akta Polis 1967 dan Seksyen Kanun Keseksaan.Media tempatan secara amnya dan akhbar bahasa Tamil secara khususnya telah memberi liputan yang luas mengenai perhimpunan dan kes-kes yang berkaitannya di mahkamah, malah menjadikan tajuk utama atau ‘headlines’ dalam akhbar-akhbar harian berbahasa Tamil di Malaysia. Liputan luas oleh akhbar Tamil bukansahaja mengekalkan momentum yang di timbulkan oleh HINDRAF dikalangan masyarakat Tamil bahkan juga melariskan jualan akhbar –akhbar tersebut!
Dalam pada itu, pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri MusaHassan, bahawa HINDRAF cuba mendapatkan bantuan pengganas antarabangsa (Utusan Malaysia , M.s.1, 7 Dis 2007) dan hujah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, semasa mengetuai pendakwaan terhadap lima orang HINDRAF yang bersabit kesalahan dibawah seksyen 307 Kanun Keseksaan (Berita Harian, m.s. 9, 6 Dis.2007), bahawa segelintir pemimpin HINDRAF mempunyai hubungan sulit dengan Kumpulan Pemberontakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam ( LTTE) atau Tamil Tigers di Sri Lanka bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia secara amnya malah merunsingkan motif perjuangan HINDRAF.
Masayarakt India yang menaruh simpati dengan perjuangan HINDRAF kini merasa amat dukacita dan keciwa apabila difahamkan bahawa penasihat undang-undang HINDRAF, P. Uthayakumar telah mengirim surat pada 15 November 2007 , kepada Perdana Menteri Britain, Gordown Brown, melalui e-mel bahawa kerajaan Malaysia sedang mengamalkan dasar pembersihan etnik atau ’ethnic cleansing’. Pendakwaan tersebut ini adalah satu pembohongan besar, malah merupakan satu usaha menghasut kaum India menentang kerajaan BN.Malah, Pengerusi DAP, En.Karpal Singh, selaku juara parti pembangkang, juga menolak dakwaan berlaku pembersihan kaum India di Malaysia.
Sementara itu, P.Waythamoorthy, pernah dilaporkan memfailkan satu petisyen di Mahkamah Tinggi England pada 30 Ogos 2007 bahawa kerajaan Malaysia melakukan kekejaman terhadap kaum India sejak merdeka, malah kerajaan British, sebagai bekas kuasa penjajah yang bertanggungjawap untuk membawa kaun India ke negara ini perlu membayar ganti rugi kepada kaum India sebanyak US $ 4 trillion, yang mana akan di bahagikan kepada setiap individu keturunan India di Malaysia (NST,17 Nov 2007).Antara dakwaan yang dilemparkan oleh HINDRAF adalah kononnya kerajaan BN merobohkan tempat-tempat ibadat agama Hindu , kadar kematian kaum India dalam tahanan lokap Polis kian meningkat , peluang pekerjaan bagi kaum India dalam sektor awam kian mengurang dan peluang pendidikan Tamil turut kurang saban hari.
P.Waythamoorthy juga kini dilaporkan berada diluar negara untuk menghadap pemimpin-pemimpin di India dan bercadang ke UK dan USA untuk melobi mendapat sokongan kuasa luar kepada perjuangan HINDRAF. Beliau telahpun berjumpa Ketua Menteri Tamil Nadu,Dr.K.Karunanidi, seorang pemimpin Tamil yang dianggap sebagai pemimpin Tamil sedunia yang amat disegani oleh masayarakat Tamil sedunia, dalam mendapat sokongan beliau mendesak Perdana Menteri India, Manmohan Singh, mencampurtangan dalam menyelesai isu yang dibangkitkan oleh HINDRAF.
Disampingitu, sejak akhir-akhir ini P.Waythamoorthy, penyelaras utama HINDRAF dilaporkan berjumpa dengan seorang pemimpin kaum Tamil yang berpengaruh, V.Gopalsamy di Chennai,Tamil Nadu, yang pernah didakwa diatas Akta Keselamatan Dalam Negeri India kerana disyaki ada hubungan dengan kumpulan Tamil Tigers di Sri Lanka.Tindakan P. Waythaoorthy tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa HINDRAF mencuba mengheret isu dalam negeri ke peringkat anatarabangsa, Bangsa-Bangsa Bersatu,malah pernah mendakwa Malaysia harus dihadapkan ke Mahkamah Dunia dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa diatas kesalahan pembersihan etnik.
Sekiranya kita membuat penelitian secara rasional, dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan oleh HINDRAF terhadap kerajaan adalah bukan sahaja tidak berasas, malah bertentangan dengan batas-batasan undang-undang negara, tidak bertanggungjawab dan merupakan satu hasutan yang boleh membangkitkan perasaan kaum India membenci kerajaan.
Perjuangan asal HINDRAF, kononnya memartabatkan maruah dan membaiki kedudukan sosio-ekonomi kaum India di Malaysia, yang menarik perhatian, simpati dan menjadi asas untuk mendapat sokongan kaum India secara amnya dan generasi muda secara khususnnya, kini menjadi tandatanya malah menimbulkan keraguan terhadap keikhlasan pemimpin-pemimpin HINDRAF. Tidaklahketerlaluan sekiranya dirumuskan bahawa akktivis-aktivis HINDRAF, yang kebanyakannya terdiri daripada parti –parti pembangkang, didapati berselindung dibelakang HINDRAF dan memanipulasikan perasaan dan emosi kaum India terhadap agamanya untuk mencapai agenda politik sempit mereka, malah mencetuskan huru-hara dalam negara.
Dengan itu, kaum India harus berwaspada terhadap tindakan-tindakan yang akan dijalankan oleh HINDRAF di masa-masa akan datang kerana perjuangan HINDRAF telah menyimpang kearah kepentingan sesuatu kumpulan tertentu, malah mendatangkan keaiban kepada nama baik kaum India. Kaum India adalah merupakan satu kaum yang setia dengan kerajaan ini sejak merdeka dan kesetiaan dan sokongan politik kaum India kepada kerjaan tidak pernah disangsi oleh kepimpinan kerajaan Malaysia. Kepimpinan Kerajaan Malaysia amat menghargai sokongan padu kaum India dalam menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang membangun dan maju, malah membantu mengkukukan stabiliti politik dalam saat-saat genting.
Justeru itu, pandangan dan seruan Raja Muda Perak baru-baru ini, YTM Dr.Raja Nazrin Shah, yang menggesa rakyat Malaysia agar menghormati undang-undang dan agensi pelaksana undang-undang adalah amat tepat dalam menjadikan panduan dalam mengemukakan masalah dan rintang yang dihadapi oleh kaum India kepada kerajaan. Kita jangan samsekali mencuba mencabar agensi pelaksana undang-undang kerana tindakan sedemikian akan menimbulkan kekacauan dalam negeri yang mana pasti akan merugikan semua pihak.
Dengan itu, pemimpin-pemimpin kaum India harus menunjukkan kematangan dalam pemikiran dan pertuturan supaya tidak diperangkap oleh dakyah pembangkang.Sudahlah sampai masa untuk kaum India dan aktivis sosial dan politik balik ke pangkal jalan mempastikan agar perjuangan untuk meningkatkan taraf hidup kaum India berlandaskan kepada peraturan undang-undang dan ketamadunan supaya menjamin keamanan dan kesejahteraan semua.
Akhir kata, kaum India menolak secara total kebanyakan dakwaanHINDRAF , khususnya dakwaan kononnya kerajaan Malaysia mengamalkan dasar ’pembersihan etnik’ atau ethnic cleansing di Malaysia. Sudah sampai waktunya untuk etnik India merenung kembali dan menyedari bahawa perhimpunan secara besar-besaran tanpa kelulusan pihak berkuasa bukanlah satu budaya dan amalan masyarakat Malaysia , malah ianya tidak akan menyelesai masalah yang dihadapi oleh kaum India. Kaum India kini terpanggil bertekad meneruskan tradisi berdailog dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dalam menyelesai masalah –masalah yang membeban dan mengekang kemajuan dan peningkatan taraf sosio-ekonomi kaum India dalam menjamin keamanan dalam negara , malah kebahagian generasi kita di masa akan datang.
M.Periasamy
Subang Jaya
7 Disember 2007
Diversity is the gift of nature
Unity is our strength

No comments: