Monday, October 1, 2007

RUSUHAN PARTI PEMBANGKANG DI BATU BUROK, TERENGGANU :
PAS MEMBUDAYAKAN BUDAYA SAMSENG



LATAR BELAKANG ISU

Lebih kurang jam 11 malam 8 September hingga 3 pagi 9 September 2007, telah berlaku satu rusuhan yang DITUNJANGI oleh penyokong-penyokong parti PAS dan Keadilan.

Anggota polis yang MEMPERTAHANKAN DIRI pula dituduh melepaskan 2 das tembakan peluru hidup yang mengakibatkan kematian.

Rusuhan yang berpunca dari PERMIT Ceramah yang tidak diberikan oleh pihak polis itu telah menyaksikan panji negara (Jalur Gemilang) DIBAKAR.

PAS HADIAHKAN KEGANASAN SEMPENA 50 TAHUN
KEMERDEKAAN (http://www.ganulening.net/, http://www.ganukita.net/).
Siri Keganasan PAS

• Sebelum peristiwa rusuhan di Batu Burok, beberapa siri rusuhan telah pun berlaku di Terengganu yang diterajui oleh pihak pembangkang.

(i) 26 Mei 2005 - Molotov Cocktail di Kampung Bujal, Kemaman
(ii) 19 Jun 2005 – Demonstrasi ganas di Wisma Darul Iman
(ii) 26 Ogos 2005 – PAS serang Bangunan UMNO Kuala Nerus
(iv) 9 September 2007 – Demonstrasi ganas di Batu Burok.

• PAS ingin mengalihkan tuduhan kepada UMNO.



UMNO dituduh sebagai perancang di Batu Burok

• Sudah menjadi tradisi PAS dari dahulu hingga kini, segala peristiwa-peristiwa yang berlaku terhadap PAS semuanya dituduh UMNO sebagai perancang utama (sidang media di Kuala Terengganu pada 12 Sept 2007).

Contoh: kes Mat Sabu ditangkap khalwat, UMNO dituduh sebagai perancang. Begitu juga dengan kerosakan kereta Rosul Wahid (exco) yang dibaling batu ((19 Jun 2005), PAS juga menuduh exco itu sendiri yang telah merosakkan keretanya.

• Itulah budaya PAS, lempar batu sembunyi tangan.


S1:Mengapakah pihak berkuasa keselamatan tidak mengeluarkan permit untuk ceramah di Batu Burok?


J1:(i) Lokasi ceramah yang tidak sesuai kerana terletak di kawasan istana, kediaman kakitangan awam, hakim dan orang awam.
(ii) Mendapat bantahan daripada penduduk kawasan setempat.
• Pihak berkuasa keselamatan telah meminta lokasi ceramah diubah ke tempat lain dan mereka bersetuju untuk mengubahnya ke Rusila.
• FAKTA: PAS telah mengadakan 400 buah ceramah dan 200 daripadanya adalah CERAMAH HARAM yang tidak diganggu oleh pihak polis.
• Takkan kerana 1 permit yang tidak diluluskan, PAS bertindak ganas?

S2:Mengapakah pihak pembangkang memilih tempat tersebut sebagai lokasi ceramah?

J2: Sebenarnya PAS tahu pihak berkuasa keselamatan tidak akan mengeluarkan permit untuk berceramah di situ tetapi ia SENGAJA diadakan untuk mengundang provokasi rusuhan.

• Inilah cara PAS bertindak untuk meraih simpati pengundi.


S3: Benarkah pihak berkuasa keselamatan bertindak ganas seperti yang digembar-gemburkan?

• J3: Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Pihak pembangkang telah mencabar kewibawaan pihak berkuasa dengan bertindak ganas dan anggota keselamatan yang terbabit hanya bertindak mempertahankan dirinya sendiri.

• POLIS JADI MANGSA KEGANASAN PAS (rujuk: http://ganulening.fotopages.com)


KESIMPULAN

Peristiwa membakar Jalur Gemilang telah menyentuh sentimen dan sensitiviti rakyat Malaysia secara keseluruhan. Ini menimbulkan persoalan tentang jati diri anggota parti pembangkang dan kesetiaan mereka kepada negara Malaysia. Adakah ini misi perjuangan PAS yang diterapkan kepada generasi muda dan pewaris kepada kemerdekaan? Jika dunia menuduh Islam itu ganas dan penganutnya pengganas serta agama yang mengamalkan kekerasan, sebenarnya PAS lah yang membuka laluan kepada label tersebut. PAS DERHAKA DAN PENGKHIANAT NEGARA. Parti-parti pembangkang yang lahir di negara ini adalah berasal dari serpihan orang-orang yang kecewa. Sakit hati, dengki dengan UMNO apabila kepentingan mereka tidak dilayan.

Oleh ‘E’ Team, Port Dickson 25 September

No comments: