Wednesday, August 29, 2007

PEMBANGUNAN WILAYAH ISKANDAR TIDAK MENGADAI NEGARA

PEMBANGUNAN WILAYAH ISKANDAR TIDAK MENGADAI NEGARA

Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) merupakan rancangan pembangunan lima tahun (2006-2010) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006. RMK-9 telah menetapkan dasar dan strategi utama negara ialah ke arah mencapai Misi Nasional iaitu mencapai status negara maju pada tahun 2020 (Wawasan 2020).

RMK-9 dijangka akan memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negara pada tahap yang lebih tinggi. Kini, RMK-9 telah menampakkan momentum pertumbuhan ekonomi negara mencapai hampir enam peratus bagi tahun ini dan ia dijangka akan berterusan sehingga 2008.

Rakyat wajar memahami bahawa matlamat RMK-9 adalah bertujuan mencapai pembangunan seimbang supaya masyarakat yang bersatu padu, progresif dan adil dapat dijelmakan secara utuh di negara ini. Seperti yang dijelaskan dalam pembentangan RMK-9 di Parlimen bahawa pertumbuhan ekonomi negara akan diurus secara pembangunan berasaskan sentuhan insan (development with a human touch). Ia lebih merupakan pembangunan yang berpusat kepada rakyat (people-centered development).

Cara pegurusan ekonomi seperti ini diyakini akan dapat dikongsi dan diagihkan kepada rakyat. Seluruh agensi dan jabatan kerajaan terutama yang bersifat memberi perkhidmatan terus kepada rakyat telah pun mula meningkatkan sistem penyampaian masing-masing. Elemen sistem penyampaian ini amat penting supaya pembangunan yang berasaskan sentuhan insan (development with a human touch) atau pembangunan yang berpusat kepada rakyat (people-centered development) ini akan benar-benar dapat manfaatnya kepada rakayat.

Kini kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah sedang rancak melaksanakan apa yang telah dirangka dan diprogramkan di bawah rancangan tersebut. Salah satu usaha atau pendekatan yang dilaksananakan di bawah RMK-9 ialah memacu pembangunan wilayah. Pendekatan pembangunan wilayah dilihat cara terbaik dalam mencapai pembangunan seimbang dan pengagihan kekayaan kepada semua rakyat termasuk di luar bandar.

Salah satu projek pembangunan yang sedang rancak berjalan ialah projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). WPI merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di Selatan Johor yang berpotensi menjadi kawasan pembangunan bertaraf antarabangsa. Dengan penduduk berjumlah 1.4 juta WPI memiliki kawasan seluas 2,217 kilometer persegi (tiga kali ssiz Singapura) merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (utara), Pelabuhan Tanjung Pelepas (barat daya) dan Pelabuhan Pasir Gudang (tenggara). Pembangunan Bandar Nusajaya yang dianggap pembangunan bandar terbesar di Asia Tenggara serta bertaraf dunia yang sedang kini dibangunkan turut terletak dalam WPI ini.

Seperti biasa setiap projek pembangunan kerajaan akan menerima kritikan yang datang dari pelbagai pihak, khususnya dari parti-parti pembangkang. Kerajaan sentiasa mengalu-alukan kritikan dan pandangan yang membina. Ini adalah amalan demoktarik yang sentiasa dilaksanakan oleh kerajaan. Namun, masalah timbul apabila ada pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda dan kepentingan sendiri menghentam dan mengkritik kerajaan dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas.

Dalam program WPI kerajaan dituduh akan menyerahkan kedaulatan negara kepada Singapura. Tuduhan ini dilemparkan atas alasan yang tidak betul kononnya dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Malaysia-Singapura untuk memantau pembagunan WPI akan membawa kepada tergadainya maruah dan kedaulatan negara.

Tudahan ini tidak berasas dan pihak yang mengkritik sebenarnya berada dalam kejahilan mengenai mekanisme pemantauan pembangunan di WPI.. Perlu diingat, seperti mana yang telah dijelaskan oleh kerajaan bahawa Jawatankuasa Khas Malaysia-Singapura bagi projek WPI hanyalah berfungsi sebagai panel yang dilantik untuk memudahkan urusan-urusan tertentu berkaitan selatan Johor dan Singapura seperti mengurus penggunaan kad pintar bagi proses keluar masuk, promosi pelancongan dan alam sekitar dan sebagainya. Is tidak memiliki kuasa esekutif sama sekali. Jkuasa akan berusaha mengoptimankan sinergi pertumbuhan dan pelaburan di WPI. Kepentingan komersial menjadi matlamat kita dan Singapura tertaktuk kepada semua syarat-syarat yang ditetap Malaysia.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun menegaskan bahawa Jawatankuasa ini bukanlah satu entiti perunding yang boleh memberi keputusan muktamad mengenai pembangunan di koridor selatan itu tetapi segala keputusan muktamad yang berkaitan dengan polisi adalah dibuat oleh Perdana Menteri dan jemaah Kabinet, bukannya jawatankuasa berkenaan. Selain itu Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (Irda) merupakan badan yang boleh membuiat keputusan berhubung pelaburan domestik dan asing di WIP. Juteru, tidak timbul kerajaan akan menyerahkan kedaulatan negara kepada Singapura. Jawatankuasa tersebut tidak mempunyai kuasa untuk meneliti segala bentuk pelaburan yang akan dibuat sebaliknya perkara ini berada dalam bidang kuasa pihak berkuasa Johor Selatan.

Hakikatnya WPI bukan untuk pelaburan Singapura semata-mata tetapi ia membuka penyertaan kepada negara-negara lain seperti Eropah, Asia Barat, China, Jepun, Korea , Taiwan dan lain-lain untuk melabur di WPI. Kerajaan juga akan memberikan peluang yang luas kepada pelabur tempatan dengan merangka inisiatif sosioekonomi kepada mereka. Segala langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk WPI adalah mengambil kira manfaatnya kepada negara dan rakyat.

WPI ini diyakini akan menarik lebih kurang RM47 bilion pelaburan dalam jangka masa lima tahun. Apa yang pasti ialah segala usaha pembangunan wilayah yang dirangka oleh kerajaan akan memberikan peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat dan peluang perniagaan, khususnya kepada kontraktor-kontraktor, ahli-ahli koperat dan para usahawan di negara ini. Rakyat mestilah mengambil kesempatan yang disediakan untuk meraih rezeki yang terbuka luas ini.

1 comment:

ari - prihatin said...

WPI dikatakan menggadai negara mungkin kerana ia berdekatan dengan Singapura lalu ia dicurigai. Mungkin mereka yang berpendapat demikian belum faham kerana keadaan ini pernah berlaku ketika peringkat awal setelah kerajaan mengumumkan DEB pada tahun 1970an dahulu. Sehinggakan parti politik tertentu menjadi begitu popular sebagai pembangkang dalam pilihanraya umum 1974 dengan hanya memainkan isu DEB. Setelah penjelasan demi penjelasan diberikan oleh kerajaan,rakyat mula memahami dan pada pilihanraya 1978 BN menang besar. Percayalah lama-kelamaan rakyat akan faham mengenai WPI ke, WPU ke,WPT ke atau WPSS ke. Daripada saya ialah, WP-WP ini merupakan perancangan bijak kerajaan membangunkan wilayah lain yang terabai setelah 50 tahun yang hanya tertumpu di Lembah Kelang sahaja. Sebenarnya inilah langkah yang kita tunggu-tunggu untuk kita lihat dilaksanakan selama ini. "Perahu sudah di air. Dayung sudah ditangan. Ayuh apa lagi...kayuh la". Kita boleh memberi sumbangan setidak-tidaknya memberikan idea. Gunakan formula 1H3W.