Monday, January 12, 2009

Malaysia catat sejarah: Sidang Khas Parlimen membahas kezaliman Israel

Kuala Lumpur, 12 Jan - Malaysia mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya menjadi satu-satunya negara di dunia yang membahaskan usul kekajaman ynag dilakukan oleh oleh rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestine di Gaza di Sidang Khas Parlimen.

Usul dikemukakan mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3) di Dewan Rakyat di bawah "Mengecam Serangan Rejim Zionis Israel ke atas Wilayah Gaza".

Sidang Khas Parlimen ini jelas mengambarkan komitmen kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza itu.

Menurut PM, ”Serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusian antarabangsa, piagam PBB serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 Perlindungan Orang-orang Awam dalam Masa Perang”

Perbahasan yang bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 11 malam itu dimulakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi dengan menyatakan sikap tegas Malaysia terhadap kekejaman yang berlaku.

Beliau mengusulkan kepada Dewan Rakyat supaya Malaysia bertindak menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyiasat dan mendakwa penjenayah perang Israel melalui penubuhan serta-merta satu tribunal jenayah antarabangsa untuk Palestin.

Selain itu, P M turut mengusulkan kepada dewan supaya mengambil keputusan menyampaikan resolusi ini kepada Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah.

Gencatan senjata turut di cadangkan dengan mengemukakan kepada Dewan untuk menggesa Majlis Keselamatan PBB membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Gaza. Badan berkenaan wajar memutuskan gencatan senjata serta menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasakan gencatan senjata itu.

Kesepakatan suara dan fikiran di kalangan semua ahli Parlimen sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang mengambarkan rasa kemanusiaan yang tinggi terhadap penderitaan ynag dihadapai oleh penduduk Palestine di Semenanjung Gaza.

Selain mengkritik Amerika Syarikat dan Israel persidangan khas tersebut telah menghasilkan resolusi yang mengandungi beberap perkara.

-- Megatrambai

No comments: