Tuesday, January 27, 2009

Dunia Islam tidak perlu taksub dengan Obama

Oleh Mohd Ayop Abd Razid

PENGGAL pentadbiran Presiden George W Bush sudah berakhir 20 Januari lalu. Penggantinya, Barack Hussein Obama, 48, sudah dinobatkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44 iaitu rakyat kulit hitam pertama dilantik presiden di sebuah negara yang dibina atas tumpahan darah kaum Red Indian.

Ada yang menggelar Obama sebagai ‘warga dunia’ kerana susur galur keluarganya daripada pelbagai keturunan. Bapanya dari Kenya, ibunya orang kulit putih Amerika, manakala bapa tirinya rakyat Indonesia.

Sejak awal kemenangannya, Obama dilihat akan membawa sinar dan harapan baru kepada dunia yang penuh dengan konflik kesan dasar ‘unilateral’ dan dasar perang diamalkan Bush sepanjang pentadbirannya selama lapan tahun. Francis Fukuyama, penulis buku The End of History menyatakan bahawa Israel sudah melaksanakan doktrin sebenar Bush di Gaza.

Menurut Fukuyama, peperangan adalah doktrin Bush yang mempercayai perubahan hanya boleh dilakukan melalui peperangan. Dengan kuasanya sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera AS, beliau menonjolkan keperibadiannya sebagai ‘Jeneral Perang’ yang suka menumpahkan darah umat Islam.

Kegilaannya terhadap perang terbukti apabila pada saat akhir pentadbirannya, Bush menyokong pencerobohan dan serangan kejam Israel ke atas Gaza pada 27 Disember lalu. Israel umpama ‘anjing gila’ yang dilepaskan tuannya untuk menerkam dan merobek dengan buas tubuh badan mangsanya.

Pencerobohan dan serangan Israel ke atas Gaza selama 22 hari itu seolah-olah melampiaskan naluri kebinatangan dan ketagihan Bush terhadap darah umat Islam. Demikianlah kegilaan seorang Presiden AS terhadap aktiviti perang yang mengorbankan banyak nyawa umat Islam di Afghanistan, Iraq dan Palestin. Tindakan wartawan Iraq, Muntadhar al-Zeidi melemparkan kasut ke arah Bush boleh diibaratkan lambang kebencian terhadap Bush.

Mampukah Obama membawa perubahan ke arah dunia yang lebih aman adalah sesuatu yang dinantikan? Selama ini AS mengamalkan dasar luarnya yang agresif dan keras, terutama ke atas negara yang tidak disenanginya. Dasar AS yang melindungi negara haram Israel menimbulkan konflik berpanjangan di rantau Asia Barat.

Konflik Israel-Palestin berlarutan 61 tahun dan ia menjadi masalah paling mendasar dalam hubungan AS dengan dunia Islam. Apakah ia akan berakhir dengan kemunculan Obama? Ketika berkempen untuk jawatan berprestij itu, Obama menjadikan slogan ’perubahan’ sebagai ‘mentera’ mujarab untuk meraih sokongan pengundi. Obama turut berjanji akan mengutamakan diplomasi sebagai dasar luarnya.

Diplomasi yang bagaimana? Apakah diplomasi untuk terus melunakkan semua negara Arab supaya menerima dan mengiktiraf kewujudan negara haram Israel? Walaupun ucapan Obama selepas mengangkat sumpah menampakkan kesediaannya untuk membina arah tuju baru terhadap dunia Islam, kita tidak nampak sikap sebenarnya terhadap konflik yang berlaku di Asia Barat, khususnya konflik Israel-Palestin.

Ramai penganalisis percaya Obama akan menampilkan dasar yang berbeza daripada Bush dengan mengutamakan pendekatan diplomasi atau sekurang-kurang mengimbangi di antara dasar keras dan dasar lembut.

Apa pun, dunia Islam tidak boleh bergantung harap sepenuhnya kepada Obama. Dunia Islam perlu ada keberanian dan kemerdekaan diri dalam mengatur langkah membina kekuatan secara bersepadu untuk berdepan sebarang kemungkinan yang mungkin dilakukan pelobi Yahudi bagi mempengaruhi Obama. Zionis Israel tidak akan duduk diam selagi cita-citanya menguasai seluruh bumi Palestin tidak tercapai. Dunia Islam juga jangan lupa dengan rancangan AS untuk menyerang Iran.

Walaupun Obama dilihat akan menggunakan pendekatan diplomasi dengan mengutamakan kepentingan bersama dan saling menghormati, ia bukan jaminan AS dan Israel untuk tidak menggunakan kekerasan ke atas negara republik Islam itu. Iran adalah satu-satunya negara Islam yang tidak mahu tunduk kepada tekanan AS.

Jika berlaku serangan, pastinya Iran sangat mengharapkan sokongan padu dunia Islam untuk menghalang kejahatan AS dan Israel. Sejak awal lagi rejim Zionis sudah mengatur strategi untuk memastikan Obama akan tetap mengikut telunjuknya. Obama melantik Rahm Emanuel, berketurunan Yahudi ortodoks sebagai Ketua Staf Rumah Putih.

Emanuel adalah seorang strategis ketika pentadbiran Bill Clinton. Beliau juga pernah menganggotai kumpulan Irgun, sebuah pertubuhan haram ultranasionalis yang wujud sekitar 1940-an yang mana datuknya, Ezekiel adalah penyeludup senjata untuk kumpulan pengganas itu. Satu lagi kumpulan haram Yahudi yang sealiran ialah kumpulan pengganas Hagana.

Kedua-dua kumpulan terbabit bertanggungjawab melakukan penyembelihan ke atas rakyat Palestin ketika itu. Ketika Perang Teluk pertama, Emanuel menyertai Israel Defence Forces (IDF). Obama turut membawa masuk ke kabinetnya, Carol Browner, bekas orang kanan Madeleine Albright, bekas Setiausaha Negara AS.

Obama juga mempunyai hubungan dengan ramai rakan Yahudi seperti Saul-Alinsky, mentornya di Chicago, Hakim Abner J Mukva, Jay Teatch, Pengarah Majlis Komuniti Yahudi Chicago, Geral Kellman, Robert Schrayer dan banyak lagi. Perlu diingat, di antara faktor kemenangan Obama pada 4 November lalu disebabkan beliau menerima sokongan besar pengundi Yahudi. Di Florida, undi minoriti Yahudi menjadi penentu kepada kemenangan Obama.

Fakta lain yang perlu difahami ialah daripada 300 juta penduduk AS, hanya enam juta orang Yahudi di negara itu, namun pengaruhnya cukup besar dalam politik, ekonomi dan budaya AS. Komuniti Yahudi mempunyai lebih 55 pertubuhan yang aktif dan berpengaruh di seluruh AS. Antara pertubuhan pelobi Yahudi yang sangat berpengaruh ialah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC). AIPAC ditubuhkan pada 1953 dengan nama asalnya American Zionist Committee for Public Affairs.

Kesimpulannya, kenyataan Obama untuk memberi perhatian ke atas isu Palestin serta mencari jalan damai konflik Israel-Palestin adalah sama seperti biasa diucapkan oleh Presiden AS terdahulu. Tidak ada satu kenyataan konkrit dan tegas daripada Obama bahawa beliau akan menegakkan keadilan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Pernah dalam ucapannya pada majlis anjuran badan pelobi Yahudi itu di Chicago, Obama menyebut bahawa Israel adalah sekutu kuatnya dan paling berpengaruh di rantau Asia Barat. Justeru, Obama harus memiliki keberanian dan keupayaan untuk membetulkan tindakan dan tingkah laku Israel di bumi Palestin.

-- BH 28/1/09

Tuesday, January 20, 2009

Barack Obama inauguration
-
Barack Obama has received the votes, and the money, of about 80 percent of American Jews. The new president can thus permit himself to reexamine the "special relationship" with Israel, especially with regard to its shared values with the United States and its contribution to American interests.
-

Penstrukturan semula RTM banyak manfaat
Oleh Mohd Ayop Abdul Razid
-
BADAN penyiaran memainkan peranan cukup penting untuk menerang dan memberi liputan secara meluas mengenai dasar serta rancangan kerajaan kepada rakyat. Justeru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai agensi penyiaran negara tidak boleh kekal dalam keadaan statik. Stesen TV yang dikendalikannya perlu menjadi saluran media negara berwibawa, cekap dan berkesan, khususnya dalam mengurus dan menyalurkan maklumat serta memberi pendidikan dan hiburan kepada rakyat.
-
Langkah penstrukturan semula RTM yang diperkenalkan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dilihat sebagai perubahan yang selari dengan perkembangan dan kecanggihan teknologi penyiaran dunia hari ini. Penyiaran global hari ini semakin menuju ke arah pendigitalan.
-
Cirinya adalah lebih efisien, berkualiti dan interaktif. Amerika Syarikat (AS) dan banyak negara Eropah sudah melaksanakan pendigitalan dalam siaran TV mereka. Beberapa negara Asean seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam sudah melaksanakan sistem itu. Malah, Myanmar, negara yang dianggap miskin juga sudah mula melangkah ke arah pendigitalan.
-
Penstrukturan semula menekankan dua perubahan utama. Pertama, melaksanakan proses pendigitalan bagi menggantikan sistem analog yang dipakai selama ini. Kedua, penstrukturan semula isi kandungan program yang lebih bermutu dan menarik. Proses pendigitalan dilihat sebagai langkah dinamik ke arah mempersembahkan siaran TV yang lebih bermutu.
-
Pada 2012 nanti, RTM akan menggunakan sepenuhnya sistem digital dalam siaran TV kendaliannya. Tempoh tiga tahun diperlukan kerana ia adalah satu proses yang memerlukan kepakaran, pengalaman, latihan dan penyusunan semula kakitangan serta memerlukan peruntukan kewangan yang besar.
-
Menjelang tahun itu, saluran RTM dijangka bertambah daripada dua kepada 19 saluran atau mungkin lebih. Ini bermakna, lebih banyak bahan dapat disalurkan kepada rakyat. Dasar RTM mengutamakan filem keluaran tempatan. Justeru, pertambahan saluran akan memberi peluang kepada penerbit filem tempatan memasarkan filem, drama dan dokumentari tempatan yang dihasilkan.
-
Penerbit muda, terutama graduan yang mengikuti kursus seni dan perfileman termasuk penerbitan filem animasi dan muzik turut berpeluang menghasilkan hasil kreatif mereka. RTM sudah memulakan pengkhususan siaran kandungan melalui dua saluran sedia ada. Awal tahun ini, TV1 (saluran Informasi) dijadikan saluran berita di samping menyiarkan kandungan bersifat pengetahuan dan maklumat dalam bentuk dokumentari, rencana, temu bual dan diskusi.
-
TV2 (Dunia Ria) pula menjadi saluran hiburan yang menghidangkan pelbagai filem tempatan dan luar negara. Berita TV1 merangkumi berita nasional dan berita bersifat wilayah serta daerah. Berita bersifat breaking news juga akan menjadi sebahagian nafas baru TV1. Breaking news akan disiarkan apabila berlaku sesuatu peristiwa yang perlu diketahui rakyat dari semasa ke semasa.
-
Contohnya, peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini mendapat liputan dari semasa ke semasa. Jika diteliti, usaha dibuat oleh RTM adalah usaha kementerian terbabit mengurus maklumat secara profesional, terarah dan berkesan.
-
Siaran berita, khususnya waktu malam disiar secara berurutan dalam pelbagai bahasa bermula 7.30 malam dengan Nasional@1 (Tamil), diikuti 8 malam dengan Nasional@1 (Mandrin), 8.30 malam Wilayah@1 (bahasa Melayu) dan pada jam 9 malam Nasional@1 (bahasa Melayu) mula memberikan kesan positif kepada rakyat. Misalnya, berita nasional dalam bahasa Melayu yang disiarkan pada 9 malam kini dapat ditonton oleh ramai orang.
-
Berita wilayah dan daerah pula memberi peluang kepada penduduk kawasan terbabit mengetahui dengan lebih jelas perkembangan yang berlaku di kawasan mereka. Satu lagi kebaikan ialah semua kandungan berita dalam pelbagai medium bahasa dapat dikawal dan diurus secara profesional supaya memenuhi aspirasi dan agenda nasional.
-
Penstrukturan semula isi kandungan juga memperlihatkan keupayaan RTM memenuhi beberapa prinsip dan ciri penyiaran unggul iaitu siaran dapat diterima oleh semua rakyat (kesejagatan geografik), memenuhi kepentingan dan cita rasa dalam negara (kesejagatan kepentingan), pelbagai segmen dalam kehidupan masyarakat ditonjolkan, golongan minoriti diberi tempat sewajarnya, menggalakkan semangat identiti nasional dan komuniti serta merangsang saingan untuk menerbitkan rancangan lebih bermutu.
-
Perkembangan industri televisyen dunia masa kini menampakkan dua aliran yang menonjol dari segi keutamaan isi kandungan. Pertama, kebanyakan televisyen di dunia sudah menjadi satu alat hiburan semata-mata. Justeru, hampir semua syarikat hiburan gergasi seperti Sony, Warner, Fox, Disney dan Virgin berusaha mendominasi isi kandungan skrin televisyen di kebanyakan negara.
-
Kedua, penonjolan syarikat berita global seperti National Broadcasting Corporation (NBC), American Broadcasting Corporation (ABC), British Broadcasting Corporation (BBC) dan Cable Network News (CNN).
-
Namun, di AS penonton syarikat berita global seperti CNN adalah jauh berkurangan daripada penonton bagi Muzik TV, Sports TV dan saluran filem. Justeru, ramai pemikir masyarakat bimbang bahawa dunia hiburan yang keterlaluan akan merosakkan generasi muda AS. Penstrukturan semula RTM mengambil kira kedua-dua aliran terbabit.
-
Di negara kita matlamat televisyen bertujuan menerang dan memberi liputan secara meluas serta mendalam mengenai dasar dan rancangan kerajaan supaya berlaku perubahan sikap yang positif di kalangan rakyat di dalam menjayakan agenda nasional.
-
Selain itu, ia membantu mewujudkan perpaduan nasional melalui kesedaran sivik dan perkembangan seni serta kebudayaan Malaysia. Kita tidak nafikan keperluan kepada hiburan, namun, persoalan timbul apabila stesen milik swasta mempunyai hak untuk menyiarkan sebarang filem dan rancangan yang dikehendakinya.
-
Hari ini, wujud fenomena stesen TV kita dibanjiri dengan pelbagai filem hiburan dari luar yang boleh meruntuhkan nilai moral dan kemanusiaan. Dalam konteks ini, saya kira kerajaan perlu mengkaji dan membincangkan keperluan penggubalan satu dasar baru penyiaran nasional sebagai sebahagian daripada dasar informasi negara yang terarah dan berkesan.
-
Singapura adalah negara yang mengawal semua perkara berkaitan penyiaran. Di negara kita banyak agensi terbabit dalam hal penyiaran mengikut bidang kuasa masing-masing seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Dalam Negeri. Justeru, kita perlu menyemak semula perkara ini supaya agenda nasional dapat disalurkan dengan berkesan melalui media televisyen, sekali gus dapat membina identiti masyarakat yang terarah.
-
BH 21 Jan 2008

Saturday, January 17, 2009

  • PAS PEMENANG PERTARUNGAN SENGIT DI P036 KUALA TERENGGANU.TAHNIAH UNTUK PAS.
  • PAKATAN RAKYAT TAMBAH SATU LAGI KERUSI DI PARLIMEN (82+1=83 KERUSI. BN merosot kepada 137 orang )
  • PERINGATAN: WAKIL-WAKIL RAKYAT UMNO BN JANGAN RASA SELESA DENGAN KERUSI EMPUK ANDA. NASIB ANDA BELUM TENTU LAGI PADA PR KE 13 NANTI
  • BERUBAH DARI SEKARANG,JIKA TIDAK ANDA HANCUR.
  • JANGAN PANDANG ENTENG TANDA-TANDA KEJATUHAN (Sendiri fikir sendiri jawaplah)





Sumber grafik: malaysia Insider

Wednesday, January 14, 2009



Tales from Gaza
“I found my Ukranian wife and son torn to pieces… and my baby’s feet.”
To know more about it, please access Palestine monitor portal news


Tales from Gaza

“We could hear their bodies burning”. Gazans’ testimonies raise fears over chemical weapons

To know more about it, please access Palestine monitor portal news

Tuesday, January 13, 2009

10 Resolutions Tabled By PM

1. CONDEMNN strongly the Israeli military attacks on the Palestinian Territory of Gaza, which has claimed the lives of Palestinian civilians, including women, children, infants and the elderly, and urges the full withdrawal of Israel from Gaza;

2. Urge the United Nations Security Council to compel Israel to immediately cease its military attacks on Gaza through a ceasefire and to deploy a United Nations peacekeeping force to enforce the ceasefire;

3. Urge the United Nations General Assembly to convene an Emergency Special Session of the United Nations General Assembly - "Uniting For Peace" - under Resolution 377A(V) if the council fails to implement its decisions as adopted on Jan 8;

4. Urge the parties involved to continue efforts towards the peace process as well as implement and adhere to the resolutions adopted by the United Nations on the issue of Palestine and the Arab- Israeli conflict;

5. Decide for Malaysia to work with member states of the Organisation of Islamic Conference, Non-Aligned Movement, Arab League and other like-minded states to uphold the principles of international law and the Charter of the United Nations in addressing the conflict in the Middle East;

6. Express the solidarity of the Malaysian people towards the cause of the Palestinian people in establishing an independent and sovereign Palestinian state;

7. Urge the Palestinian people to unite in safeguarding their inalienable rights and establishment of an independent and sovereign Palestinian state;

8. Appeal to the international community to immediately extend humanitarian contributions to the people of Gaza;

9. Urge the United Nations General Assembly to immediately establish an International Criminal Tribunal For Palestine to investigate and prosecute suspected Israeli war criminals involved in the brutal and aggressive acts on the Palestinian people; and,

10. Decide to transmit this resolution to all relevant legislative assemblies and parliaments, especially the United States Congress, the British Parliament and the European Parliament.

Source: New Straits Times

Monday, January 12, 2009

Malaysia catat sejarah: Sidang Khas Parlimen membahas kezaliman Israel

Kuala Lumpur, 12 Jan - Malaysia mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya menjadi satu-satunya negara di dunia yang membahaskan usul kekajaman ynag dilakukan oleh oleh rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestine di Gaza di Sidang Khas Parlimen.

Usul dikemukakan mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3) di Dewan Rakyat di bawah "Mengecam Serangan Rejim Zionis Israel ke atas Wilayah Gaza".

Sidang Khas Parlimen ini jelas mengambarkan komitmen kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza itu.

Menurut PM, ”Serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusian antarabangsa, piagam PBB serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 Perlindungan Orang-orang Awam dalam Masa Perang”

Perbahasan yang bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 11 malam itu dimulakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi dengan menyatakan sikap tegas Malaysia terhadap kekejaman yang berlaku.

Beliau mengusulkan kepada Dewan Rakyat supaya Malaysia bertindak menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyiasat dan mendakwa penjenayah perang Israel melalui penubuhan serta-merta satu tribunal jenayah antarabangsa untuk Palestin.

Selain itu, P M turut mengusulkan kepada dewan supaya mengambil keputusan menyampaikan resolusi ini kepada Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah.

Gencatan senjata turut di cadangkan dengan mengemukakan kepada Dewan untuk menggesa Majlis Keselamatan PBB membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Gaza. Badan berkenaan wajar memutuskan gencatan senjata serta menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasakan gencatan senjata itu.

Kesepakatan suara dan fikiran di kalangan semua ahli Parlimen sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang mengambarkan rasa kemanusiaan yang tinggi terhadap penderitaan ynag dihadapai oleh penduduk Palestine di Semenanjung Gaza.

Selain mengkritik Amerika Syarikat dan Israel persidangan khas tersebut telah menghasilkan resolusi yang mengandungi beberap perkara.

-- Megatrambai

Sunday, January 11, 2009

Israeli tanks rolling into Gaza City

Sunday, 11 Jan: Israeli ground forces with tanks rolling into Gaza City most populated area causes infantry fighting urban warfare in streets and buildings with Hamas. Hamas militants kept up their rocketing of southern Israel.
Israel Prime Minister, Ehud Olmert said Israel had made progress in its objectives in the Gaza offensive but was not finished yet.
The conflict Israel invasion on Gaza began Dec. 27 and till today at least 870 Palestinians, about half of them civilians, have been killed in the conflict. Israel and Hamas have ignored a U.N. Security Council resolution calling for an immediate and durable cease-fire.

Friday, January 9, 2009

Eight ways you can help the people of Palestine
-
1. Demonstrate: Join a Peaceful Protest and let your voice be heard
-
2. Donate Money - The Palestinian people are in urgent need for your donations for urgent medical aid
-
3. Lobby Your MP. Get your community to write, call and meet your Member of Parliament. Our MPs have been elected to serve us and we should make sure that we contact them and pressurise them to do something against this Israeli brutality. Lobby your MP to sign or initiate an Early Day Motion that calls on our government to condemn the Israeli government for massacre of Palestinians.
-
4. Sign the petition.
-
5. Get yourself heard. Participate by writing letters to the editor and taking part in television, radio and online discussion forums. Remember to keep your points succinct and polite.
-
6. Seek Coalitions. Change starts at home so you might also wish to seek local coalitions and work with people around you, of all faiths, to highlight the plight of the Palestinians. This is an issue of humanity and we should work to seek coalitions across faiths.

-
7. Call the Foreign & Commonwealth Office - Express your concern with the Foreign & Commonwealth Office, please call 020 7008 1500.
-
8. Remember the power of prayer. MCB is initiating amongst its affiliates and the ulema Special prayers, Qunooot Al-Nazilah, this prayer of the Prophet is recited when Muslims face calamities.
-
Remember this:
As we protest peacefully and make our voices heard, please ensure that we are vigilant against any form of hatred or violence that may be perpetuated in the name of this passionate cause. We must make clear that our opposition is to the state of Israel and to its assault on the Palestinian people.
-
further information, please access islamonline

Tuesday, January 6, 2009






Israel melampaui batas kemanusiaan
Oleh Mohd Ayop Abd Razid
-
SERANGAN ganas Israel ke atas Gaza sejak 27 Disember lalu membuktikan hasrat Israel untuk menguasai wilayah terbabit. Sebelum ini, ketika membuat lawatan di Kaherah pada Disember lalu, Menteri Luar Israel, Tzipi Livni mengancam untuk menjatuhkan kerajaan Hamas di Gaza.
-
Setakat ini serangan itu sudah mengorbankan lebih 500 nyawa, kebanyakannya orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Seluruh dunia mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan itu.
-
Apa yang mampu dilakukan pejuang keamanan dan kemanusiaan sejagat ialah membantah dan mengutuk tindakan kejam Israel. Bagi mujahidin, terutama yang berpusat di Asia Barat, semangat jihad untuk menentang kekejaman Israel terus membara. Kita tidak nampak apa yang boleh dilakukan oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) selain mengadakan persidangan dan mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan Israel.
-
Setakat ini, usul yang cuba dibawa oleh dunia Arab untuk mengutuk Israel dan mendesak serangan ke atas Gaza dihentikan segera ditolak mentah-mentah oleh Amerika Syarikat (AS). Presiden George W Bush terus mempertahankan tindakan ganas rejim Zionis itu. Pemimpin Islam di seluruh dunia hanya mampu menyeru supaya dunia Islam bersatu tetapi realiti yang berlaku ialah tidak wujud 'wahdatul fikr' di kalangan mereka.
-
Mesir sendiri mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. Usaha memboikot produk keluaran Yahudi dan AS bukannya seruan baru. Setiap kali peristiwa hitam menyelubungi bumi Palestin, seruan itu akan berkumandang tetapi ia bersifat 'hangat-hangat tahi ayam'. Justeru, tidak hairanlah pelbagai jenama AS seperti ayam goreng, burger, minuman, rokok dan produk lain yang dikuasai pemodal Yahudi terus bertahan di kebanyakan negara Islam.
-
Mampukah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengembalikan hak rakyat Palestin seperti terkandung dalam komitmen Persidangan Annapolis yang dibuat antara Presiden Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Ehud Olmert di Annapolis, Maryland di Amerika pada 27 November 2007?
-
Sukar rasanya untuk PBB berpendirian tegas selagi badan dunia itu bersandiwara di bawah telunjuk AS. Zionis dan AS adalah gabungan kuasa 'syaitan' yang memiliki sifat 'megah diri' atau kesombongan yang melampaui batas moral manusia.
-
Dalam tradisi Yunani sifat itu digelar 'hubris' yang terkandung dalam kisah pertarungan antara Achilles dan Hector di Troy. Kisah pertarungan mereka diabadikan dalam Iliad, karya Homer, sasterawan agung Yunani. Dalam pertarungan itu, Hector ditewaskan dan sebelum ia mati, Hector meminta supaya mayatnya dipulangkan secara terhormat.
-
Namun, Archilles yang memiliki penyakit 'hubris' bertindak mengheret Hector di hadapan pintu gerbang kota Troy selama dua belas hari berturut-turut. Kezalimannya itu adalah didorong oleh nafsu buas dan rasa berkuasa yang wujud dalam dirinya.
-
'Hubris' lebih kepada sifat dendam kesumat dan bukannya sifat menegakkan keadilan. Demikianlah sifat yang dimiliki Israel dan AS yang sentiasa menunjuk kekuasaannya ke atas rakyat Palestin yang lemah dan serba kekurangan.
-
Ideologi Zionis yang didokong oleh pelbagai kumpulan Yahudi menjadikan fahaman perkauman sebagai teras kepada ajaran Zionisme. Atas semangat perkauman dan gerakan kebangsaan inilah Zionisme membina negara haram Israel di Palestin.
-
Ia bermula apabila pada 1897 diadakan kongres Yahudi di Basel, Switzerland yang menghasilkan 'Program Basle'. Antara lain ia memutuskan akan membentuk sebuah negara Yahudi di Palestin. Untuk mencapai impian itu, pergerakan Zionis yang diasaskan oleh Herzl (1860-1904) berubah menjadi gerakan politik bersifat perkauman.
-
Hasrat untuk menubuhkan negara Yahudi terkandung secara rasmi dalam Deklarasi Belfour 1917. Ia didukung kuat oleh Barat seperti terkandung dalam 'Churchill White Paper' (Januari 1922). Memang jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah Palestin adalah menerusi meja rundingan dan usaha damai.
-
Namun, sepanjang kewujudan negara haram Israel pada 1948 sehingga kini, berpuluh perjanjian damai dibuat dan ratusan resolusi dikeluarkan Majlis Keselamatan PBB tetapi semuanya tidak dipatuhi rejim Zionis. Adilkah hanya darah umat Islam Palestin yang ditumpahkan tanpa sebarang tindak balas daripada Mujahidin yang berpusat di Asia Barat.
-
Apabila Hamas, Hizbullah dan gerakan Mujahidin lain bertindak, maka ia dilabel sebagai pengganas. Adilkah ini? Hakikatnya Israel perlu ditentang melalui jihad ketenteraan. Persoalannya, negara Islam mana yang bersedia dan mampu mengepalainya?
-
Mampukah seluruh negara umat Islam menggembleng kekuatan di bawah satu kepemimpinan (khalifah) selepas sekian lama khalifah terakhir umat Islam, Turki Uthmaniyah runtuh pada 1924. Yang menyedihkan kita ialah Fatah dan Hamas yang sudah lama berjuang bersama untuk membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman Israel akhirnya bermusuh sesama sendiri.
-
Semuanya kerana permainan licik Zionis, AS dan Eropah. Sejak Hamas memenangi pilihan raya Parlimen Palestin pada Januari 2006, Israel, AS dan Eropah cuba menyingkirkan Hamas melalui pelbagai usaha termasuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas Gaza. Perjanjian Makkah pada Disember 2006 yang termeterai untuk membentuk kerajaan campuran tidak disenangi oleh mereka.
-
Condoleeza Rice dan Keith Dayton berjaya memainkan isu perbezaan politik yang akhirnya mencetuskan perbalahan dan pertumpahan darah antara Hamas dan Fatah di Gaza pada Jun 2007. Pemimpin Fatah seperti Mahmoud dan Muhammad Dahlan sanggup bersekongkol dengan AS untuk menjatuhkan kerajaan Hamas.
-
Kejayaan Hamas menguasai Gaza memberi alasan untuk Israel mengetatkan sekatan ekonominya ke atas Gaza. Israel juga berjaya mempengaruhi Mesir untuk menutup sempadan Gaza-Mesir. Tindakan Israel ini menyebabkan bantuan kemanusiaan dari PBB disekat hingga mencetuskan krisis kemanusiaan paling teruk dalam sejarah peradaban manusia.
-
Usaha jahat AS dan Barat menjadi semakin mudah apabila Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bawah Mahmoud Abbas yang membentuk kerajaan Tebing Barat mengisytihar Gaza sebagai wilayah pengganas. Mahmoud mendapat sokongan kuat AS dan Eropah yang mencurahkan berjuta dolar untuk melatih dan menguatkan pasukan keselamatannya.
-
Tindakan ganas Israel ke atas Semenanjung Gaza adalah cabaran ke atas pentadbiran Barack Obama yang akan menduduki Rumah Putih pada 20 Januari nanti. Dunia tahu bahawa AS mengamalkan dasar melindungi dan mempertahankan negara haram Israel.
-
Justeru, secara peribadi, saya melihat Obama akan terus memihak kepada rejim Zionis Israel kerana pengaruh Zionis begitu kuat dan kukuh dalam Kongres, Senat dan 'Rumah Putih' AS.
-
BH 7 Jan 2009
SERUAN:
-
AYUH SAMA-SAMA JAYAKAN TINDAKAN PEMBOIKOTAN PRODUK YAHUDI DAN AMERIKA SYARIKAT LAKNATULLAH. KENTALKAN KEAZAMAN.... KAWAL NAFSU TERLIUR ANDA TERHADAP PRODUK MEREKA.
-
PASTIKAN TINDAKAN ANDA TIDAK BERSIFAT "HANGAT-HANGAT TAHI AYAM". JGN LUPA DOA DAN MUNAJAT, JAUHI DOSA MAKSIAT SUPAYA DOA DAN MUNAJAT ANDA DITERIMA ALLAH SWT.
-
KEPADA ANAK MUDA JAUHI BUDAYA YAHUDI DAN NASRANI, KEMBALI BERPAUT KEPADA AJARAN ISLAM.
-
INILAH JIHAD YANG MAMPU KITA LAKUKAN. JIHAD QITAL PULA MEMERLUKAN KERAJAAN-KERAJAAN DI NEGARA UMAT ISLAM BERSATU DAN MENGAMBIL TINDAKAN KETENTERAAN.INILAH PEPERANGAN YG DIIZINKAN ALLAH SWT DEMI MEMBELA UMTA ISLAM YG DITINDAS DAN DIZALIMI.
-
NAMUN, APAKAN DAYA KEBANYAKKAN PEMIMPIN-PEMINPIN NEGARA ISLAM MEREKA HIPOKRIT KERANA BERSEKONGKOL DGN AS. LIDAH DAN HATI MEREKA TIDAK SELARI, "TELUNJUK LURUS, KELINGKING BERKAIT".
-
MOGA ALLAH MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADA PARA MUJAHIDIN PALESTIN, MUJAHIDIN HIZBULLAH DAN SELURUH MUJAHIDIN DI ASIA BARAT, BAHKAN SELURUH DUNIA, TERMASUK DI MALAYSIA.
-
KETERANGAN LANJUT BOIKOT SILA LAYARI:

Sunday, January 4, 2009

Israel gempur Gaza
Pesawat pejuang, kereta kebal bedil Hamas
-
BANDAR RAYA GAZA: Selepas melancarkan serangan udara selama lapan hari, tentera Yahudi awal pagi semalam mara memasuki Gaza dalam fasa kedua pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 485 orang.
-
Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.
Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh dan Hamas mendakwa berjaya menawan dua askar Israel.
-
"Kamu memasuki Gaza seperti tikus. Gaza akan menjadi kubur anda, Insya Allah," kata jurucakap Hamas, Ismail Radwan, merujuk kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel.
Hamas yang dipercayai mempunyai 20,000 anggota bersenjata, turut melancarkan 25 lagi roket ke wilayah Israel.
-
Ambulans tentera dilihat membawa askar Yahudi yang cedera ke hospital di bandar selatan Israel, Beersheba. Tentera Israel melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera, dua parah, manakala 23 warga Gaza maut.
-
Pegawai tentera dan saksi Palestin pula dilaporkan berkata, satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim, yang ditinggalkan Israel ketika regim Yahudi itu keluar dari Gaza pada 2005.
-
Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya. Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah Israel.
-
Pada masa sama, pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.
-
Bot tentera laut Israel turut memberi sokongan dengan membedil ibu pejabat perisikan Hamas di bandar raya Gaza, kawasan pelancaran roket dan tempat anggota marin Hamas berkubu.
Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza, tetapi bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka yang menjadi tempat militan melancarkan roket dan bedilan meriam.
-
Penduduk daerah utara Gaza, al-Attatra, berkata askar Israel memeriksa setiap rumah dengan memecahkan dinding, tetapi kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri.
-
Israel mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera dengan sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban. Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut. - AP BH 5 Jan 2009