Sunday, September 21, 2008

Tambatan ringgit mungkin dilaksanakan semula
megatrambai 21 Sept.2008
SEBAIK mengambil alih portfolio Kewangan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mula merencanakan sesuatu untuk membaiki keadaan ekonomi negara. Beliau dijangka akan menghadiri taklimat 'luar biasa' di Kementerian Kewangan esok. Di antara mauduk yang dijangka akan dibincangkan ialah mengenai sistem tambatan ringgit. Sama ada sistem yang pernah dilaksanakan semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir itu akan dilaksanakan semula akan ditentukan oleh Datuk Seri Najib nanti.
--
Ketika negara berhadapan dengan krisis matawang serantau (1997/98), pentadbiran Mahathir ketika itu melaksanakan sistem tambatan ringgit dengan menetapkan kadar tukaran ringgit pada RM3.80 bagi setiap dolar AS. Ia adalah sebagai langkah mengawal tukaran asing berpilih untuk mengelakkan ekonomi negara terus menjunam. Pada 21Julai 2005 kerajaan telah menarik balik sistem tersebut dan nilainya kemudian ditentukan dengan mengapungkannya
Menurut Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, "Pelbagai perkara akan dibincangkan termasuk sistem tambatan ringgit dan kita juga akan memberi berita-berita tentang kedudukan terkini bagi memboleh Datuk Seri Najib membuat keputusan berhubung perkara-perkara yang sepatutnya."
--
Kejatuhan nilai mata wang AS akhir-akhir ini memberikan kesan buruk kepada ekonomi global. Negara kita tidak terkecual dari menerima kesannya. Dengan kesan kejatuhan dolar AS kali ini maka kemungkinan besar sistem ini akan dilaksanakan semula adalah perkara yang akan ditentukan Datuk Seri Najib nanti. Di antara rasional yang mungking dilihat kerajaan ialah untuk mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara. Inilah yang disarankan Tun Dr Mahathir Mohamad seperti mana yang dilaporkan akhbar hari ini.

No comments: