Saturday, September 20, 2008


Hadi Ingatkan Ahli PAS tak terpengaruh tubuh kerajaan baru
Preside PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta supaya semua ahli Pas tidak terlalu taksub dengan usaha membentuk kerajaan baru sehingga mengenepikan ideology parti itu untuk menubuhkan kerajaan Islam. Beliau menegaskan adalah tanggungjawab pengikut PAS supaya konsisten dengan dasar perjuangan yang berlandaskan Islam dalam apa jua situasi sekali pun. Beliau turut menasihati agar mengikut arahan pemimpin – pemimpin mereka.
--
"Kita minta pengikut-pengikut Pas setia kepada perjuangan. Ikut arahan, jangan lari daripada jemaah walau apa sekali pun yang berlaku. Ini tanggungjawab ahli," katanya. Abdul Hadi turut menegaskan PAS sama sekali tidak akan menyertai kerajaan baru jika ianya tidak berlandaskan Islam. "Walaupun 16 September sudah lepas tetapi kita berusaha nak buat perubahan. Perubahan untuk menukar kerajaan,”tambahnya. –Malaysia Today
--------
Megat melihat apa yang tersirat:

1. Haji Hadi bimbang kejayaan Anwar @ PKR menerajui negara akan mengagalkan hasrat PAS untuk menegakkan negara Islam.

2. Hadi Hadi tidak begitu yakin dengan projek Anwar tetapi TG Nik Aziz beria-ia mempertahankan kemampuan Anwar membentuk kerajaan baru.

3. Pertarungan ideologi akan terus menjadi masalah utama di kalangan komponen Pakatan Rakyat. Justeru adalah mustahil untuk Pas kekal berada dalam PR.

4. Sudah ada di dalam Pas golongan yang pro-Anwar yang akan memastikan Anwar dinobatkan sebagai PM. Di dalam Pas telah ada golongan moderat yang dikenali kumpulan ’Endergon’.

5. Bibit keretakan Pas mula terserlah apabila berlakunya perbalahan antara Mustafa Ali dan Mursyidul AmPas, TG Nik Aziz. Perbalahan ekoran kritikan TG Nik Aziz terhadap kenyataan Mustafa Ali dalam wawancaranya dengan Harakah dan Utusan Malaysia tempoh hari yang menyatakan usaha Anwar untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September tidak akan menjadi kenyataan. TG NIk Aziz melihat kenyataan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu bercanggah dengan apa yang diputuskan dalam Muktamar PAS di Ipoh beberapa bulan lalu sehingga NIK Aziz menyatakan PAS Terengganu tersalah pilih Pesuruhjayanya.
-- megatrambai

No comments: