Wednesday, September 17, 2008


Abdullah-Najib bertukar portfolio
!7 September: Semua berita tv jam 8.00 malam, termasuk Bernama.com melaporkan pertukaran portfolio yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah dan Dato' Seri Najib Tun Razak bertukar portfolio Menteri Pertahanan dan Kewangan yang dilihat sebagai sebahagian daripada proses penyerahan kuasa pada Jun 2010.
Abdullah mengambil portfolio pertahanan dari Najib sementara Najib mengambil alih portfolio kewangan. Mereka juga komited dengan plan dan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini. Abdullah akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan Najib sebagai Timbalan Presiden parti dalam pemilihan Umno Disember ini.
Dalam keadaan ketidak tentuan ekonomi hari ini, Abdullah yang bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya yakin Najib akan dapat melaksanakan tugasnya sebagai menteri kewangan. Najib turut berasam dalam sidang media tersebut.
Sebagai Menteri Kewangan yang berkuatkuasa serta merta mulai semalam, Najib diharap dapat menemui pelabur dan pengurus dana semasa di New York untuk menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan.
Dalam sidang media itu juga, Abdullah mengumumkan Najib kini mengambil alih jawatan Timbalan Pengerusi Khazanah ynag sebelum ini sebelum ini disandang oleh Abdullah.
Najib pula melihat langkah Perdana Menteri melantiknya sebagai Menteri Kewangan menggambarkan keikhlasan Abdullah bahawa beliau adalah penggantinya kelak.
-- Megatrambai

No comments: