Sunday, November 18, 2007

PERHIMPUNAN HARAM TINDAKAN TIDAK MATANG PEMBANGKANG

Belum pun reda kes perhimpunan haram di Batu Burok, Terengganu ,pihak pembangkang sekali lagi mencabar kredibiliti kerajaan dengan menganjurkan perhimpunan di bawah naungan Bersih pada 10 Nov (Sabtu) lepas.

Teringat saya dengan kisah dua sahabat, sang monyet dan sang kancil yang suatu masa dulu, ketika saya kecil pernah di mainkan di televisyen. Salan satu episod cerita tersebut ialah kisah monyet yang begitu teringinkan cili yang cantik rupanya tanpa mengetahui buah itu rasanya pedas sekali.

Antara dialog yang paling saya ingat dalam kartun tu ialah kancil berkata, “jangan monyet… jangan” tetapi monyet menjawab, “aku nak jugak,aku nak jugak, aku tak kiraaa”.

Akhirnya, akibat tidak mendengar kata sang kancil maka monyet pun terus menuju ke pokok tersebut dan makan buah yang disangkakannya sedap. Akhirnya dia yang berlari-lari kepedasan.

Hehe… nampaknya kisah ini agak serupa dengan sikap parti pembangkang yang masih berdegil (begik, bak kata orang jawa) mengadakan perhimpunan haram walaupun tanpa permit daripada polis. Sunguhpun mereka tahu impak membuat sesuatu tidak mengikut undang-undang tetapi kerana kedegilan dan sikap tidak memperdulikan undang-undang maka mereka teruskan juga. Jadi tidak salah rasanya kalau saya mengandaikan pihak pembangkang bersikap seperti monyet seperti dalam cerita kartun tersebut.

Mereka juga bukannya tak sedar perkara-perkara begini akan cepat tersebar dan mampu menggugat kestabilan Negara di mana maruah Negara terancam dek liputan media antarabangsa yang biasanya lebih suka memanipulasi cerita untuk menjatuhkan Negara yang kita cintai ini.

Kebetulan pula tahun ini kita menyambut kemerdekaan yang ke-50, dan dalam kedaan begini media asing akan mempertikaikan tentang keamanan negara, padahal apa yang mereka gambarkan tentang demontrasi 10 November itu jauh dari relaitinya yang sebenar.

Ini semua berlaku akibat kerakusan pihak pembangkang yang hanya ingin mendapatkan kepuasan politik tanpa berfikir impaknya kepada Negara. Lumrah apabila sesuatu yang digambarkan buruk itu cepat benar tersebar daripada perkara yang baik bukan???

Sedang sibuk Malaysia menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2007 yang belum pun berakhir, masa ni jugalah pihak pembangkang sibuk nak buat hal dengan mengadakan demonstrasi yang umum ketahui impaknya besar kepada imej Malaysia di mata dunia.

Kita sedia maklum sektor pelancongan mampu memberi pulangan yang besar kepada Negara sekaligus menyumbang kepada keutuhan ekonomi Negara. Jadi sama-sama kita fikirkan, adakah sikap tidak ‘matured’ seperti ini yang mahu ditonjolkan oleh pihak pembangkang sehingga boleh menjejaskan kemasukan dan kedatangan pelancong-pelancong asing ke negara ini. Bukankah ini akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada rakyat sendiri di sector pelancongan. Ia mampu memberi impak kepada ekonomi Negara. Pendapatan negara akan merosot.
Jika demontarasi jalanan ini dijadaikan budaya maka kesan jangka panjangnya akan menyebabkan pelabur-pelabur takut untuk melabur dan berurusniaga di sini dan akhirnya misi Malaysia ke arah Negara maju menjelan 2020 akan terkubur. Rakyat juga akan berhadapan dengan pengangguran yang lebih teruk kerana peluang-peluang pekerjaan berkurangan.

Dalam salah satu berita yang saya baca dalam Harakah Daily 15 Nov 2007 penulisnya menyatakan keganasan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mencacatkan wajah Malaysia di mata pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Adakah ini benar? Padahal hakikatnya pendemonstrasi inilah yang mencacatkan wajah Malaysia.

Bukannya tiada cara yang lebih matang untuk membuat tuntutan tetapai oelh kerana mereka terdesak dengan pilihan raya maka mereka cuba mencipta isu untuk memburukkan kerajaan. Pihak pembangkang sendiri ada kerusi di Parlimen. Mengapa tidak mereka menggunakan wakil mereka untuk menyampaikan apa yang mereka mahukan?

Dalam ucapan penggulungan perhimpunan Agung Umno lalu, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mengingatkan bahawa rakyat Malaysia perlu menghormati undang-undang dan tidak menyalahkan pihak berkuasa dan polis apabila tindakan diambil kerana membelakangkan undang-undang yang sedia ada. Katanya, ”Kita ada pilihanraya, kalau ada apa nak buat, buatlah melalui pilihanraya. Politik ala demonstrasi jalanan yang berpotensi besar menjadi kekacauan awam bukanlah proses ‘kematangan politik’ malah ianya ‘kemusnahan politik’ “.

Jangan sampai dek kerana sibuk berdemonstrasi kaum lain pula bertepuk tangan seperti melihat pertunjukan puppet menantikan saat pimpinan Melayu jatuh. Just think about it…

- Putrimalaysia / Nov.07

No comments: