Wednesday, November 14, 2007

DEMONTARSI JELIK DIBENCI AGAMA

Islam menyediakan berbagai uslub untuk mengungkapkan sesuatu ketidakpuasan hati. Apatah lagi Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa Islam harus mengutamakan metod dakwah yang penuh hikmah dalam menyampaikan sesuatu perkara.
Masiirah (demontarsi) hanyalah salah satu uslub atau cara di antara berbagai cara yang ada. Ia bukan menjadi satu thariqah (metod ) mutlak di dalam melakukan proses perubahan masyarakat (social reform).

Rasulullah berdakwah secara aman dan tidak menggunakan kekerasan di dalam menegakkan Daulah Islam. Kita mencabar Bersih, Keadilan dan Pas supaya membuktikan terdaptnya sirah Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan baginda pernah menjadi dan menggunakan demonstrasi aman sebagai thariqah dalam mengubah masyarakat.

Memang benar baginda pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah setelah baginda diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya berdakwah secara terang-terangan. Namun itu semua dibuat dalam konteks dakwah yang penuh akhlak Islamiah dalam dalam rangka untuk menegakkan Deen Allah, bukan bercita-cita memburu kuasa politik.
Kepimpinan yang Islmik akan berfikir secara qiyadah fikriyyah yang tidak merosakkan masyarakat dan negara. Kita tidak boleh berasaskan idea 'kebebasan' semata-mata untuk melakukan apa sahaja sehingga akhirnya kita sebenarnya terperangkap dalam 'matlamat menghalalkan segala cara'.
Islam tidak mengenal konsep kebebasan sebagaimana yang dibawa oleh Barat. Islam tidak menyuruh melakukan perkara yang boleh mengundang padah. Islam tidak mengenal prinsip dan kaedah 'matlamat menghalalkan cara' (al-ghaayah tubarriru al­-wasilah).
Justeru, adalah penting seluruh rakya, khususnya orang-melayu Islam menilai balik kewajaran untuk menjadikan demontrsai sebagai budaya kita.

No comments: