Monday, October 22, 2007

KUASA MINDA DAN “MEMACU MINDA MELAYU”


Dalam Berita Harian bertarikh 5 Oktober (Jumaat) lalu, di ruangan rencana terdapat satu artikel bertajuk Memacu minda melayu ke arah perubahan Lantas saya teringat Perhimpunan Agong UMNO 2006. Terdapat satu tema atau persoalan menarik dari perhimpunan tersebut, dan tema yang dimaksudkan itu ialah “memacu minda melayu”.

Ianya terkandung dalam ucapan perasmian serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Putera UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 13 November 2006. Perasminya ialah Datuk Seri Najib Tun Razak (DSN). Dalam ucapan tersebut DSN telah menekankan tentang peri pentingnya “kuasa minda” dalam memacu perubahan orang melayu.
Ucapan beliau yang bertemakan “Memacu Minda Melayu” telah menyentuh dimensi yang cukup luas meliputi persoalan-persoalan mengenai keperluan perubahan (transformasi) kepimpinan UMNO , ketaatan “solid” kepada pucuk pimpinan parti dan cabaran-cabaran dalam negeri dan antarabangsa yang semuanya memerlukan lonjakan berfikir. Dalam pengertian lain, minda sebagai kuasa berfikir perlu dipacu ke arah yang lebih pro-aktif dan dinamik.

Perkataan “memacu” mengandungi pengertian persaingan (perlumbaan). Ia memerlukan semangat yang kental, sikap bersungguh-sungguh dan serius dalam mengembeling tenaga dan upaya ke tahap yang paling optimun. Ini bererti “memacu minda” memerlukan perubahan sikap yang agresif dan drastik, khususnya dalam konteks pembangunan minda atau pemikiran – revolusi pemikiran”.

Datuk Seri Najib telah mengungkapkan bahawa petarungan pada masa kini dan pada masa hadapan adalah “pertarungan minda”. Untuk membina perubahan dan kemajuan maka kita memerlukan anjakan paradigma dalam berfikir secara proaktif dan dinamik. Ia memerlukan ketahanan dan jati diri yang kukuh serta kemampuan dan keupayaan berdepan dengan cabaran-cabaran yang sememangnya memerlukan kekuatan minda ,kekuatan jiwa dan jati diri yang kukuh..

Kenyataan Datuk Seri Najib tersebut jelas menunjukkan bahawa “minda ” sesuatu bangsa di dunia memainkan peranan yang cukup hebat bagi bangsa itu dapat berdiri teguh serta dihormati di persada antarabangsa.

Islam sendiri telah lama menekankan betapa pentingnya manusia menggunakan minda (akal/ratio) dalam melaksanakan tugas sebagai khalifahtullah di muka bumi ini. Khalifahtullah tidak akan tertegak sekiranya umat ini tidak menggunakan minda secara aaktif. Rasulullah s.a.w. sendiri sebagai rahmahtunlil’alamin telah membawa “revolusi minda” baik dari segi uluhiyyah, ubudiyyah dan perkara-perkara yang meliputi persoalan-persoalan tentang kehidupan dunia .

Al-Quran sendiri telah menegaskan bahawa nasib sesuatu bangsa atau kaum itu tidak akan berubah jika kaum itu sendiri enggan membuat perubahan. Untuk membuat perubahan sudah tentu prasyarat utamanya bergantung kepada kesediaan kita untuk membuat perubahan minda dan sikap.

Tokoh-tokoh Melayu terdahulu seperti Syeikh Syed Abdul Hadi, Pendita Zaaba, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan ramai lagi telah banyak menulis dan berucap mengenai perlunya orang melayau membuat perubahan minda dan sikap. Selapas merdeka peminpin-pemimpin melayu tidak putus-putus menyeru agar orang melayu membuat perubahan yang sama.

Di abad ke 21 ini kita tidak boleh tidak mesti terus melangkah mengharungi cabaran milineum baru yang ditandai dan diwarnai oleh gelombang globalisasi yang penuh dengan cabaran dan persaingan. Senario abad ke-21 memerlukan umat melayu mempersiapkan minda bagi menghadapi apa yang dikatakan oleh Datuk Sri Najib sebagai “pertarungan minda”.
Apa yang perlu difahami oleh kita ialah di era globalisasai ini “pertarungan minda” menjadi cabaran kepada kita dalam konteks memacu ekonomi, sosial, politik malah pertarungan minda dalam konteks kemampuan kita menyusun strategi dan mengurus konflik yang semakin rumit ini.

Untuk menghadapi semua cabaran-cabaran ini, Datuk Seri Najib telah mengariskan lima pendekatan atau strategi ke arah memacu minda orang melayu iaitu:
Ø Memacu minda melayu melalui pemantapan kepimpinan transformasi
Ø Memacu minda melayu ke arah bekerja sebagai satu pasukan (team work)
Ø Memacu minda demi menjayakan agenda melayu
Ø Memacu minda melayu dengan mempertahankan aqidah
Ø Memacu minda generasi muda melayu.

Kejayaanya amat bergantung kepada kesediaan generasi muda melayu membuat perubahan tersebut. Ia menuntut agar generasi muda menghidupkan budaya berfikir secara rasional dengan menolak elemen-elemen khurafat dan mitos yang tidak dapat membawa kepada kemajuan.
Kita perlu membina dan menggunakan pemikiran saintifik, sentiasa menghidupkan ‘spirit of inquiry” (semangat berfikir/menyelidik) melalui sifat gemar kepada membuat penerokaan, siasatan dan kajian empirical dan saintifik. Justeru, kejayaan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muazaphar Shukor Shikh Mustapha baru-baru ini patut dijadikan inspirasi oleh generasi muda kita.

Memacu minda perlu melibatkan budaya berfikir kerana melaluinya martabat ketamadunan umat melayu dapat dibangunkan. Dalam proses berfikir kita hendaklah memiliki ciri-ciri seperti berfikir di luar kotak pemikiran (“think out of the box”), meneliti sesuatu perkara itu dari banyak sudut atau sumber (fikru mua’zanah) dengan menggelakkan tabiat gemar berfikir pada satu haluan sahaja (uhadiatul fikr). Hanya dengan cara ini kita akan mampu melahirkan generasi cendekiawan melayu yang bersifat “munawwirul fikr” (enlightened intellectual). yang mampu melihat sesuatu yang tersembunyi dengan kebolehan “meramalkan” (prediction) masalah yang akan terjadi serta dapat menampilkan solusi-solusi terhadap persoalan-persoalan semasa.

Budaya berfikir amat berkait rapat dengan budaya ilmu. Budaya ilmu sentiasa ditekankan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi bagi melahirkan modal insane yang cemerlang dan berkualiti.

Nik Aziz Nik Pa menyenaraikan lebih kurang sebelas ciri yang berkaitan dengan budaya ilmu iaitu; sikap cintakan ilmu, minat untuk meneroka ilmu, seronok semasa membina skim pemikiran baru, iltizam dalam penyelidikan, gemar membaca, minat mencari kebenaran, berfikir secara konstruktif, bertindak secara sistematik, istiqamah dalam usaha mencari ilmu dan latihan menyoal secara analitis. Ciri-ciri ini bukan sahaja perlu dikembangkan di bilek-bilek darjah dan di dewan-dewan kuliah malah di rumah-rumah keluarga melayu perlu juga diterapkan cirri-ciri tersebut.

No comments: