Rusuhan Bukan Budaya Malaysia
Rusuhan yang dicetuskan oleh penyokong parti PAS anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) di Batu Burok dan Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada malam 8 September lalu wajar dikutuk dan dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia. Imej Malaysia sebagai sebuah negara aman dan harmoni kini telah tercalar dek kerana perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab dan bertindak tanpa kawalan perasaan itu.. Pengikut parti pembangkang dengan beraninya merusuh dan bertindak liar terhadap anggota polis setelah diarahkan bersurai daripada menghadiri perhimpunan politik haram tanpa permit.
Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 500 orang itu telah menyaksikan tujuh orang termasuk empat anggota polis cedera akibat dipukul oleh perusuh dengan pelbagai objek merbahaya seperti besi, batu, kayu dan botol kaca. Malahan mereka melontarkan bom Molotov ke arah anggota keselamatan kerana enggan bersurai. Tindakan ganas penyokong parti tersebut telah menyebabkan polis mengeluarkan senjata dan melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.
Perbuatan perusuh-perusuh berkenaan mengakibatkan kecederaan kepada anggota keselamatan dan kerosakan kepada harta benda awam dengan mencabut pokok-pokok hiasan, pasu bunga dan menumbangkan lampu isyarat. Lebih dahsyat lagi, bendera Jalur Gemilang dibakar. Kelakuan biadap ini menghina negara sendiri. Ia suatu perbuatan yang tidak bermaruah dan sungguh mengaibkan. Wajarlah mereka ditangkap dan dihukum supaya lebih tahu berbudi, menghormati dan menyayangi tanahair sendiri. Perbuatan perusuh-perusuh ini merupakan tindakan yang tidak berbudaya.
Walaupun ketika itu kemarahan mereka begitu meluap-luap namun mereka seharusnya bersikap lebih sabar dan tenang. Di negara ini terdapat saluran tertentu untuk menyatakan pendapat dan perasaan, bukannya dengan melakukan tindakan yang membabi-buta tanpa menghiraukan keselamatan diri, orang awam yang melibatkan tidak berdosa, di samping memusnahkan harta benda awam yang melibatkan kerugian yang cukup besar.
Namun begitu, insiden ini diambil kesempatan oleh pembangkang untuk mengekksploitasi dan mensensasikan keadaan. Mereka mula menguar-uarkan bahawa kerajaan kononnya bertanggungjawab terhadap insiden tersebut. Kerajaan dituduh mengarahkan pihak polis bertindak ganas sedangkan realitinya para penyokong mereka yang telah menghuru-harakan perhimpunan, bersikap degil dan keras kepala. Perintah bersurai diarahkan secara baik namun mereka masih tidak berganjak bahkan semakin bertindak sombong.
Untuk apa kerajaan memulakannya. Keuntungan politik? Hakikatnya kerajaan sekarang tak perlu bersikap seperti yang ditohmah oleh pembangkang kerana kerajaan sudah kuat. Yang perlu berbuat demikian ialah pembangkang. Dengan membuat tohmahan sedemikian ia dapat mengekploitasi dan memanipulasikan isu. Namun taktik murahan pembangkang ini tidak dapat mempengaruhi rakyat, sebaliknya pengaruhnya semakin merundum. Siapa yang menkafirkan UMNO, kalau tidak PAS. Siapa yang memulakan sholat dua imam di dalam satu masjid /kariah, kalau tidak PAS.
Walau apapun tipu helah yang dicanangkan pembangkang, Kerajaan tetap kukuh dan mampu memelihara kesejahteraan rakyat daripada ancaman anasir-anasir. Kredibiliti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memerangani jenayah dan mewujudkan kestabilan serta keamanan masih disanjung tinggi dan dipercayai oleh seluruh lapisan rakyat. Waima rakyat Malaysia sendiri bencikan keganasan dan mengutuk tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab. Demonstrasi dan rusuhan bukanlah budaya rakyat Malaysia. Kita patut berbangga kerana terkenal di persada dunia sebagai sebuah bangsa yang berhemah tinggi dan baik budi pekerti. Kita telah mewarisi negar yang aman dan makmur daripada nenek moyang kita, maka wajiblah kita memleiharanya. --

oleh NORA /sept.07
No comments:
Post a Comment