Gaji naik, barang naik jugalah.
Apabila Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan kempen memboikot para peniaga yang menaikkan harga barang keperluan, wajarlah kita memikirkan semula betapa kuasa pengguna sebenarnya mampu untuk mengubah senario ekonomi negara.
Sebenarnya, harga barang dan penentuannnya adalah hak pengguna, bukan pembekal dan peniaga yang sanggup mengaut keuntungan berlipat kali ganda, umpama lintah darat.
Kempen yang diadakan oleh dua kesatuan gergasi ini sebenarnya mampu memberi impak. Ketika melalui Plaza Tol Sungai Besi, kertas edaran yang diedarkan kepada pengguna lebuhraya menyedarkan kita, betapa risalah inilah yang ditunggu-tunggu oleh pengguna.
Risalah itu berbunyi,: ‘Harga barang-barang keperluan seperti beras, susu, garam, tepung, minyak masak, roti dan ayam semakin naik setiap hari. Sebelum meningkat ke tahap kritikal, selaku pengguna kita harus memainkan peranan seperti memboikot barang yang dinaikkan harga sewenang-wenangnya dan dalam masa yang sama kita berusaha mencari sumber alternatif.
Sebagai pengguna dan warga pekerja, kita mempunyai hak untuk memainkan peranan demi membanteras kenaikan harga barangan dengan sewenang-wenangnya. Boikot!!!’
Jika pendekatan lembut tidak dapat membantu maka boikot adalah cara terbaik untuk mengajar mereka(peniaga) yang tidak berhati perut. Maknanya di sini, kalau kita ingin mengajar orang yang tidak memikirkan kepentingan dan nasib orang lain maka elok juga kalau sekali-sekala kita menampar mereka. Justeru, wajarlah pembekal dan peniaga sedemikian merasai tamparan pengguna! -- oleh Prinsip 5/Ot.2007

1 comment:
Yang hairannya peniaga memberi alasan harga barang naik berpunca daripada kenaikkan harga petrol dan diesel. Tetapi ada dua persoalan disini yang tidak berkaitan dengan kenaikan harga minyak:
1) Kenapakah harga barang selalu naik selepas setiap kali kerajaan mengumumkan kenaikkan gaji. Jadi saya syorkan supaya dikaji tabiat ini dikalangan peniaga daripada sifat tamak haloba hinggalah kepada mungkin peniaga ingin menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat;
2) Kenapakah harga barang tertentu juga naik menjelang musim perayaan, khususnya Hari Raya Aidilfitri. Tetapi tiada perubahan harga pada musim perayaan yang lain. Mengapa ?. Siasatan perlu dibuat keakar umbi mengenai tabiat peniaga menaikkan harga ayam, daging dan lain-lain dimusim perayaan. Bandingkan adakah harga limau mendarin dan kelapa juga naik ketika Tahun Baru Cina dan Thaipusam. Alasan peniaga ialah permintaan tinggi. Tapi itu bukan alasan terutama harga telah dikawal. Dah lama dah hal ini
berlaku. Perlu fikirlah, perlu siasat, perlu fikir perlu siasat.
SEBENARNYA KITA DAH LAMA DAH MUNGKIN TERKENA DENGAN PUTAR BELIT DAN ALASAN PALSU PENIAGA. BILA KITA DENGAR ULASAN, PENDAPAT DALAM AKHBAR DAN TV LEH PELBAGAI PIHAK DAN PERUNCIT, MAKA SAYA MEMBUAT KESIMPULAN BAHAWA SYARIKAT BESAR(KORPORAT) YANG MENGELUARKAN BARANG ATAU MAKANAN TERSEBUT PUNCA KEPADA KENAIKKAN HARGA. MARILAH KITA CUBA FIKIRKAN BENAR ATAU TIDAK. JIKA BENAR, MENGAPA SYARIKAT BESAR BUAT
BEGITU. Saya berharap harga barang diturunkan supaya kesejahteraan hidup rakyat dijaga. Sebenarnya Kerajaan tidak mahu harga dinaikkan. Itulah sebabnya pegawai KHEDNHEP dikerah aktif memantau
kenaikkan harga ini.
Post a Comment