Tuesday, March 24, 2009

Perbahasan perwakilan wajar fokus agenda rakyat

Oleh Mohd Ayop Abd Razid

Bermula semalam, seramai 4,885 perwakilan Umno daraipada 191 cawangan mula berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi mengikuti Perhimpunan Agung Umno sehingga 28 Mac ini.Ia bermula dengan majlis perasmian serentak perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.Majlis perasmiannya pula akan berlangsung pada 26 Mac oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Ia akan dikuti dengan proses pengundian pemilihan jawatan timbalan dan naib presiden serta kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno.
-
Perhimpunan agung diteruskan pada hari kedua dan ketiga (27 dan 28 Mac) dengan perbahasan ucapan dasar Presiden dan membahas usul ekonomi, agama dan pendidikan.Seluruh pemimpin dan perwakilan Umno harus sedar bahawa perhimpunan kali ini menuntut mereka lebih serius dalam membahaskan ucapan dasar Presiden dan usul-usul terbabit. Ini adalah kerana perhimpunan kali ini diadakan dalam keadaan negara berhadapan dengan pelbagai cabaran.
-
Negara sedang berhadapan dengan krisis ekonomi global yang memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi kita.Pelbagai krisis dalaman Umno pula menyebabkan imej Umno semakin merundum di mata rakyat.Umno dilihat sombong, menyalah gunakan kuasa dan penuh dengan penyakit mazmumah.Politk tanah air juga tidak menentu berpunca dari terlalu banyak politicking terhadap isu-isu berkaitan kontrak sosial, ketuanan Melayu, hak-hak Melayu dan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggersi (PPSMI).
-
Tindakan Sultan Azlan Shah memperkenankan pembentukan kerajaan baru Perak di bawah BN turut dipolitikkan sehingga institusi Raja diperlekehkan. Justeru, perhimpunan kali ini harus mengangkat isu-isu tersebut dalam bentuk perbahasan yang matang dan tidak emosional. Seluruh perwakilan Umno harus menganggap ianya satu cabaran yang harus ditangani segera supaya negara tidak terus berada dalam kancah ’krisis politik’ yang merugikan termasuk mengancam keselamatan negara.
-
Ketika hampirnya perhimpunan Agung Umno, Lembaga Disiplin Umno menunjukkan ketegasannya ke atas beberapa pemimpin Umno yang didapati mengamalkan politik wang.Ia sedikit sebanyak menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penyokong mereka.Tindakan itu adalah untuk membersihakan Umno dari gejala ’politik wang’ dan sekali gus memulihkan imej Umno.Justeru,perwakilan Umno harus ingat bahawa dalam apa keadaan sekali pun parti mesti diutamakan.Emosi dan agenda peribadi harus diketepikan.
-
Memang wajar perwakilan membahaskan isu politik wang kerana ia merupakan salah satu penyakit yang melemahkan kekuatan Umno.Yang penting janganlah sampai hentam menghentam antara satu sama lain sehingga merosakkan ikatan ukwah serta menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin dan ahli Umno. Selain isu politik wang dan isu kepemimpinan, ada banyak isu dan agenda lain yang harus diberi fokus oleh para perwakilan.
-
Isu-isu berkepentingan Melayu dan rakyak mesti menjadi fokus utama perwakilan. Perwakilan harus sedar bahawa perhimpunan Agung Umno kali ini diadakan selepas ”Bajet Mini” baru dua minggu dibentangkan.Bajet mini yang bersifat komprehensif dan menjadi teras kepada rangsangan menjana ekonomi negara yang sedang berhadapan dengan krisis ekonomi global patut mendapat perhatian para perwakilan.
Perbahasan baget itu harus menjurus kepada cadangan praktikal dari segi mekanisme pengagihan supaya peruntukan untuk rakyat benar-benar sampai ke sasarannya.Rakyat kini sedang dihimpit keperitan hidup kesan krisis ekonomi global. Pastinya mereka mahu mendengar sejauh mana Perhimpunan Agung Umno kali ini memberikan perhatian kepada isu ekonomi rakyat, bukannya terus menerus berkrisis mengenai kepemimpinan dan perebutan kuasa.
-
Perwakilan patut menyentuh bagaimana usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), khususnya di kalangan orang Melayu dapat dibantu melalui baget mini itu. Peniaga kecil, petani dan nelayan juga ingin mengetahui apakah nasib mereka juga akan dibincang oleh para perwakilan. Isu pengangguran dan pembuangan kerja juga patut mendapat perhatian perwakilan. Di paltaform ini jugalah perwakilan harus membincang sejauh mana peranan dan keberkesanan syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) dalam membantu memajukan usahawan bumiputera.
-
Kemukakan syor-syor praktikal untuk penambahbaikan, bukannya menghentam dengan emosional tanpa fakta dan cadangan konkrik. Apa juga yang berkaitan ekonomi makro dan mikro negara wajar disentuh perwakilan kerana keputusan Agung Umno biasanya akan menjadi sebahagian dari dasar dan program yang akan dilaksanakan kerajaan.
-
Perwakilan juga sepatutnya serius menyentuh hak-hak Melayu yang diperuntukkan di dalam perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks ini perwakilan sepatutnnya menganalisis sejauh mana peruntukan-peruntukan tersebut berjaya dilaksanakan dan sejauh mana pula hak-hak tersebut terhakis dan dipersoalkan.Misalnya, dalam membahasa isu PPSMI, perwakilan perlu membahasnya dengan telus dan penuh keyakinan disertai dengan berfakta dan mesti akhirnya dapat mengeluarkan satu usul atau keputusan yang tegas mengenai dasar terbabit.
-
Dalam membahasakan perkara menyentuh hak Melayu, perwakilan tidak harus prejudis terhadap kaum lain. Sebaliknya, bahaskannya secara professional, rasional dan berfakta tetapi dibahas tanpa rasa rendah diri kerana ia adalah menyentuh hak kita. Ia ada dalam perlembagaan.Jika perlu, perwakilan patut melahirkan rasa ’mea culpa’ (rasa bersalah) terhadap beberapa kegagalan kita menobatkan hak-hak melayu.
-
Mereka yang diberi peluang untuk berbahasa mesti melakukan kerja penyelidikan mengenai semua perkara penting yang mahu disentuh supaya mutu perbahasan ynag berfakta dan rasional dapat dipersembahkan dengan baik dan bermutu. Jika ini dapat dilakukan saya yakin, secara tidak langsung Umno dapat menarik semula sokongan, bukan sahaja di kalangan orang Melayu, malah dari rakan-rakan politik Umno dalam BN.
-
Jika perlu, jangan lokek memberikan pujian dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan politik kita yang turut membantu dan memberi sokongan kepada Umno dalam membangun dan memajukan kaum Melayu.
-
Lawak jenaka, pantun dan bahasa berbungga harus dikurangkan kerana masa harus digunakan sepenuhnya untuk membahaskan ucapan dasar Presiden dan usul-usul terbabit.Jangan biarkan Umno berada dipersimpangan. Justeru, pemimpin dan perwakilan harus serius membahaskan agenda Melayu dan rakyat amnya.
Selamat bersidang Umno.

No comments: