Friday, March 13, 2009

Pakej Rangsangan Melebihi Jangkaan, Kata Cisco Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Kritikan bahawa bantuan secara langsung seperti pemberian tunai sepatutnya diberikan dan kerajaan hanya membelanjakan RM15 billion dalam pakej rangsangan kedua, adalah tidak bertempat.

Sebenarnya, pakej tersebut yang berjumlah RM60 bilion telah melebihi jangkaan banyak pihak, terutama dalam menangani keperluan rakyat dan melabur dalam peluang-peluang yang baik di masa depan.

Yang lebih penting, pelabur pasaran saham tidak seharusnya terlalu cemas dengan Bursa yang tidak "diaktifkan" oleh pakej itu memandangkan RM15 bilion akan disalurkan ke dalam ekonomi sebenar di mana kesan pelbagai akan lebih mampan untuk jangka panjang.

Mewujudkan permintaan dan penawaran dalam ekonomi sebenar akan menggalakkan aktiviti ekonomi setelah syarikat-syarikat meneruskan pelan pengembangan dengan membeli barangan dan perkhidmatan, perkata penting dalam membina keyakinan dalam ekonomi.

"Jumlah RM15 bilion itu adalah munasabah untuk jangka pendek dan menunjukkan bahawa kerajaan berhati-hati dalam berbelanja," kata Datuk Muhammad Salleh Majid, bekas presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (ketika itu) yang kini dkenali sebagai Bursa Malaysia.

"Sebaliknya, jika lebih banyak dana dikeluarkan, ia tentunya akan meningkatkan paras defisit," kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual.

Pengarah urusan Cisco Malaysia, Anne Abraham berkata pakej rangsangan RM60 bilion itu melebihi jangkaan banyak pihak.

"Ia sesuatu yang menarik kerana dalam pada bajet mini ini menangani keperluan segera rakyat, kerajaan juga akan melabur dalam peluang masa depan yang berkembang dan membina asas untuk pertumbuhan yang dipercepatkan apabila tinjauan masa depan ekonomi dunia bertambah baik," katanya.

MIDF Research pula berkata bajet mini yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menunjukkan bahawa kerajaan rasional memandangkan ia tidak dirancang untuk melampaui dengan pakej ini.

"Langkah popular telah ditinggalkan dan jumlahnya adalah untuk memastikan syarikat swasta berterusan," kata firma penyelidikan berkenaan.

Kos menjalankan perniagaan dikurangkan manakala akses kepada modal dan kredit dipermudahkan.

"Malaysia terkenal dengan falsafah pembangunan ekonomi yang mesra perniagaan," katanya.

Salleh berkata memberikan tunai secara langsung kepada rakyat boleh membawa kepada penyalahgunaan sistem dan menambah bahawa adalah lebih munasabah untuk memberikan baucar kepada rakyat yang diberhentikan kerja.

Kepada kritikan bahawa jumlah yang diberikan tidak mencukupi kepada sektor korporat, ketua pegawai eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan berkata sektor awam tidak seharusnya bergantung kepada pakej rangsangan sahaja bagi mengurangkan kesan kelembapan.

Beliau berkata pakej rangsangan itu tidak seharunya dilihat sebagai satu cara untuk meliputi semua orang memandangkan ia berfungsi untuk mengumpulkan permintaan negara dan bagi menyokong pekerja yang tidak sesuai dengan memberikan peluang untuk menambah kemahiran mereka.

"Anda tidak boleh bergantung kepada pakej rangsangan untuk melakukan semuanya. Ia untuk mengekalkan permintaan tempatan. Ada perkara yang sektor swasta perlu lakukan sendiri," katanya.

Anne Abraham dari Cisco berkata syarikat bersedia untuk membantu kerajaan membangunkan strategi bagi memastikan pakej rangsangan berkenaan mencapai sasarannya.

Usaha melalui Khazanah untuk meningkatkan infrastruktur jalur lebar dalam negara adalah perlu memandangkan penyambungan jalur lebar bukan suatu perkara mewah tetapi satu keperluan untuk kerajaan, perniagaan dan rakyat.

"Sekiranya kita dapat melakukannya dengan betul, maka infrastruktur jalur lebar Malaysia tentunya memberi laluan kepada masa depan negara," katanya.

Adalah penting pakej rangsangan itu disalurkan dengan cepat dan digunakan untuk memacu keseluruhan ekonomi supaya kesan kemelesetan dapat dikurangkan. Ini akan meningkatkan keyakinan di kalangan pengguna dan sektor utama serta meningkatkan perbelanjaan secara umum, katanya.

Ketua pegawai eksekutif Multimedia Development Corp (MDeC) Datuk Badlisham Ghazali berkata perisian ICT, MDeC menyediakan geran dan insentif untuk faedah peserta industri.

"Syarikat-syarikat ICT perlu berubah. Mereka perlu menggunakan semua kemudahan yang kami sediakan," katanya.

Dewan Perniagaan Amerika Malaysia menyambut baik pakej rangsangan berkenaan dengan menyatakan cadangan itu penting dan "dalam kedudukan yang betul" bagi membantu negara untuk menarik perniagaan serta meningkatkan daya saing Malaysia pada tahun-tahun akan datang.

Dalam satu kenyataan di sini AMCHAM berkata teras utama kerajaan bagi mengurangkan pengangguran dan bagi meningkatkan peluang pekerjaan jangka panjang melalui pendidikan semula dan melatih semula pekerja yang diberhentikan melalui peruntukan besar sebanyak RM700 juta untuk inisiatif ini merupakan satu langkah yang betul.

Presidennya Karen Albertson berkata faedah melatih semula adalah kritikal untuk meningkat kemahiran tenaga kerja Malaysia, bagi membolehkan mereka lebih berdaya saing dan menambah kualiti operasi syarikat dalam negara.

Beliau berkata dalam hal berkenaan, Skim Jaminan Modal Kerja, Elaun Modal Dipercepatkan, kerugian tahun semasa syarikat dibenarkan dibawa ke tahun sebelumnya, Skim Dana Jaminan Penyusunan Semula Industri dan tumpuan khusus terhadap teknologi mesra alam merupakan langkah penting bukan hanya untuk menyokong daya saing industri tetapi membantu syarikat-syarikat di Malaysia untuk meninjau alaman perniagaan yang lebih mesra alam.

- BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

I leave a response when I like a post on a website or if I have something to add to
the conversation. It is triggered by the passion communicated in the article I browsed.
And on this article Untitled. I was actually moved enough to
drop a thought ;-) I do have 2 questions for you if you tend not to mind.
Could it be just me or do a few of these responses appear as if they are written by brain dead folks?
:-P And, if you are posting at other sites, I'd like to follow everything new you have to post. Would you list the complete urls of your shared pages like your twitter feed, Facebook page or linkedin profile?

my site - how to get followers on instagram